kawan kawan Kak Zu

Saturday, January 28, 2012

tiramisu

sebenar nya dah seminggu gambar ni.buat benda alah ni waktu kakak balik bercuti CNY hari tu..rupa tak berapa cantik tapi rasa marveles beb..si megat angah yang tolong ambik gambar ni..layan gambaq jerlah no..

tiramisu kek.meh kita tengok cara2 nak buat dia.senang kacang jer..



250gm krim cheese + 250 gm whipping krim + setengah cawan gula halus , putar sampai kembang.nak banyak double kan jer bahan2 nyer



kek span.beli yang dah siap kat kedai kek.yang ni perasa kopi.nak apa2 perasa pun boleh.kita yang buat dia hehe


dah potong bentuk ikut suka.boleh lah susun dlm bekas yang kita suka.pastu renjis2 kan sikit kek tu dengan bancuhan nescafe (1 sudu besar nescafe bancuh dgn 1 cawan air panas)


 masukkan krim cheese yang diputar tadi.rata kan yer puan puan


taburkan serbuk coklat van houten.aku guna penapis kopi.dah habis ni ulang balik kaedah yang sama sampai penuh bekas tu. dia punya susunan ..kek, krim cheese, serbuk coklat ,kek balik, krim cheese dan serbuk coklat.pastu simpan petiais berapa jam.makan masa sejuk...yummmyyyy...



 
 yang ni aku buat dalam bekas kaca pulak.maklumlah anak ramai kena buat 2 bekas.itu pun tak cukup.pak megat tak minat cheese..silakan tengok gambar dari jauh jer yer...hehe


aku campur serbuk milo dan serbuk coklat skit yang ni..not bad...abaikan yang comot2 bekas tu yer



sedap woh..bila tengok gambar ni rasa nak buat lagi sekali lah..menitik2 dah eliur ni..wawawa



SELAMAT MENCUBA BAGI YANG INGIN MENCUBA..

Sunday, January 22, 2012

Kenangan Mengusik Jiwa 10

semasa mengandungkan kakak
15 tahun dahulu
kitaorang laki bini naik motor sahaja
kemana mana sahaja
pernah sekali sampai ke penang
naik motor
bila balik kampung
dari batu kurau ke air kuning
kampung pak megat
mesti akan lalu tepi kilang buat roti
bau roti harum semerbak
pak megat selalu akan berhenti
tepi jalan sebelah kilang roti tu
berhenti lebih kurang sepuluh minit
bagi isteri dia ni hidu
bau roti puas...
sambil lah mulut dok kata "sedap nyer bau roti"
sabar jer pak megat layan
kerenah bini dia yg tengah mengandung tu
dah puas2 ambik bau roti
sambung balik naik motor
balik rumah mak mentua
sekarang ni kilang roti tu
dah pun berpindah ke tempat lain
dan motor tu pun dah bagi kat adik ipar
kena jual dah pun motor tu...


rindu abang sangat sangat
walaupun isteri abang ni
kadang2 suka sentap
tapi sedikit pun tak mengurangkan
cinta kasih dan sayang pada abang...












Tuesday, January 17, 2012

Anis demam lagi...

Petang semalam dalm pukul 5.15 petang.aku tengok ada 2 miss call kat handset aku.bila aku call balik ruper nye dari Sekolah Kafa.kerani tu bagitahu anis menangis kat sekolah.dia minta ibu datang ambil.aku pun mandi cepat cepat terus pergi ambik dia.masa aku sampai tu dia sedang menangis.kelas kosong sebab murid2 lain semua pergi solat asar berjemaah kat dewan.

ruper2 nyer telinga dia sakit .aku tengok ada macam bengkak dan merah sikit kat tepi2 tu.terus bawak dia masuk kereta.sementara tu kena tunggu dekna dan afiq sudah sembahyang dulu.aku raba badan anis.dah terasa dedar.dedar tu stok nak demam ler .bila semua dah ada dalam kereta,terus hntar afiq dulu.kesian budak tu cutilah satu hari mengaji.

bawak anis pergi klinik anisah.tu jer klinik yang paling dekat dengan rumah.doktor bagi ubat titik dah ubat tahan sakit.nasib masa aku sampai tu xder org lain.so, lepas register terus masuk bilik doktor.tak sampai sepuluh minit dah siap,sampai rumah.anis tak habis2 dok menangis lagi. iyelah kan sakit,mestilah dia menangis.bagi dia ubat demam  merangkap ubat tahan sakit terus dia tertido dengan baju sekolah Kafa tu jgk.

