kawan kawan Kak Zu

Sunday, December 16, 2012

tangkap duit..

Belek belek gambar dalam laptop abang megat ni ,kak zu tengok ada gambar ni terselit.Gambar lama semasa kami anak beranak pergi ambil angah kt Balik Pulau masa hari last sebelum cuti sekolah dulu.Balik dari ambik angah kat asrama tu kak zu ajak abang megat singgah kat komplek Bukit Jambul dulu.

Saja tak nak balik terus sbb sah sah berlaku kesesakan kat atas jambatan pulau pinang menuju ke arah Prai.Jadi tunggu lepas magrib baju gerak keluar dari pulau.Dan seperti dijangka trafik sudah lengang bila pukul 9 malam kami bergerak balik ke taiping.

Kat dalam komplek Bukit Jambul tu berlakulah adegan yng biasa berlaku apalagi kalau bukan shoppingggggg...hehe.Kak zu ,dekna dan anis beli kasut untuk jogging.abang megat pun nak beli kasut jgk tapi kasut pakai jalan jalan.Bila dah siap bayar harga kasut yng abg megat ambik  casher tu cakap yang kitaorang layak "tangkap duit"..mula mula tu tercengang jgk.bila diterangkan sekali lagi baru faham.

Rupa nya setiap bil yang melebihi RM150.00 boleh pi "tangkap duit"kat level paling bawah sekali.Disebabkan kami beli didua kedai dan dua dua melebihi RM150.00 makanya dapatlah dua kali "tangkap duit"...kak zu suruh abang megat yang masuk dlam sangkar duit tu tapi dia takmau "malu"..suruh angah pun "malu"..dekna dan anis memang ler tak boleh sebab kecik sangat bebudak dua orang tu..akhirnya kak zulah yang "malu tapi mahu" ni yang masuk dalam sangkar plastik tu..

"malu nya nak terkinja kinja dan tergedik gedik kat dalam tu"

kak zu dah mula melangkah masuk ke dalam karung duit...masih lagi malu malu

nampak tak kak zu dah mula tangkap duit yang melayang layang tu.kebanyakan nya duit RM1 jer yang lebih.duit RM5 , RM10 ,RM20 adalah dua tiga lai saja.RM50 pun ada jgk kat dalam tu.masa diberi cuma 10 saat.tak boleh amik yang melekat kat dinding dan jgk kat baju.kalau diorang nmpk kita amik kat dinding dan dan diorang suruh behenti.cisss sungguh tak aci..

okey dan settle untuk kali pertama,tunggu awek cina kat depan tu kira berapa duit yng kak zu dapat.ready utk terkinja kinja kali kedua pulak.cukup 10 saat kak zu pun keluarlah dari karung duit tu.jumlah keseluruhan yang berjaya di tangkap pleh kak zu ialah...jeng jeng jeng....RM14 sahaja..huhuhu nak nangis tau..penat tergedik gedik kat dalam tu tau..dah dpat duit tu cepat cepat heret tangan cik abang megat masuk kedai baju.kak zu pau dia suruh tambah lagi rm50 utk sehelai baju kak zu..kelas tak ahkak..hehehe


okeylah sekian sahaja entry ntah apa apa dari orang yang baru baik cirit birit.terima kasih pada yg mendoakan kak zu...sayang korang ketat ketat..




Thursday, December 13, 2012

cirit birit



Assalamualaikum...

Masa bawak Anis pergi  klinik kelmarin

kak zu ada tanya doctor

muntah muntah dan cirit birit ni

boleh berjangkit tak???

doctor tu jawab 'boleh"

dari barang barang yang kita gunakan

seperti sudu pinggan dan juga cawan

ooooooooo  kak zu mengangguk gangguk...

dan pagi tadi sebelum subuh

kak zu mula rasa mual

ingatkan cuma dalam mimpi

rupanya betul

dan bermula saat itu

sampai sekarang

kak zu mula muntah dan diikuti cirit birit

seluruh badan terasa lemah

masa banyak diatas katil

minta maaf banyak banyak

tak sempat nak melawat rumah kawan kawan

lenkali kali kak zu terjah blog korang

rasanya kak zu perlukan rehat semaksimum mungkin

jangan lupa doakan kak zu cepat sembuh tau

babai..


