kawan kawan Kak Zu

Thursday, January 24, 2013

SALAM MAULIDUR RASUL



MARI KITA PERBANYAKKAN BERSELAWAT KE ATAS BAGINDA RASULLULLAH



sumber FB

Tuesday, January 22, 2013

Ibu di taiping,anak kat Balik Pulau





 Anak bertuah kak zu si angah , walaupun dah diingatkan berkali kali untuk bawak kunci loker ke asrama tetap juga dia tinggalkan kat rumah.Yang membingungkan kak zu anak kuncinya takder pulak kat rumah.Bila dia telefon baru baru ni, kak zu ada tanya pasal anak kunci tu dia simpan kat mana , selamba jer dia jawab anak kunci dia dah bawa balik ke Balik Pulau..tengok...cerdik kan anak teruna kak zu tu....

Monday, January 21, 2013

Hingga Akhir Nanti - Allycats

Kenangan Mengusik Jiwa 17



Lagu lagu dri kumpulan Allycats  antara  yang menjadi kegemaran kak zu.Sebenarnya kak zu membesar dengan lagu lagu dendangan mereka.Dulu dulu rumah emak kak zu kat kampung takder radio pun ,yang ada hanyalah tv hitam putih saiz 14" dan menggunakan bateri untuk menghidupkan nya.Tetapi yang syok nya kesemua lagu lagu mereka kak zu boleh hafal dan nyanyi.korang nak tau camna kak zu boleh hafal lagu lagu Alleycats ni..jom baca lagi...


Masa zaman kak zu budk budak dulu , kalau ada majlis kenduri kahwin,orang kampung akan guna speker dan akan diletakkan tinggi kat atas pokok.seminggu sebelum kenduri diorang dah mainkan lagu lagu pilihan. lagu lagu yang diorang mainkan tu akan berkumandang ke serata kampung.Rumah yang nak kenduri tu akan terasa meriah.kebanyakan jiran jiran sekampung adalah bersaudara dan gotong royong memang menjadi amalan kalau ada majlis kenduri kendara.semuanya buat sendiri dari masak memasak sampailah kepada membuat pelamin.


speaker camnilah yang digunakan tahun 70an dan 80an dulu.
(gambar google)


Ha! dari situlah kak zu belajar menyanyi dan menghafal lirik lagu.Awal tahun 80 an tu memang lagu Allycatslah yang paling top sekali,juga lagu dari kumpulan Kembara .Lagu lagu tersebut akan diulang berkali kali.Zaman tu hanya kaset jerlah yang ada.kadang kadang sampai terputus tali kaset tu.iye lah kalau dah seminggu deret dok putar tanpa henti kan


Bila diingatkan kembali betapa manis nya saat itu.kehidupan orang kampung semua nya sama waktu itu.takder yang membezakan kami.malam guna pelita dan mndi guna air perigi.Kami kanak kanak bermain tanpa ada halangan apa pun.bila nak senja baru mencari jalan pulang kerumah.


Bila dengar lagu ini Kak zu juga akan teringatkan sepupu dan juga kawan sepermainan dahulu yang telah pergi menemui Penciptanya .Alfatihan untuk Arwah Zuri dan juga Arwah Lan.Mereka pergi meninggalkan dunia ini dalam usia yang muda.Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman..

Saturday, January 19, 2013

kenangan mengusik jiwa 16

tersalah beli atau tak kenal..

Kak zu dapat inspirasi untuk buat entri ni bila baca kisahATIE..senang banyak idup dia ...hehehe


Lama dahulu semasa anis dan dekna  masih belum bersekolah sementara kakak dan angah masih lagi bersekolah rendah kehidupan adalah sedikit sibuk dan kelam kabut.banyak masa dihabiskan untuk melayan dan mengawasi anak anak.


Jadi  bila kak zu tak sempat nak ke pasar kak zu akan suruh abang megat yang pergi untuk beli bahan  untuk dimasak.sementara kak zu kat rumah boleh siapkan kerja kerja rumah yang lain.Itupun kalau barang yang nak dibeli tu tak banyak.kalau banyak kak zu yang pergi sendiri. , dia tak boleh tengok list panjang2 nanti dia pengsan kat dlam pasar tuh..hahaha


Bila dia balik dari pasar sibuklah kak zu tanya apa yang dia beli.Konfiden tau jawab beli sayur kangkung, ikan kembung dan ayam.Apa yang di suruh itulah yang akan dibeli.selalunya .Dia tak pandai nak sambil2 beli kuih ker, buah ker atau benda benda lain.kadang kadang kak zu lupa nak pesan beli kuih muih untuk anak anak.bila dia balik pasar memang meloponglah anak anak takder makanan untuk diaorang.

