Anak bertuah kak zu si angah , walaupun dah diingatkan berkali kali untuk bawak kunci loker ke asrama tetap juga dia tinggalkan kat rumah.Yang membingungkan kak zu anak kuncinya takder pulak kat rumah.Bila dia telefon baru baru ni, kak zu ada tanya pasal anak kunci tu dia simpan kat mana , selamba jer dia jawab anak kunci dia dah bawa balik ke Balik Pulau..tengok...cerdik kan anak teruna kak zu tu....
kawan kawan Kak Zu
Tuesday, January 22, 2013
Monday, January 21, 2013
Hingga Akhir Nanti - Allycats
Kenangan Mengusik Jiwa 17
Lagu lagu dri kumpulan Allycats antara yang menjadi kegemaran kak
zu.Sebenarnya kak zu membesar dengan lagu lagu dendangan mereka.Dulu
dulu rumah emak kak zu kat kampung takder radio pun ,yang ada hanyalah
tv hitam putih saiz 14" dan menggunakan bateri untuk menghidupkan
nya.Tetapi yang syok nya kesemua lagu lagu mereka kak zu boleh hafal dan
nyanyi.korang nak tau camna kak zu boleh hafal lagu lagu Alleycats
ni..jom baca lagi...
Masa zaman kak zu budk budak dulu
, kalau ada majlis kenduri kahwin,orang kampung akan guna speker dan akan
diletakkan tinggi kat atas pokok.seminggu sebelum kenduri diorang dah
mainkan lagu lagu pilihan. lagu lagu yang diorang mainkan tu akan
berkumandang ke serata kampung.Rumah yang nak kenduri tu akan terasa
meriah.kebanyakan jiran jiran sekampung adalah bersaudara dan gotong royong memang menjadi amalan kalau ada majlis kenduri kendara.semuanya buat sendiri dari masak memasak sampailah kepada membuat pelamin.
speaker camnilah yang digunakan tahun 70an dan 80an dulu.
(gambar google)
(gambar google)
Ha!
dari situlah kak zu belajar menyanyi dan menghafal lirik lagu.Awal tahun 80 an tu memang lagu Allycatslah yang paling
top sekali,juga lagu dari kumpulan Kembara .Lagu lagu tersebut akan diulang berkali kali.Zaman tu hanya kaset
jerlah yang ada.kadang kadang sampai terputus tali kaset tu.iye lah kalau dah seminggu deret dok putar tanpa henti kan
Bila
diingatkan kembali betapa manis nya saat itu.kehidupan orang kampung
semua nya sama waktu itu.takder yang membezakan kami.malam guna pelita
dan mndi guna air perigi.Kami kanak kanak bermain tanpa ada halangan
apa pun.bila nak senja baru mencari jalan pulang kerumah.
Bila dengar lagu ini Kak zu juga akan teringatkan sepupu dan juga kawan sepermainan dahulu yang telah pergi menemui Penciptanya .Alfatihan untuk Arwah Zuri dan juga Arwah Lan.Mereka pergi meninggalkan dunia ini dalam usia yang muda.Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman..
Saturday, January 19, 2013
kenangan mengusik jiwa 16
Kak zu dapat inspirasi untuk buat entri ni bila baca kisahATIE..senang banyak idup dia ...hehehe
Lama dahulu semasa anis dan dekna masih belum bersekolah sementara kakak dan angah masih lagi bersekolah rendah kehidupan adalah sedikit sibuk dan kelam kabut.banyak masa dihabiskan untuk melayan dan mengawasi anak anak.
Jadi bila kak zu tak sempat nak ke pasar kak zu akan suruh abang megat yang pergi untuk beli bahan untuk dimasak.sementara kak zu kat rumah boleh siapkan kerja kerja rumah yang lain.Itupun kalau barang yang nak dibeli tu tak banyak.kalau banyak kak zu yang pergi sendiri. , dia tak boleh tengok list panjang2 nanti dia pengsan kat dlam pasar tuh..hahaha
Bila dia balik dari pasar sibuklah kak zu tanya apa yang dia beli.Konfiden tau jawab beli sayur kangkung, ikan kembung dan ayam.Apa yang di suruh itulah yang akan dibeli.selalunya .Dia tak pandai nak sambil2 beli kuih ker, buah ker atau benda benda lain.kadang kadang kak zu lupa nak pesan beli kuih muih untuk anak anak.bila dia balik pasar memang meloponglah anak anak takder makanan untuk diaorang.
Sampai time nak masak, bila keluarkan barang barang yang dia beli tadi rasa nak tergelak pulak.yang dikatakan sayur kangkung tadi ialah sayur bayam dan bukan ikan kembung yang dibelinya tetapi ikan sardin.Nasib ayam betul kalau ayam pun salah beli jugak tataulah nak cakap apa.Tapi takper, semua yang dia beli tu masih boleh dimasak dan dimakan.tapi bila mengenangkan betapa konfiden nya menjawab bila kita tanya beli apa,yang kelakar sangat tu..
untuk suamiku yang hensem dan macho....
yang ini namanya bayam.
ini barulah kangkung sayang
yang ini ikan sardin namanya
ini pulak ikan kembung.ada bezanya ikan kembung dan ikan sardin yer bang...
Itu cerita dulu.sekarang ni dah lain.Kak zu tak suruh dia pergi sorang sorang dah ,sbb kak zu dah senang banyak sekrang ni.Anak anak semua dah bersekolah.banyak masa terluang dah boleh pergi market hari hari kalau mau,cina ikan kat pasar pun dah jadi bff kak zu tau.