dia mengantuk tapi tido asyiklah terganggu sebab telinga sakit.jadi aku takleh duduk jauh2 dari dia.badan dia semakin panas.aku tahu anak aku demam.cari tuala kecik siap2.ready jer nak lap badan dia.aku boleh agak mmg aku xleh tido nyenyak punya.tengok dari gaya dia yang sekejap sekejap merengek .dah lah siang aku tak sempat nak lelapkan mata walau pun sekejap.pas hantar sekolah Kafa terus pecut kereta amik angah pulak.sampai rumah terus angkat kain yang dah kering dan sambung sidai kain yang baru basuh.pastu terus kena amik anis awal plk...

badan penat.semua kerja kena urus sorang sorang.waktu anak sihat senang cerita,tapi keadaan jadi rumit bila salah seorang anak sakit dan tak boleh renggang jauh jauh.sikit2 menangis panggil ibu.jadi bila pak megat hntar sms bagitau dia nak keluar makan ngan kwan sekolah lama dia.tiba tiba aku jadi emo.terasalah yang aku sorang2 urus semua anak, yang dia boleh lagi senang lenang makan2 ngan kawan lama.mula ler terasa meradang.aku ni nak mandi pun asyiklah tertangguh tangguh sebab anis asyik nak aku ada sebelah dia saja.kerja rumah jangan cakaplah berlambak lambak,baju sekolah lum iron.pinggan kotor penuh singki.baju tak berlipat penuh atas sofa.bla bla bla...

pukul 2 pagi anis bangun sebb demam dia makin kuat.aku bagi dia minum air dan bagi dia makan roti.dia tido dari petang tak makan apa2.pas makan roti bagi dia minum ubat lagi sekali.lap badan ngan tuala basah.kepala dia pun aku jelum jgk.terus dia tido sampai pagi.hari ni dia tak pergi sekolah lagi .nak buat mcm mana kan.dah nak sakit.bukan boleh tolak tolak.ni lebih kurang entry nak mengadu lah ni.tak tahu nak ngadu kat sapa,ngadu kat blog jerlah.

Sunday, January 15, 2012

cerita anak - anak edisi sekolah..umanghai tajuk...

disebabkan banyak sangat gambar budak2 ni dalam folder...jadi aku akan bercerita menerusi gambar jer lah...

amik gambar ni masa cuti sekolah tahun lepas.kerani sekolah call suruh dtg sekolah amik duit seratus angah punya.aku sorang jer naik pejabat.suami dan anak2 tunggu kat bawah.lepas aku turun dari opis,pak megat tunjuk kat aku gambar2 dalam frame besar ni.rupa nyer ada gambar angah dan dekna.sebagai ibu mestilah aku teruja sebab dlam seribu lebih murid2 kat sekolah ni gambar anak2 aku ada terselit kat situ.
 ,

 frame ni memang di khas kan utk pamerkan gambar2 murid2 yang cemerlang dalam setiap ujian penggal.siapa yang dapat 5 bintang yakni dapat 5 A dalam setiap mata pelajaran teras akan dipanggil utk bergambar dan dipamerkan kat sini supaya dapat jadi motivasi kepada murid2 lain.



barisan pertama tepi sekali dari kiri ialah dekna.masa ujian pksr 1 dekna dapat nombor 1.anak2 aku dari kakak hingga ke anis semua nyer duduk dalam kelas pertama.jadi dekna adalah yang terbaik dalam darjah 2 yang seramai seratus lebih org murid.alhamdulillah.tapi masa ujian2 selepas tu dia merosot skit.mungkin terlebih confident kot.


penilaian 1 ni adalah exam pertengahan tahun.dekna masih dapat 5 bintang lagi .alhamdulillah


gambar angah pun ada.pksr 1. 5 A




percubaan UPSR 5A.dia yang paling besar..hehehe



 anis humaira sebelum ke sekolah pada hari pertama orentasi.very the excited.

cantik sangat dalam pakaian seragam sekolah.sangat confident.tapi hari ni dah pakai tudung.


ada karisma.cara berdiri.pembawakan diri dengan penuh keyakinan.bila cikgu tanya saper nak jadi ketua darjah dia terus angkat tangan.syabas anak ibu..


anis dan dekna sebelum pergi sekolah KAFAsegak
nyer..matik ler puji anak sendiri..

