Seperti tahun tahun sebelum nya kak zu sokong Black dalam AJL 2012. walaupun lagu dia kurang menyengat tapi suara dia sedap sangat di pendengaran kak zu..lagi pun kulit kitaorang sama kaler maaaa...hehehe
kawan kawan Kak Zu
Sunday, January 6, 2013
Saturday, January 5, 2013
Labu
Assalamualaikum semua
Beberapa hari lepas semasa di pasar kak zu ternampak labu kuning.Labu ni termasuk dalam ketegeri buah atau sayur .sayur kot no,terkonfius jap kak zu ni..
gambar pak cik google.tapi lebih kurang camnilah labu yang kat pasar tu.
Tiba tiba kak zu rasa teringin sangat nak makan masak lemak labu.Ha korang jangan nak buat spekulasi bukan bukan yek.yerlah asal teringin nak makan sesuatu mesti ada yang ingat dah 'ngandung'.takder nya,kak zu ni dah tak subur dah walaupun body bergetah lagi...hahahaha
Walaupun rasa teringin tapi hati ada rasa was was.Bukan was was halal haram nya tapi was was takut sakit kepala.dah berapa kali terjadi selepas makan labu terus ngap ngap sakit kepala.Pernah sekali tu belum sempat basuh tangan sisa nasi sakit kepala dah terpa dulu.Hebat sungguh penangan labu ni.Bukan kak zu sorang jer,Abang Megat pun sama sakit kepala jgak.
Kadang kadang tu elok jer tak sakit tang mana pun walaupun makan tak hengat donia.Pelik betul lah tubuh badan kami laki bini ni.Mungkin banyak angin dalam badan kot.
Tapi kali ni kak zu tak peduli dah,teringin punya pasal sakit kepala pun sakit lah.Kak zu rembat jugak sepotong labu tuh .Dan terus beli kelapa untuk buat masak lemak .Daun kunyit dan ikan bilis dah ada,begitu jugak serai belambak kak zu tanam tepi rumah.tak payah beli.
Setelah berpung pang pung pang kat dapur akhirnya bukan setakat masak lemak labu jer yang siap tetapi ada lauk pauk lain lagi antara nya ayam goreng,sambal ikan bilis dan ikan sepat masin goreng,ikan temenung sekerat tu lebihan malam punya.Untuk mengelakkan sakit kepala kak zu taruk sesudu lada hitam dalam masakan labu tu,memang menjadi tak sakit kepala langsung kami laki bini.Nnti boleh buat lagi masak lemak labu.
Masalah sakit kepala apabila makan labu ni bukan semua orang hadapi.Jangan korang takut pulak nak makan labu pasni.Hanya segelintir insan insan istimewa yang terpilih sahaja yang bila makan labu sakit kepala.Antara insan yang terpilih itu ialah kak zu dan Abang Megat..
Resepi masak lemak labu
sepotong labu buang kulit dan rebus ngan air dulu separuh empuk
semangkuk santan atau lebih
segengam ikan bilis
cili merah potong
bawang besar dimayang
sebatang serai diketok
sehelai daun kunyit dicarik
garam secukup rasa
keluarkan lebihan air rebusan labu dan masukkan semua bahan siatas.masak hingga mendidih.kacau selalu utk elak santan pecah minyak.senang kan.
Friday, January 4, 2013
Lawak dihari Jumaat
Semalam lepas balik dari kelas mengaji,kak zu singgah butik Avon sebab nak beli bra baru.Dah lama tak membeli.Yang ada ni dah longgar talinya.
Hari ni dah mula pakai bra baru.Rasa syok semacam jer..poyo kan kak zu ni semua nak cerita..hehehe
Masa borak borak ngan dekna dan anis waktu ayah pergi solat Jumaat,Ibu yang feeling kawan kawan ngan anak anak pun bercerita
"dekna..ibu pakai bra yang baru beli semalam"
"oooo...patut ler dekna tengok tegak terpacak macam Rozita Che Wan jer"
amboi...wakaka.......
auwwww...
Ingatan dipagi Jumaat
YaAllah jadikan lah aku ini drpd orang2 yang sujud kepada zatMu,yang menjalankan perintahMu dan yang takut kepada seksaanMu ~surah An Nahl
sumber FB
Untuk renungan kita bersama.semoga kita semua dijauhkan dari sifat sifat seperti yang diatas.
Thursday, January 3, 2013
cerita di hari tahun baru
Assalamualaikum...
