Assalamualaikum dan salamat hari Isnin
Lipstik ataupun gincu bibir.Kak Zu percaya setiap wanita mempunyai sekurang kurang nya sebatang lipstik dalam simpanan nya.Ada juga yang mempunyai berbagai bagai warna untuk disesuaikan dengan warna pakaian ataupun mood wanita untuk hari tersebut.Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan..
Korang semua,berapa lama tahan sebatang lipstik yang korang gunakan?.Jenama apa yang korang selalu gunakan?.kak zu selalu beli Jenama Avon jer.Surirumah tak bekerja macam kak zu ni guna yang murah murah jer.
Korang tahu tak? Bentuk hujung lipstik yang di gunakan melambangkan keperibadian kita.Betul atau tidak Wallahulam.Hati tuan punya bibir sendiri yang tahu..Mari kita tengok bentuk gincu dan keperibadian nya
1- hujung lipstik tajam
-menunjukan wanita yang kuat,cenderung egois.Namun mereka juga mempunyai sifat yang imajanatif dan sensual
2-Hujung lipstik rata
-memiliki cara komunikasi yang baik dan boleh menjadi pendengar yang baik.
3-Hujung lipstik bulat
-mencerminkan wanita yang lembut,feminin dan cinta damai.mereka selalu mengambil langkah aman dalam hidup nya..
4-Hujung seperti lipstik baru
-wanita ini memiliki kepercayaan diri yg tinggi,sangat detail,kreatif dan energik.
5-Hujung lipstik cekung
-sensitif dan pendiam serta bijaksana.
Yang mana satu keperibadian mu wahai kawan kawan kak zu semua.
segala info dari SINI