Friday, January 13, 2012

baru separuh hari punya cerita

perjalanan hari ni...
okey cerita bermula dari pukul 3 pagi tadi
anis datang tido sebelah aku
rupa nyer demam dia datang balik
terasa badan dia panas membahang

aku ingatkan dah pukul 6 pagi
sebab ada bunyi kenderaan bising2 kat luar
aku tanya pak megat dah kesiangan ker
dia tengok jam kat henfon baru 340 pagi
lori angkut sampah yang bising2 kat luar ruper nyer

elok anis pun terjaga
ajak dia minum ubat demam kat dapur
dia elok jer tak merengek langsung
terus bukak baju dia dan lap dengan tuala basah
badan dah sejuk dia pun sambung tido balik

tido memang tak berapa selesa ler
sebab berimpit impit 3 orang
serta merta mak ko ni nak tukar katil king size
kalau lah duit boleh main petik2 kat pokok jer
mau malam ni aku dah tido katil baru king size
hik hik hik...sempat lagi mak ko berangan

pusing kiri kanan elok jam pun bunyi
seperti biasa mesti tepuk2 pak megat
suruh dia bangun dulu
aku sambung pejam mata lagi 10 minit
nikmat oiiii
pak megat dah ke dapur jerang air
terus dia kejut angah suruh mandi

sebab aku cuti2 malaysia so terus jer
kedapur goreng nasi bancuh teh
angah pergi sekolah tumpang bapak kawan dia
jadi sempatlah dia bekfes
xder lah kelam kabut macam naik bas tu

dekna pun dah siap mandi dan pakai baju
aku rasa badan anis
masih lagi demam
so..takyah pergi sekolah lagi 1 hari
pas dekna pergi sekolah
kali 3 beranak sambung tido sampai 9 pagi
merah dan bangyung pun tumpang tido sama
dah jadi 3 orang + 2 ekor kucing atas katil
lagi lah sempit huhuhuhu

pukl 10 pagi aku pergi sekolah
bagi surat mc kat cikgu kelas anis
sekolah sekarang ni tegas skit
bab bab ponteng sekolah ni
jadi sebelum dapat surat warning
baik aku jaga2 dulu
ialah...bukan sahari tapi dua hari anis tak pergi

dari sekolah terus pergi market cari sarapan
lepas sarapan pulak terus pergi tepeng
ada urusan kat ocbc bank
tengok jam dah 1130 pagi
alang2 dah.. baik terus ambik angah
call Ana suruh dia pesan kat dekna
duduk rumah cik Ina dulu
sampai ibu balik......

sempat pulak cari telekong baru untuk anis dan dekna
amik duit mak kat Agro bank sekali
pak megat hilang dalam kedai buku
cari buku tajwid
aku dah setel bab telekong
sempat belek2 jubah kaler hitam brand SOFY
cantik wehhhh
harga pun cantik gak
tapi aku tahu brand sofy mmg sedap kalu pakai
mmg terletak kat badan aku yang cantik ni
tapi tak beli pun..cuci2 mata jer

ni sekarang masa kau dok menaip entry ni
aku amat tekun dan sabar tunggu pak megat balik dari masjid
sebab dia nak beli nasi beriani kat aku
dah tiga hari aku kempunan telo tembakol
dah 2 hari ulang alik p kedai tu
asyik lah x dapat nak makan
macam2 hal...
yang pasti nyer xder rezki aku hari tu
rezki aku hari ni...

wahhh...pak megat dah sampai lah
dah terbau2 aroma nasi beriani
babai aku nak makan sekarang
hahahaha...ending cam apa jer kan..

Tuesday, January 10, 2012

mak kurus nok....

hari ni hari selasa

anak anak semua dah g skul

seawal tujuh pagi rumah dah kosong

aku sarung kasut sukan

jalan jalan keliling tman

15 minit...ok cukup

wahhhh...baru hari pertama

tak lama pulak tu

dah terasa kurus lah

wah wah wah sukerhatimaknok !!!!

dan sekarang

en suami ajak masuk bilik

sbb dia nak check

berapa banyak berat aku turun wiiiiiiiiiiiiiiiii

hahahahaha o la laaaa.....

surgaaaaaaaa duniaaaaaaaaa...