kawan kawan Kak Zu

Monday, December 3, 2012

Saja nak cerita

Mula- mula kak zu tunjuk gambar makanan dulu..Pastu baru kita sembang sembang okey

Kebanyakkan nya gambar makanan untuk beberapa hari yang lepas.


macaroni goreng.elok elok masak jer abang megat telefon.kak zu pesan kat kakak bagi adik adik makan dan tinggalkan untuk ibu sikit..mmg sikit sungguh dia tinggalkan untuk ibu..huhuhu


musim durian haruslah buat serawa durian.


ptg semalam anis merengek nak makan kek.baru kak zu perasan dah lama tak buat kek untuk anak anak.so lepas solat isyak terus terjah dapur buat kek butter.Dalam kul 10 mlm siap masak.kul 11 habis sebiji kek di kerjakan oleh anak anak kak zu.Makan time panas panas mmg syorga..belang coklat tu tak berapa nak terang sbb serbuk koko habis..hehe


kari daging dan tulang.tulang tu stock raya korban tu hari..ha! kak zu ada petua nak lembutkan daging. rupanya hanya rebus dengan api perlahan dan tutup periuk rebusan tu.inshaAllah lembut daging arwah lembu tu...



kawan dengan kari daging.takder ikan goreng sebab jangan makan daging dengan ikan (ikut cara makan nabi).sayur carot  + kacang buncis + udang = sedap hingga menjilat jari yum yum yum


walaupun kari daging kak zu tu super duper sedap tapi tetap tak habis.mungkin banyak sangat kot sampai seperiuk kak zu masak.sebelum tido kak zu jerit "angah sumbat periuk kari dlam fridge..esok ibu buat roti goreng cicah kari"..nah ! pagi ni roti goreng dah terhidang atas meja cicah dengan kari semalam...sapa2 nak resepi roti goreng tu jangan segan2 mintak yer.simple sangat


Okey..dah habis tunjuk gambar makanan,sekarang mari kita bersembang.korang nak baca tak cerita kak zu?

Sebenarnya kak zu dah boring asyik dok kat ceruk dapur jer sejak cuti sekolah ni.Abang Megat pulak masih lagi kat laut.Lagilah menambahkan kebosanan kak zu dan anak anak.Yang anak anak pulak asal bosan jer request makanan,asal request makanan jer bosanlah tu!

Jadi petang tadi kak zu ajak anis dan dekna keluar pergi bayar bil.Cadang nya nak terus ke The Store nak cari baju untuk pergi bercuti nanti.Bandar Tepeng ni biasalah asal petang jer hujan.,jadi tak jadilah pergi The Store tukar pergi Tesco sbb parking tesco berbumbung.jadi takderlah kami basah kuyup nanti

Pusing punya pusing akhir nya kak zu beli baju anis dan dekna sorang selai,baju t kakak 2 helai.Kat tingkat 2 tu kak zu tengok ada orang jual legging alah suar ketat melekat kat kaki tu.kak zu pun belilah selai ,saiz XL ko.tu pun tinggal warna pink lembut jer.pink pun pink lah.Niat di hati boleh pakai ngan baju labuh kat waterpark bukit gambang nnti.kalau tak pun pakai tido malam .Alah 10 ringgit jer.

Sampai kat rumah kak zu pun cubalah legging ni dalam bilik sorang sorang.Pastu try pulak t shirt kakak yang kak zu beli tadi.Scary tau tengok badan sendiri kat cermin bila pakai seluar ketat dan baju ketat ni.Baju tu ofkos ler ketat sebab kakak punya.

Tiba tiba angah masuk bilik...


"kenapa ibu pakai macam ni...buruk tau.."


Oh ! anak..esok ibu rasa  nak mogok masak satu hari. Nak duduk dalam bilik jer mengenangkan nasib diri ...huhuhu

Sunday, December 2, 2012

mee goreng basah



Inilah makan malam kami anak beranak.Abang Megat kat laut makan apa yer. Kak zu kalau goreng mee suka buat basah basah.kalau kering anak anak tak berapa nak suka.Walaupun buat berkuah sikit tapi sekejap jer mee tu mengembang dan sedut semua kuah tu.

