kawan kawan Kak Zu

Saturday, February 9, 2013

cuti raya cina

Assalamualaikum semua.selamat bercuti.jalan jalan kemana sempena cuti yg panjang ni.kak zu dan keluarga tak jln kemana mana pun cuma duduk dirumah dan memenuhi jemputan kenduri kawan kawan jer.tambahan pula anak anak yg tinggal di asrama semuanya berkumpul kat rumah jadi kerja kak zu adalah memasak sahaja..baju baju kotor juga byk yg diorang bwk balik jadi sambil memasak sambil basuh baju.ok kawan kawan stop sini dulu nk angkat kain sebab hari nk hujan..

Thursday, February 7, 2013

macam kembar

Puteri Nurliana Amira dan Puteri Anis Humaira walaupun beza umur adalah dua tahun tapi dari segi beza bulan adalah 10 bulan sahaja.Semasa umur nurliana 1tahun 10 bulan puteri Anis telah pun menjengah melihat dunia ini.

Semasa awal kelahiran Anis dahulu rutin harian kak zu adalah sangat kelam kabut dan memenatkan.Kakak Yasmin masa tu umur tujuh tahun dan angah adalah lima tahun.Masa 2 minggu abang megat kat laut adalah amat mencabar sekali.

Terbayang bayang lagi,kak zu enjut buaian menggunakan kedua dua belah tangan.Kedua dua buaian diletakan bersebelah belahan.Pernah suatu hari emak kak zu berselorah "oklah tu...baru guna 2 tangan..kaki tak guna lagi..." bila dia tengok kak zu enjut kedua dua buaian serentak.

 Setelah 8 tahun berlalu semua tu jadi kenangan yang paling manis dalam hidup kak zu,Macam tak percaya kak zu boleh handle semua tu sorang diri bila abang megat out station 2 minggu.boleh pulak kak zu hantar ambik kakak dan angah dari sekolah sambil menguruskan yang 2 orng anak yang kecil ni lagi.

Sekarang Dekna 10 tahun dan Anis 8 tahun tapi budak berdua ni sama besar.kalau berdiri sama tinggi.Selalu orang keliru dengan mereka berdua nih.Macam kembar pun ada.Tambahan kak zu selalu pakaikan baju yang serupa untuk mereka berdua.selalu kalau pergi mana mana orang akan tanya "kembar ker".

Mulai tahun 2013 ni dekna dan Anis dah tak mau dipakaikan baju yang sama lagi .Masing masing dah ada cita rasa sendiri dlm berpakaian.Tapi gambar kat atas tu budak berdua ni pakai baju raya yang 2 tahun lepas punya..

Tuesday, February 5, 2013

IKAN DORI SWEET SOUR

Pertama kali dlam hidup kak zu masak dan makan ikan dori.Selalu dok tengok dalam blog blog masakan diorang dok tayang gambar ikan ni.Teringin jugak kak zu nak merasa camner rasa isi ikan ni.Sehinggalah suatu hari tu kak zu pergi ke Tesco dan masuk ke ruangan sejuk beku kak zu terpandang ikan ni.belek punya belek ambillah 1 peket.Ada 3 ketul panjang semuanya.harga murah jer tak sampai sepuluh ringgit pun.

Tak berani nak ambik banyak takut tak sedap nnti membazir pulak.Cuba yang ini dulu ,kalau sedap next time beli lagi.

Bila sampai hari nak masak nyer dah tergaru garu kepala yang banyak uban ni .Nak masak apa pulak.Nasib ada puan google.Jenguklah dari satu blog ke satu blog masakan tengok resepi apa yang paling best.Ada yang grill,ada yang buat sweet sour ada yang buat masak kicap.Tapi bila jengok kat petiais rumah kak zu banyak bendalah yang tak cukup nak dibuat kawan ngan ikan dori tu.

Last sekali masak sweet sour cara kak zu sendiri.Taruk jer apa yang ada.sayur mayur langsung tak bubuh .Nenas dan timun juga tak letak.Malas nak g kedai sebab dah malam.

Akhirnya camnilah ruper ikan dori sweet sour  tak cukup bahan.Anak anak cakap sedap habis licin diorang makan.Dekna anak kak zu yang selalu tak suka ikan pun cakap sedap.Siap suruh beli lagi ikan tu..

Sepeket ikan dori dapat banyak ni ajer.Tu pun potong kecik kecik.Rupa nya isi ikan dori ni macam kenyal sikit.tak padat macam isi ikan biasa.ikan dori ni asal dari laut dalam perairan Australia klu tak silap kak zu lah

Inilah resepi ikan dori sweet sour cara kak zu yang sangat simple..

ikan dori potong dan lumur garam kunyit dan tepung jagung kemudian gorengkan

tumis bawang merah/putih dan halia
masukkan 1 senduk sos cili
masukkan 1 senduk sos tomato
masukkan 2 sudu sos tiram
garam gula dan sedikit asam jawa
masukan  secawan air
masak sampai mendidih dan pekat
masukkan bawang besar dan cili merah 

siap...

