Pertama kali ke Trangganu adalah selepas berkahwin.Bukan pergi berdua berbulan madu yer dek non,tapi pergi bertiga dengan anak sulungku.Kak zu tak honeymoon bagai lepas bersanding sebab pokai.Bila kewangan stabil skit dah termengandung dan muntah muntah. sampailah masa nak beranak pun masih lagi nak muntah dan mabuk.so..mood nak berbulan madu memang kelaut...
Selepas beranak dan umur anak kak zu belum mencecah setahun barulah dapat pergi jalan jalan.kebetulan Abang Megat ada banyak kursus di Trangganu..apa lagi asyik nak mengekor jerlah.jauh rupernya kalau datang dari taiping ni.Dekat 8 jam belum sampai lagi.Di tambah dengan sesat baratnya..lagilah terasa jauh.
Pertama kali abang Megat bawak makan kat gerai tepi pantai.gerainya buruk saja tetapi pelanggan punya ramai.Bila orang datang nak amik order tanpa teragak agak kak zu order nasi goreng.
"takdok nasi sini..semua ikang..."
aduhhhhh...gawat makang ikang sajer...
Abang megat dah tahu tak jual makanan lain kecuali ikan celup tepung dan sotong celup tepung serta keropok lekor sahaja..tapi sajer dia pedajal kak zu yang baru pertama kali ke sana...
ini ikang celup tepung dari dapurku bukan dari dapurmu...hehe
Dalam terkebil kebil pertama kali meratah ikan habis jugak 3 ekor kak zu balun.Tapi masih lagi tak puas hati sebab tak dapat nasi goreng.Sampai ke Kuala Trangganu baru dapat mkan nasi..memang kebulur kalau berjalan dengan laki.sekarang kak zu dah pandai ..selagi dia tak berhenti cari makanan selagi itulah mulut kak zu membebel.agak agak tak tahan panas telinga kena bebel cepat jer dia cari kedai makan.Orng pompuan mesti tahu gunakan kelebihan yang Allah berikan pada kita..haw haw haw...
Sekarang ni bila ke Trangganu jer mesti tak sah kalau tak pekena ikan celup tepung.tak cukup ngan ikan, sotong saiz besar pun balun jgk.Tak cukup makan kat trangganu balik rumah buat kat rumah lagi..pernah sekali kak zu buat guna 3 kilo ikan.jadi memerang sekejap kami anak beranak...