Jadi...selalunya sebelum mee tu sedut semua kuah kuah yang ada kak zu akan terjerit jerit panggil semua anak anak ngadap meja makan.Tapi..selalu nya tak payah jerit pun sebab anak anak kak zu dah siap sedia kat dapur bila tahu kak zu buat mee goreng basah.hehehe

kalau sapa sapa nak ikut resepi cara kak zu silakan yer.Tapi kak zu tahu adik adik dan kakak kakak yang manis manis belaka ni mmg dan terror bab masak memasak ni,ndak ndak pulak kalau setakat mee goreng basah jer,pejam mata pun dah boleh buat.ada betul ka adik manis..

resepi mee goreng basah cara kak zu

-1/2 kilo mee kuning
-daging ikut suka byk mana (kak zu rebus dulu kasi lembut)
-sayur sawi atau apa apa sayur

bahan kisar
-cili kering rebus 5 tangkai
-bawang besar
-bawang putih
-ikan bilis segenggam

-tumis bahan kisar sampai naik bau.
-masukkan daging dan air rebusan nya sekali
-masukkan sos cili 2 sudu besar
-masukkan sos tomato 2 sudu besar
-masukkan sos tiram 2 sudu besar
-masukkan kicap hitam (kicap mee)2 sudu besar
-masukkan air 2 cawan (klu nk kurangkan pun ok)

biarkan mendidih pastu masukkan sayur dan mee.kacau sebati sampai mee masak.

kak zu taruk daging jer sebb hanya itu sahaja yang ada dalam fridge hik hik hik...korang nak taruk seafood lain pun boleh jer..kita yang buat dia kann...lagi satu kalau goreng mee tak zu tak taruk garam dah sebab segala sos yg kita campak dlam kuali tu dah cukup segala rasa dia dan.mee kuning tu pun selalu nya dan ada garam.

sekian entry masak masak..

Saturday, December 1, 2012

bayung oh bayung..

Masa balik kampung hari tu kak zu bawak balik sekali dua ekor kucing kesayangan kak zu sekeluarga.Bayung dan emak nya si Merah.Ini kerana kak zu akan berada lama kat kampung.Kalau tinggal mereka berdua risau pulak akan kehabisan makanan.Ini kerana kucing berdua tu kak zu biarkan kat luar rumah dengan makanan diorang sekali.Jadi bukan mereka berdua jer yang makan sekali diajak nya kucing kucing liar sekali berkenduri makanan diorang tu sekali.

Kat kampung bukan main seronok lagi si bayung tu jadi kucing kampung.Bangun pagi habis dikejar nya ayam dan anak anak ayam keliling rumah.Kak zu tengok kemain tension lagi ayam ayam tu semua.tak senang nak makan sebab bayung asyik dok kejar mereka.Puas kejar ayam main panjat2 pokok pulak.Lepas pokok rambutan dipanjat nya pokok manggis.Nasib ler pandai turun sendiri.

Bila kak zu balik ke rumah sendiri kucing berdua tu kak zu tinggalkan kat kampung lagi kerana hari khamis ni kak zu dan keluarga akan bercuti ke Bukit Gambang dan terus ke trangganu ikut Abang Megat berkursus.Adalah dalam 5 ke 6 hari kami akan tinggalkan rumah.Jadi mmg eloklah tinggalkan mereka dua beranak tu kat kampung.

Tapi semalam emak kak zu telefon bagitau bayung dah hilang.Masuk hari ni dah 2 hari dia hilang.Emak kak zu syak dia tersesat masa asyik kejar ayam.Emak kak zu dah cari dia merata rata tapi tetap tak berjumpa.Pelbagai andai yang emak dan kak zu keluarkan mengenai kehilangan bayung,antara nya

- dia kejar ayam sampai jauh pastu tak tahu cari jalan balik sebab tak biasa dengan kawasan kampung

- kena ketik ngan binatang berbisa pastu mati (minta dijauhkan)

- ikut budak budak yang lalu lalang kat tepi rumah emak (rumah emak kak zu tepi jalan) sbb dia ingatkan     anis/dekna

-ada orang berkenan kat dia dan curi sebab bayung ni hensem macam abang megat

-ikut gilfren yang baru kenal sampai lupa nak balik rumah


Itulah andaian yang kami buat atas kehilangan bayung.Harap2 ada orang jumpa dia dan pulangkan balik kat rumah emak kak zu sebab mak kak zu dah canangkan seluruh kampung mengenai kehilangan bayung.ok tipu bukan seluruh kampung tapi rumah2 sekitar rumah emak kak zu saja.

bayung oh bayung kemana kah kamu pergi.ibu nak nangis dah nih...balik lah bayungggggg

Friday, November 30, 2012

jiwa kacau

Assalamualaikum.


kak zu taknak tulis banyak banyak malam ni.Entah kenapa tetiba kak zu  terasa sedih dan sayu.Terasa diri kak zu tak disayangi dan macam macam 'rasa' lagi..mungkin perubahan hormon kot.

kak zu letak gambar anis dan manik cukuplah yer

Nnti nnti kalau mood dah ok kak zu taip ayat panjang panjang yer


budak anis ni mmg minat dengan manik.kalau dapat manik diam jer duduk kat dalam bilik.bila keluar jer akan jadilah gelang , rantai semua. yang jadi mangsa manik manik lebihan buat kat baju kak zu.baru ni kak zu belikan dia manik khas untuk buat gelang ,lagilah dia menggila buat gelang dan rantai.nntilah kak zu letak gambar barang perhiasan yang dia dah siapkan.