Sunday, February 3, 2013

lawak kasar nampak...


Dah lama kak zu tak beli baju t
asyik dok beli blouse jer
sampaikan baju t yang sedia ada dah lusuh
ada jugak yang dah terbukak benang
baju t ni pakai buat duduk kat dapur masak masak

jadi....
semalam kak zu beli 2 helai 
labuh takat lutut dan berlengan pendek
kain lembik ikut bentuk badan
jadilah buat pakai kat dapur jer
lengan pendek senang nak basuh pinggan

hari ni kak zu pun pakailah 
sebelum ke dapur siap tayang kat en laki dulu
sambil pusing pusing depan dia
en laki cam biasalah hati kering 
bukan nya nak puji pun
alah..tipu kata cantik pun takper haha

dia senyum senyum jer pandang tangan kak zu yang terdedah

"tu lengan ker betis???" tanya en laki


amboi lawak kasar nampak.....

Friday, February 1, 2013

kembali...

Assalamualaikum...

Genap seminggu belog kak zu sunyi sepi.bukan merajuk cuma sibuk sikit dengan urusan sehari hari,ndak ndak pulak cuti panjang sempena Maulidur Rasul dan Thaipusam.abang Megat kat laut jadi tugas mengambil dan menghantar kakak dan Angah semuanya kak zu buat sendiri. kak Zu juga balik kampung  sebab kena bawak mak kak zu memenuhi jemputan kenduri kahwin .Semua tu memang amat memenatkan

Bila dah habis cuti dan anak anak dah balik ke asrama dan mula bersekolah,internet kat rumah kak zu pulak buat perangai.Puas telefon TM buat aduan tentang kerosakan tapi selepas dua hari baru diorang datang repair. Perlukah kak zu tukar jer ke perkhidmatan lain selain daripada TM sahaja lepas ni.Dengar dengar P1 wimax pun ok jugak.Baru ni kat Tesco pun ada orang dok promote YES.hmmmmm.....

Jadinya sepanjang takder internet kat rumah ni korang tahu apa yang kak zu buat....


haaaaa..layan novel.


bila drama "sehangat asmara "ni dah tayang kat tivi baru kak zu nak baca novel ni.pinjam kat kawan.tengoklah punya lama dah novel ni sampaikan kulit dia pun dah nak tercabut.tapi wa cakap lu memang best lah novel ni.bila baca novel ni membuatkan kak zu di lamun cinta ngan abang megat.Hari hari bila dia telefon hati kak zu berbunga bunga riang.hahaha

korang boleh agak tak kalau kak zu asyik layan novel jer apa akan jadi pada rumahtangga ku.Jawapan nya ialah seperti dibawah ...ohoiiii


kain baju yang tak berlipat belambak lambak.mula mula ada kat ruang tamu tapi terfikir pulak kot tiba tiba jer ada orang datang wat malu pulak nanti,usung semua ni masuk dalam bilik.senang kan bila tetiba jer orang terjah rumah tutup jer pintu bilik tu settle...hahaha



okeylah nanti kak zu bercerita lagi yer.internet pun dah ok ni,laju jerlah jari jemari ni menaip nanti.cerita pun banyak dok terkumpul dalam kepala ni...


k bai...

Friday, January 25, 2013

duit zaman opah...

Anis anak bongsu kak zu memang selamba.

kadang kadang apa yang keluar dari mulut dia

memang tak terjangka...

pernah sekali tu dia merengek rengek....

kak zu tanya kenapa..

dia jawab lapar...

kak zu nak suap dia makan nasi

selamba jer dia jawab dia tak lapar nasi tapi lapar keropok (jajan)

muka tak bersalah atau takut ibu marah langsung

memang begini kot kereneh anak bongsu

tak sama ngan anak2 yang lain..

memang teragak agak kalau nak minta makan jajan
-
-
-
semalam lepas balik sekolah

dia bawak tabung ke dapur

dia kata nak kira berapa duit yang dia dah simpan

kak zu buat tak peduli sambil terus memasak

dia pun tak peduli kat kak zu sambil dok susun duit syiling

penuh lantai dapur dengan susunan duit dia tu

tiba tiba dia menjerit

" kenapa duit zaman opah ni ada dalam tabung Anis"

kak zu berhenti buat kerja...

tengok camner ruper duit zaman opah tu...

hmmmhhhh...duit 1 sen rupernya

tu pun nak kecoh

sian opah mesti tersedak sedak kat kampung nun...







 duit 1 sen nilah dikatakan "duit zaman opah" oleh anis
Gambar google jer








Thursday, January 24, 2013

SALAM MAULIDUR RASUL



MARI KITA PERBANYAKKAN BERSELAWAT KE ATAS BAGINDA RASULLULLAH



sumber FB