Wednesday, December 12, 2012

Ikan Sebelah




Ikan Sebelah ( gambar google)

Assalamualaikum.

Kawan kawan semua pernah tengok Ikan Sebelah tak..bukan..bukan ikan sebelah rumah atau sebelah meja.Memang nama ikan ni Ikan Sebelah.

Kak zu dulu pun tak tahu nama ikan ni ikan sebelah.Bila pergi market nmpak ikan ni sebelah mata pun tak pandang..eceh..belagak kunun.Tapi best fren kak zu kat pasar tu sapa lagi kalau bukan tokey ikan tu kata "try la.manyak sidap ini ikan tau"maka kak zu pun cubalah beli buat pertama kali nya.Tak sangka memang manyak sidap ini ikan tau..hehe

Betullah orang kata tak kenal maka tak cinta.Sekarang ni asal nampak jer ikan sebelah ni terus laju laju kaut masuk bakul sebelum orng lain rembat.Sebab asal nmpak jer adalah tinggal lima enam ekor jer ikan ni..tulah sapa suruh pergi market lewat lagi.

Selalu nya ikan ni kak zu goreng jer.tapi kena pastikan minyak untuk menggoreng tu  betul betul panas baru masukkan ikan,kalau tak memang ikan ni akan melekat kat kuali dan bila angkat nnti tinggal tulang jerlah.

okeylah korang semua kak zu nak masuk dapur..baru nak masak ko..almaklumlah tadi bekfes pun dah dekat pukul 11 pagi..ginilah bila cuti sekolah timing mmg lintang pukang..

babai.

Angah dan Anis...

Kak zu sebenanrnya nak buat entry pasal family day kat Bukit Gambang itu hari.Tapi gambar semua dah transfer ke desktop.Masalah nya sekarang ni desktop tu sedang buat perangai silap sikit jer nak padam,panas sikit jer skrin  jadi biru..haru biru sungguh tau. Kak zu taip entry ni pinjam laptop Abang Megat.

Kata nak pi cari laptop seketul untuk kak zu pun tak tercapai lagi.Abang Megat bizi tahap gaban sekarang ni dok ulang alik hospital jaga abah mentua.Kadang kadang dia bermalam kat sana ganti mak mentua yang menunggu waktu siang.Kesian jugakkan kalau siang malam mak mentua kena jaga sorang sorang.Sementara Abang Megat bercuti ni bior dia yang berbakti pada orang tua.

"bang..jaga mata ingat rumahtangga..jangan jeling kat misi misi yang suci murni dalam unifom putih tu yer..."

Semalam dia pergi lepas solat isyak dan balik selepas solat subuh.Sempat ler kalau nak berasmaradana dengan kak zu pagi pagi tu.. opppss 18 sx sudah....hahahaha

So..dari biarkan belog kak zu ni sunyi sepi tak berupdate...baiklah kita cerita apa apa saja kan.Kak zu dah dua hari tak pergi melawat abah mentua kat hospital sebab anak anak kak zu masih lagi tak sihat sepenuh nya
.
Mula mula dekna ngan Angah sakit perut muntah muntah terus demam.Bila dua beradik tu dah ok bersambung kat Anis pulak.muntah dari malam sampai ke petang.petang tadi dah bawak ke kilinik.malam ni terus ok tak sakit perut dan muntah muntah dah.alhamdulillah...

Tengahari tadi anis minta nak makan bubur nasi.Kak zu masak 2 cawan beras sahaja tapi sekali yang jadi nya satu periuk besar,terus cancel nak masak nasi.Hadap ler kami sekeluarga dengan bubur nasi sahaja untuk lunch tadi.

Apalagi Angah bengkek jer kat anis.Kak Zu kat dapur dengar jerlah dia dok bebel kat adik dia tu.

Angah " apa la anis ni ,dia sorang demam habis semua orang kena makan bubur...ngada ngada tau.Angah demam takder minta apa apa pun.."

wah !tak sangka angah pandai membebel sekarang.Kak zu mencelah "angah dah tua bangka takyah nak ngada ngada minta macam macam"

Anis yang sedang demam menyampuk " betul kata ibu,angah tu nangka anis ni cempedak".......