Dah hari ke3 ditahun baru.Kak zu nak cerita jgk apa yang kak zu buat dihari cuti 1/1/2013 yang lalu.ceh! macam ler ada cerita yang panas panas.Padahal hantar anak balik asrama jer pun...hehe
Orang lain mungkin sedang lepak lepak santai dihari cuti begini,tapi kak zu dah sibuk berkungfu didapur.Sibuk memasak untuk bekalan anak anak ke asrama dan jgk untuk makanan kami sekeluarga kat rumah.Pihak asrama hanya sediakan makan malam sahaja utk hari pertama tu.Jadi sebelum anak anak kak zu kelaparan menunggu waktu makan malam baik sediakan bekalan utk diorang. anak anak ingatlah penat lelah ibu mu ini bila dah berjaya kelak.
kak zu masak mee goreng,nasi berlaukkan ikan siakap sweet sour dan jgk puding roti bersos kastad .semuanya 2.satu set utk kakak dan satu set utk angah
adil dan saksama.pilih jer ndak yg mana.
malam tahun baru semasa dum dam dum dam bunyi mercun kak zu berpeluh peluh iron baju angah dan gantung di almari kat hall, biar senang nampak.takut lupa.
barang barang angah..
barang barang kakak.
penuh satu bonet barang barang angah.mula mula hantar kakak dulu pastu baru hantar angah ke Balik Pulau.Gambar kakak kat hostel takder sebab dia buat muka moyok ngan ibu langsung ibu takder mood nak tangkap gambar dia.Dia buat muka sbb marah kak zu hntr dia dulu ke asrama.dia tau buat muka jer.yang nak menghadap jem kat penang bridge nnti dia tak fikir.jalan paling selamat hantar dia dulu pastu baru hantar angah,kalau jem pun xpa kami boleh lepak kat Komplek Bukit Jambul dulu cam biasa...
budak bertiga ni dah ready dalam kereta...ibu yang kena tutup gate..terima kasih!
beginilah keadaan bilik angah.MRSM Balik Pulau antara mrsm yg paling lama sekali kat Malaysia.Usia nya lebih dari 34 tahun jadi keadaannya nampak tak sedap dipandang.Locker lama pihak pengurusan asrama keluarkan sebab nak bagi locker baru..bila??? tatau....buat sementara waktu ni barang barang semua letak bawah katil.
dewan makan.6X sehari makan kat sini...hmmmm
ayah terlebih rajin..gambar tray pun ambik...
beratur untuk bayar yuran dan bayaran untuk segala mak nenek.Rabak RM402.00
makin ramai mak bapak datang hntr anak masing masing..
dah sama besar ngan ayah si angah ni.itu baru 14 tahun,kalau 24 tahun camnalah agak nya ya..
okey ,tu jer nak cerita dan nak tunjuk.
Wednesday, January 2, 2013
Monday, December 31, 2012
Hari terakhir 2012
Assalamualaikum,
Hari ini ialah hari terakhir dalam tahun 2012.Esok kita akan melangkah ke tahun baru 2013.banyak kenangan suka duka yang di lalui sepanjang tahun ini.kebanyakkan nya kenangan yang manis manis belaka.Ada juga kenangan pahit tapi jangan diingatkan.buang jauh jauh dari fikiran.
Azam tahun baru kak zu ? hanya satu.Ingin menambahkan segala amalan baik yang dituntut oleh agama.Nak mantapkan lagi amalan yang wajib dan memperbanyakan amalan yang sunat.Bagi kak zu jika kita menjaga hubungan kita dengan Allah inshaAllah akan datang perkara perkara yang baik kemudian nya.bagaimana dengan azam baru korang semua.
Hari ini juga kak zu akan menbuat persiapan terakhir persekolahan anak anak kak zu yang tinggal diasrama.sekejap lagi nak keluar beli barang barang keperluan kakak dan angah seperti barangan mandian,sabun basuh baru,makanan seperti biskut dan air kotak dll.Esok hantar angah ke Balik Pulau dahulu selepas settle semua bayaran pecut balik untuk hantar kakak pulak.nasib hostel kakak dekat dengan rumah.InshaAllah kalau ada rezki kakak pun akan bersekolah sama dengan angah di Balik Pulau.
okeylah semua.kak zu stop kat sini dulu sebab nak kena layan penyewa rumah kak zu yang baru.Penyewa yang lama dah pun keluar masa hari krismas yang lalu.Penyewa yang baru ni pasangan guru dan askar.harap harap penyewa yang ini tidak cerewet seperti penyewa yang dulu.Penyewa yang dulu pandai jaga rumah takder yang rosak pun selepas mereka berpindah keluar.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013.
Subscribe to:
Posts (Atom)