Sampai time nak masak, bila keluarkan barang barang yang dia beli tadi rasa nak tergelak pulak.yang dikatakan sayur kangkung tadi ialah sayur bayam dan bukan ikan kembung yang dibelinya tetapi ikan sardin.Nasib ayam betul kalau ayam pun salah beli jugak tataulah nak cakap apa.Tapi takper, semua yang dia beli tu masih boleh dimasak dan dimakan.tapi bila mengenangkan betapa konfiden nya menjawab bila kita tanya beli apa,yang kelakar sangat tu..


untuk suamiku yang hensem dan macho....

yang ini namanya bayam.


ini barulah kangkung sayang


yang ini ikan sardin namanya


ini pulak ikan kembung.ada bezanya ikan kembung dan ikan sardin yer bang...



Itu cerita dulu.sekarang ni dah lain.Kak zu tak suruh dia pergi sorang sorang dah ,sbb kak zu dah senang banyak sekrang ni.Anak anak semua dah bersekolah.banyak masa terluang dah boleh pergi market hari hari kalau mau,cina ikan kat pasar pun dah jadi bff kak zu tau.


Sekarang ni selalunya kalau nak pergi pasar kak zu ajak abang megat pergi sekali.boleh pekena teh tarik sama sama sambil mengeratkan kasih sayang...tapiiiii bab dia tak kenal sayur dan ikan tu sama jer macam dulu gak...jangan marah yer bang...wlupun tak kenal ikan,zu tetap sayang abang tau


* semua gambar dari pakcik google

Thursday, January 17, 2013

gatai atau gatal...


makin gatai makin digaru makin pedih pulak rasa nya.
ingatkan ada kutu
dah beli sikat kutu
tapi takder sekor kutu pun yang tersangkut

mungkin  gatai sebab kelumuran
beli segala jenis shampoo
hari hari bershampoo sakan
dah habis sebotol
masih lagi gatai merenyam..

dah rasa ruper beruk
asyik lah menggaru kepala
lebih parah kalau kat tempat awam
bila gatai..main jolok ngan kunci kereta
hahaha

semalam minta tolong
anak anak  belekkan
apa kebenda nya kat atas kepala ni
anak cakap banyak rambut warna putih
pendek pendek

oooo uban mula nak keluar ruper nya
patutlah dulu arwah tok dan emak kak zu
selalu mengadu gatai kepala
minta tolong kak zu cabutkan uban
kata mereka berkesan hilangkan kegatalan

roda kehidupan sedang berputar
sekarang giliran kak zu pulak
yang gatai gatai kulit kepala...
uban oh uban...

Wednesday, January 16, 2013

Tuesday, January 15, 2013

Omak kak zu



Masa otw nak balik keTaiping dari KL hari Ahad tuhari,emak kak zu call.Dia bagitau esoknya Isnin 14 hb dia ada appoiment dengan doktor mata.Dia minta kak zu  tolong bawakkan dia..okey mak

Pagi Isnin tu dia sampai kerumah kak zu dengan menumpang  kereta jiran sekampung yang nak ketempat kerja.Hancus appoiment kak zu ngan abang megat nak ber'dating' untuk pagi hari terakhir dia kat darat sebelum ke tempat kerja.(petang hari yg sama abang megat akan balik ke Trangganu).Selalunya sampai tengahri ada kat spital...huhuhu

Takperlah ,berbakti pada ibunda tercinta juga besar pahala nya.Lepas sarapan  dan salam serta kiss kiss abang megat, kak zu dan emak pun bertolaklah ke hospital.

Setengah jam kemudian kitaorang dah ada depan klinik mata hospital Taiping.Sebelum serah surat temujanji tu pada nurse yang bertugas ,kak zu belek belek dulu apa yang di tulis kat surat tu...

"aiyaaaaaa....bukan 14/1 ler mak tapi 14/2.........."

"emak kan taktau baca" jawab mak kak zu

alo lo lo..sweetkan mak kak zu.....

moral nya..tolong simpan tarikh temujanji mak anda dlam handfone kita.

hikmahnya.....sempat juga berdating ngan en laki...hehee