Apa lagi riuh rendahlah dapur rumah ni tengahari tadi.Mana datang nya nangka dan cempedak semua ni...



Monday, December 10, 2012

SEGMEN BLOGLIST POKOK MANGGIS DEPAN RUMAH


Assalamualaikum..

Kak zu join segmen bloglist lagi.Kali ni segmen bloglist Pokok Manggis Depan Rumah.Meh ler ramai ramai kita memeriahkan segmen ni yer kengkawan.


syarat syarat nya senang sangat.

1. TEMPEK BANNER DIATAS DALAM ENTRI KAWAN-KAWAN YANG BERTAJUK "SEGMEN BLOGLIST POKOK MANGGIS DEPAN RUMAH".
2. MESTI LAH FOLLOWER BLOG INI,
3. MEMPUNYAI BLOG.
4. MESTI LINKKAN  PENYERTAAN KAWAN-KAWAN KE BLOG INI.
5. HANYA LETAKKAN LINK PENYERTAAN KAWAN-KAWAN DI ENTRI INI SAHAJA.
6. LIKE KAT FB LAGI BAIK.TAK LIKE PUN TAK APA ;-)

TERIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA 15 DEC 2012.


Sunday, December 9, 2012

Kita merancang Allah yang menentukan

Assalamualaikum...

Kak Zu baru balik dari Bukit Gambang Pahang semalam.Terpaksa pendekkan percutian.Ini kerana abah mentua kak zu termasukkan ke hospital kerana masalah pembuangan air kecil.

Kalau ikutkan rancangan asal selepas family day di Bukit Gambang kami sekeluarga akan ke Kuantan satu hari dan terus ke Kerteh kerana abang megat ada kursus di sana.Tapi kita merancang Allah jua yang menentukan dan Dia adalah sebaik baik perancangan...

Hari ni kak zu tak kemana mana pun kerana anak anak kak zu tak berapa sihat lepas balik dari bercuti.Dekna dan Angah sakit perut dan muntah muntah bermula malam tadi.Hanya abang megat sahaja yang ke hospital meneman abahnya.

Okeylah..sampai sini dulu.Bila balik dari bercuti ni banyak kerja dobi mendobi yang kena selesai kan.Entry mengenai percutian akan menyusul kemudian...tunggu ya...

Wednesday, December 5, 2012

mee rebus Mastan Ghani

Kak zu selalu pergi ke Teluk Intan sebab atok Abang Megat dan emak saudara dia ramai yang tinggal kat sana.

Selalu jgk diorang dok cerita pasal mee rebus restoren Mastan Ghani yang terkenal kat Teluk Intan tu tapi abang megat tak pernah sekali pun bawak kami pergi makan.Padahal dari dia kecik kecik dulu restoren ni dah pun wujud.

Bila pergi Teluk Intan baru baru ni anis dan dekna merengek nak merasa mee rebus kat situ sebab restoren ni dah masuk dalam tv rancangan kanak kanak yg selalu bebudak berdua ni dok langut bila bangun pagi.Alah yang dihostkan oleh knak2 dari rancangan Bintang Kecil tu.

Kali ni ayahnya dah tak boleh nak mgelak lagi terpaksa ikut cakap anak.kalau bini ajak dia boleh buat dek jer.kak zu tahu dah..lenkali kalau apa apa suruh jer anak anak pujuk ayah,mesti jalan punya...hehe


ni lah kedai nya..dalm gambar abah mentua dan mak mentua kak zu,gambar kak zu dan dekna sekerat.gambar ni anis yang tangkap..


nilah rupa mee rebus mastan ghani...sedap..bila hirup kuah dia terasa ketam..mungkin resepi nya menggunakan ketam..sepinggan rm3.50 sahaja


nilah budak yang merengek nak mkan mee rebus..tapi bila tengok ada lauk kari ayam terus cancel nak makan mee rebus..tukar makan nasi pulak..hnatu kari ayam sungguh budak ni..