kawan kawan Kak Zu

Monday, January 14, 2013

Resepi Mee Rebus Daging Cincang

Assalamualaikum

Kak zu belek belek belog ni luar dan dalam.Terpandang keyword mee rebus mastan ghani.mungkin kak zu pernah letak entry pasal makan mee rebus kat restoren Mastan Ghani teluk Intan.


Kak zu takder resepi mee rebus mastan ghani.tapi kalau resepi mee rebus Zulaikha Megat kak zu boleh bagi.Power tak power sila buat sendiri okey.kang kata mee rebus sendiri sedap korang kata kak zu perasan pulak hehehe


Mula mula kasi tepek gambar dulu.memang kak zu selalu buat mee rebus.Abang Megat sangat suker makan mee rebus yang kak zu buat sendiri.Alkisah nya dedulu dia tak makan mee rebus.Dia paling gila ngan mee kari.Tapiiiiii selepas mencuba mee rebus buatan kak zu ,dia punya gila terus beralih arah 360 darjah kepada mee rebus pulak...resepi ni menggunakan bahan bahan yang digoreng terlebih dahulu.rasanya juga sangat ummmppp


taraaaaaaa...mee rebus Zulaikha Megat...mengancam tak...



meh sini salin resepi bagi yang berminat nak cuba...

resepi untuk kuah jer.mee kuning pandai2 koranglah nak beli banyak mana.

3 ketul ubi keledek merah.saiz sederhana (takder yg merah yg biasa pun boleh juga)
3 biji ubi kentang
kedua duanya rebus sampai embuk buang air rebusan.dan kisar sampai lumat

2 biji bawang besar (mayangkan)
6 biji cili kering (nak pedas boleh tambah lagi)
seringgit udang kepal (basuh dan toskan)
Gorengkan bahan bahan tersebut , blend kesemuanya

daging cincang (ikut suka banyak mana) rebus sampai empuk

RM2 udang saiz kecik,basuh dan rebus
kisar udang dan tapis.hampas dibuang,jangan campur sekali nnti makan terasa berapas...

caranya.

campurkan semua bahan yang dikisar kedalam periuk.tambah air ikut kepekatan yang korang suker.rebus sekali dengan daging cincang.masukan garam dan juga gula.rebus sampai betul betul masak.

kak zu juga hidangkan fish cake dan tauhu yang telah digoreng dahulu.daun sup/bawang dan cili hijau sebagai pelengkap..cubalah yer.

*cili kering yang digoreng adalah exra pedas,so jangan terlebih tau nnati bibir terasa tebal..hahaha..


Sunday, January 13, 2013

kain lycra..




Assalamualaikum ...


Kak Zu sampai dari KL pukul 3 ptg tadi..sggh rumah mak mentua sebab nak melawat anak saudara baru..Arissa Batrisya.Anak adik Abang Megat yang bongsu.Dah bersalin 2 minggu lepas kat Melaka dan kini balik berpantang di rumah emak bapak sendiri kat kampung pulak.


Dari rumah emak mentua terus melawat kakak kat hostel.Dah alang alang sejalan..Lagipun semalam kakak tepon mangadu dia demam.


Kat KL kak zu amik peluang pergi Jakel sebab nak cari kain lycra.Di Taiping ni kak zu belum pernah berjumpa lagi ada jual ke tak..niat di hati nak buat baju macam yang Ain Hawani pakai dalam citer ADAM DAN HAWA tu...


macam nilah roper baju yang kak zu teringin nak pakai tu.Ni gambar kat kedai kawan kak zu.baju yg patung ni pakai pun kak zu dah try.seperti biasa scaryyyyyyy.... walaupun free size.jalan paling selamat beli kain dan tempah ikut ukuran badan sendiri.

hitam itu menawan..cantik kan patung ni pakai..kalau kak zu yang pakai..hmmmm ....no komen...hahaha


Nilah kain lycra yg kak zu beli kat Jakel KL semalam.semeter RM10 untuk yang plain tu dah RM13 untuk yang bercorak.yang kaler hitam tu kak zu nak buat skirt.Nanti kalu dah jadi baju kak zu tunjuk kat belog okey..harap2 tak scary lah tengok badan sendiri bila pakai baju yang ditempah ni.










Friday, January 11, 2013

taiping - kajang -bangi - kampung baru



Kak Zu dan keluarga akan ke tempat tempat seperti tajuk diatas.Tujuan utama hanya untuk menenuhi jemputan walimatul urus kenalan lama di Bangi..sambil sambil tu akan menziarahi kenalan lain juga di kajang dan Kampung Baru , KL.kami akan balik ke Tepeng pada hari Ahad nnti..

Inshaa Allah ada rezki kak zu akan bersiaran lagi.Semuanya akan kehendak Allah jua.Doakan semoga kak zu dan family selamat pergi dan selamat kembali ya...

Sayang korang ketat ketat..

Salam Jumaat




Thursday, January 10, 2013

Angah dan Ayah



Kak zu nak cerita pasal si Angah anak teruna tunggal kak zu.Tahun ni umor 14 tahun.Suara dah pecah jadi garau.Kalau dia gelak bergema satu rumah.Bila dia telefon kak zu tak boleh kenal suara dia sekarang.Kak Zu rasa tahun depan mesti dah tumbuh misai pulak...hehe

Dua tiga hari lepas dia telefon.Kak zu takder kat rumah pergi rumah jiran kat taman lama.Anis yang angkat telefon.Bila dia tahu kak zu takder kat rumah terus dia letak telefon. Yang ayah dia datang ler ambik telefon nak cakap dengan anak dia tapi hampa.Angah ..angah..kalau ibu takder kan boleh cakap ngan ayah jer...Bila kak zu balik ,kembang kempis hidung abang megat bagitau angah takmo cakap ngan dia...