Sekarang ni selalunya kalau nak pergi pasar kak zu ajak abang megat pergi sekali.boleh pekena teh tarik sama sama sambil mengeratkan kasih sayang...tapiiiii bab dia tak kenal sayur dan ikan tu sama jer macam dulu gak...jangan marah yer bang...wlupun tak kenal ikan,zu tetap sayang abang tau
* semua gambar dari pakcik google
Thursday, January 17, 2013
gatai atau gatal...
makin gatai makin digaru makin pedih pulak rasa nya.
ingatkan ada kutu
dah beli sikat kutu
tapi takder sekor kutu pun yang tersangkut
mungkin gatai sebab kelumuran
beli segala jenis shampoo
hari hari bershampoo sakan
dah habis sebotol
masih lagi gatai merenyam..
dah rasa ruper beruk
asyik lah menggaru kepala
lebih parah kalau kat tempat awam
bila gatai..main jolok ngan kunci kereta
hahaha
semalam minta tolong
anak anak belekkan
apa kebenda nya kat atas kepala ni
anak cakap banyak rambut warna putih
pendek pendek
oooo uban mula nak keluar ruper nya
patutlah dulu arwah tok dan emak kak zu
selalu mengadu gatai kepala
minta tolong kak zu cabutkan uban
kata mereka berkesan hilangkan kegatalan
roda kehidupan sedang berputar
sekarang giliran kak zu pulak
yang gatai gatai kulit kepala...
uban oh uban...
Tuesday, January 15, 2013
Omak kak zu
Masa otw nak balik keTaiping dari KL hari Ahad tuhari,emak kak zu call.Dia bagitau esoknya Isnin 14 hb dia ada appoiment dengan doktor mata.Dia minta kak zu tolong bawakkan dia..okey mak
Pagi Isnin tu dia sampai kerumah kak zu dengan menumpang kereta jiran sekampung yang nak ketempat kerja.Hancus appoiment kak zu ngan abang megat nak ber'dating' untuk pagi hari terakhir dia kat darat sebelum ke tempat kerja.(petang hari yg sama abang megat akan balik ke Trangganu).Selalunya sampai tengahri ada kat spital...huhuhu
Takperlah ,berbakti pada ibunda tercinta juga besar pahala nya.Lepas sarapan dan salam serta kiss kiss abang megat, kak zu dan emak pun bertolaklah ke hospital.
Setengah jam kemudian kitaorang dah ada depan klinik mata hospital Taiping.Sebelum serah surat temujanji tu pada nurse yang bertugas ,kak zu belek belek dulu apa yang di tulis kat surat tu...
"aiyaaaaaa....bukan 14/1 ler mak tapi 14/2.........."
"emak kan taktau baca" jawab mak kak zu
alo lo lo..sweetkan mak kak zu.....
moral nya..tolong simpan tarikh temujanji mak anda dlam handfone kita.
hikmahnya.....sempat juga berdating ngan en laki...hehee
Monday, January 14, 2013
Resepi Mee Rebus Daging Cincang
Assalamualaikum
Kak zu belek belek belog ni luar dan dalam.Terpandang keyword mee rebus mastan ghani.mungkin kak zu pernah letak entry pasal makan mee rebus kat restoren Mastan Ghani teluk Intan.
Kak zu takder resepi mee rebus mastan ghani.tapi kalau resepi mee rebus Zulaikha Megat kak zu boleh bagi.Power tak power sila buat sendiri okey.kang kata mee rebus sendiri sedap korang kata kak zu perasan pulak hehehe
Mula mula kasi tepek gambar dulu.memang kak zu selalu buat mee rebus.Abang Megat sangat suker makan mee rebus yang kak zu buat sendiri.Alkisah nya dedulu dia tak makan mee rebus.Dia paling gila ngan mee kari.Tapiiiiii selepas mencuba mee rebus buatan kak zu ,dia punya gila terus beralih arah 360 darjah kepada mee rebus pulak...resepi ni menggunakan bahan bahan yang digoreng terlebih dahulu.rasanya juga sangat ummmppp
taraaaaaaa...mee rebus Zulaikha Megat...mengancam tak...
meh sini salin resepi bagi yang berminat nak cuba...
resepi untuk kuah jer.mee kuning pandai2 koranglah nak beli banyak mana.
3 ketul ubi keledek merah.saiz sederhana (takder yg merah yg biasa pun boleh juga)
3 biji ubi kentang
kedua duanya rebus sampai embuk buang air rebusan.dan kisar sampai lumat
2 biji bawang besar (mayangkan)
6 biji cili kering (nak pedas boleh tambah lagi)
seringgit udang kepal (basuh dan toskan)
Gorengkan bahan bahan tersebut , blend kesemuanya
daging cincang (ikut suka banyak mana) rebus sampai empuk
RM2 udang saiz kecik,basuh dan rebus
kisar udang dan tapis.hampas dibuang,jangan campur sekali nnti makan terasa berapas...
caranya.
campurkan semua bahan yang dikisar kedalam periuk.tambah air ikut kepekatan yang korang suker.rebus sekali dengan daging cincang.masukan garam dan juga gula.rebus sampai betul betul masak.
kak zu juga hidangkan fish cake dan tauhu yang telah digoreng dahulu.daun sup/bawang dan cili hijau sebagai pelengkap..cubalah yer.
*cili kering yang digoreng adalah exra pedas,so jangan terlebih tau nnati bibir terasa tebal..hahaha..
Subscribe to:
Posts (Atom)






