Cuti panjang nih kak zu banyak dapat jemputan kenduri.Kenduri kawin ada ,kenduri bertunang pun ada.Yang menjadi masalah sekarang ni bila semua anak anak kak zu tak mau ikut pergi kenduri sekali.Semuanya dah tak berminat nak ikut.Walaupun dipujuk berkali kali tetap jgk takmau ikut.
Jadi kak zu tetap kena memasak jugak sebelum pergi kenduri .Penat memang penat.kalau ikutkan bila dah letih kat dapur kak zu rasa malas dah nak pergi kenduri tapi tak baguslah macam tu kan.Memenuhi jemputan orang juga dapat pahala disamping mengeratkan ukhwah.
Selalunya kak zu masak yang simple2 sahaja utk anak anak yang takmau ikut nih...
ayam goreng paling senang
ayam kicap berempah
sayur kobis.kak zu letak lada hitam sikit..
sambal tumis sotong kembang
Masuk hari ketiga cuti ni kak zu pun dh penat makan nasi kenduri.Jadi hari ni kak zu buat keputusan tak mau pergi kenduri dan nak duduk bersantai kat rumah saja,lagipun rumah kenduri tu jauh skit kalau nak pergi.