Pernah dulu sekali, angah telefon kak zu takder kat rumah juga.kali ni ayah dia sendiri yang angkat ,pun dia letak juga bila ayah cakap ibu takder kat rumah.bengang lagi orang tua tu...nak buat camner bang anak lebih selesa bercakap dengan ibu lagi dari bercakap dengan ayah walaupun ibu garang macam tiger..

Semalam angah telefon lagi ,cepat cepat ayah dia berlari angkat telefon, dan semalam jadi rezki ayah bila angah mula nak sembang ngan ayah lelama.Kak zu senyum jerlah sambil kondem dia balik

"alah abang pun sama kan,kalau telefon rumah mak nak cakap ngan mak jer kan.mana mau sembang ngan abah "...




Wednesday, January 9, 2013

Salam hari Rabu



Assalamualaikum semua..


Kak zu baru balik dari kelas fardu ain.Hari ni baca kitab Radiatus Silihin Jilid 3 bab kelebihan berlapar,kesusahan  hidup,memadai dengan sedikit.


"orang yang beriman,bersyukur dengan nikmat kesenangan dan bersabar dengan dugaan kesusahan hidup yang Allah turunkan."
antara kata kata yang diucapkan oleh ustaz.


Kelas tak lama cuma 1 jam dari pukul 9 -10 pagi,2 kali seminggu iaitu hari Rabu dan Khamis.Kak zu dah ikuti kelas ni lebih kurang 2 tahun lebih.Makcik makcik pencen banyak kat dlam kelas ni..Kak zu dan seorang kawan lagi antara yang 'paling muda'...hik hik hik...


Balik dari kelas mengaji singgah pasar beli bahan bahan basah untuk masak tengahari nanti.seminggu dua ni kak zu tengok ada peniaga ayam baru, menjadikan peniaga ayam dalam pasar tu ada tiga orang.Dua lagi dah lama dan dah ada regular customer masing masing.


Kak zu kesian tengok peniaga yang baru ni berdiri sambil perhatikan oarng ramai yang lalu lalang depan kedai dia.Jadi kak zu pun pergilah beli sekor ayam kat dia.Oh ya ..gerai ayam yang baru ni bersebelahan dengan gerai ayam yang sedia ada sebelum ini.

kak zu perasan tauke gerai ayam yang lama muka masam sebab pelanggan tetap dia (kak zu ler tu) dah beralih arah ke gerai sebelah.takper nanti hari lain kak zu akan beli kat gerai dia pulak.gilir gilirlah.kak zu juga nak bagi sokongan moral pada peniaga ayam yang baru ni.

Itulah sifat orang kita.Tak boleh ada persaingan.Mulalah tunjuk muka tak suka.tak seperti bangsa lain bertahun tahun berniaga sebelah menyebelah,elok jer kak zu tengok.kadang kadang tu siap pas pas barang lagi kalau barang yg kita minta tu takder dekat kedai dia..


Berbalik pada peniaga ayam yang baru tadi kak zu rasa dia baru mula nak bertapak dan mungkin juga takder pengalaman berniaga lagi sebelum ni.Bila kak zu bayar harga ayam ,kak zu tengok terkial kial nak pulangkan baki duit lebih.dan dia terbagi lebih duit baki  pada kak zu.dan memang kak zu akan pulangkan balik duit tu kan.apa guna pergi kelas agama kalau tak tahu halal haram nya.


Okeylah dah terpanjang catatan hari Rabu kak zu ni..blogger lain letak WW hari ni,yg kak zu taip berjela jela pulak..idea tengah mari nok...baca jerlah yer.


Kak zu nak masak sekarang.Petang nanti kak zu BW yer..kak zu cadang nak masak sambal tumis udang dan ayam goreng hari ni...kawan kawan kak zu masak/makan apa hari ni yer...




Tuesday, January 8, 2013

Cemburu adik beradik...



Assalamualaikum...


Tengok orang lain pakai selendang atau shawl kak zu pun teringin nak pakai gak...Feeling muda remaja la konon nya.Masa membeli tu perasan badan dan muka saiz s padahal dabel xl..balik rumah bila acu kat kepala sangatlah pendek.belakang tergantung,depan tak menutup 'nenen' sepenuhnya.setakat tutup dada sahaja.'muka kuciwa'


akhirnya bagi kat dekna jer.kakak yasmin takmau selendang jenis ni.dia hanya pakai tudung bawal .dekna tersengih bahagia dapat selendang tu...


memang sesuai untuk dia.rezki hang lah dekna oiii...omak nnti beli lain...hehehe



-



-


-



Bila Dekna yang dapat selendang tu haruslah anis merajuk sebab dia pun ndak jugak.Mana boleh! dia kecik lagi.nak cucuk keronsang pun tak pandai ni kan pulak nak lilit lilit keliling kepala lagilah dia tak pandai.



pastu merajuk dan cemburu katanya




makin merajuk makin kedalam masuk belakang sofa.ibu malas nak pujuk.lagi ambik gambar adalah.