Thursday, November 29, 2012

musim buah di kampung

Assalamualaikum...

Kak Zu dah sampai kerumah dari kampung pukul 5 petang tadi.6 hari jugak ler kak zu anak beranak bersama opah kat kampung.Sempat bawak opah ke klinik sekali sebab opah sakit kaki.Abang Megat masih lagi kat laut jadi hanya kami sajalah yang balik kampung.

Kat kampung kak zu sekarang ni musim buah durian ,manggis dan juga rambutan.memang puas ler anak anak kak zu dapat makan buah buahan.

Kak zu tunjuk gambar dah ler yer.mood nak mengarang ayat panjang2 ni ke laut sikit.


pokok durian kepunyaan atok sedara.tepi rumah emak kak zu,sedap isi dia.selalu bila buah jatuh tuan pokok ni suruh kami ambik jer,dia sedekah...alhamdulillah

salah satu pokok rambutan emak kak zu.pokok ni kat depan rumah.belakang rumah ada dua pokok lagi.

pokok manggis juga di halaman rumah.gambar lama masa abang megat balik kampung hari tu.balik dari masjid terus capai galah jolok buah manggis.walaupun hanya dua pokok sahaja tapi buah dia lebat sangat.

hitam hitam si tampuk manggis,walaupun hitam isi nya manis.

durian pemberian saudara mara dan juga jiran jiran emak kak zu.sejak arwah bapak kak zu meninggal dunia dusun durian arwah terbiar camtu jer.dusun arwah tu tinggi berbukit jadi anak anak tak berminat nak menjaga.lagipun adik beradik lelaki kak zu sibuk dengan kerja masing masing.tetapi kami tak pernah 'putus'buah bila tiba musim durian sebab ramai orang2 kampung yang sangat bermurah hati memberi..terima kasih

kuning isi durian ni..memang sedap.

model durian..puteri anis humaira



okeylah.sekian sahaja cerita dari kampung kak zu.



Saturday, November 24, 2012

balik kampung




kringg..kringg...kringg....

'hello...'

'bila nak balik kampung,buah manggis depan rumah banyak ni..sapa nak makan..mak kencing manis'

'petang ni balik mak...'

mak kak zu telefon suruh balik makan manggis.jadi kak zu dah bersiap sedia nak bertolak dah ni.seminggu ni takda entry baru ler yer sebab kak zu xder laptop berukben lagi lah jauh dari api...hehe

balik nnti baru balas komen kat entry yang lepas yer.

ada yang rindu kak zu tak agak agak nyer yer...huk huk huk..

oh ya..duit nuffnang kak zu makan meningkat tau.terima kasih pada yang sudi klik tu yer..

babai...


awek cun sedang beraksi jolok buah manggis...ayat cun tu jangan percaya tau

Thursday, November 22, 2012

tahu kah anda...






kalau nak tahu berapa ulas isi manggis..sila kira berapa bilangan benda yang bentuk bunga tu.kat gambar ni bilangan nya ialah 5 kan


ha!betulkan ada 5 ulas isi buah manggis tu.saja nak bagitau walaupun kak zu rasa semua orang dah tahu.bila kak zu bagitau kat Anis dan Dekna bebudak dua orang tu berebut rebut dok cari buah manggis dengan bilangan tampuk yang paling banyak sekali.eh! betul ker benda tu nama dia tampuk..


Masa kak zu sedang enak menikmati buah manggis ni dekna tanya kenapa kak zu suka makan buah ni.kak zu pun jawablah sebab rasa nya sedap masam masam manis walaupun kulit nya hitam.

dekna : "ohhh samalah macam ibu kan,walaupun kulit ibu gelap tapi nmpak manis jer muka ibu".

omak nya dah kembang lubang hidung bila kena puji ngan anak sendiri

tetiba Anis mencelah

" weiii dekna, kulit ibu cerah tau bila duduk kat tengah panas"

damm you anis...