kawan kawan Kak Zu

Friday, September 21, 2012

sambal gesek





Seumur hidup kak zu inilah pertama kali buat sambal gesek.Sebelum ni mmg tak pernah dengar nama pun,buat lagilah tak pernah.Disebabkan hobi baru kak zu sekarang ni sekodeng dari satu blog ke satu blog yang lain maka nya banyak kalilah terjumpa dengan resepi sambal gesek nih.


Jumpa resepi sahaja tapi haram tak salin pun resepi tuh.kak zu bajet otak kak zu sangat geliga utk mengingati bahan bahan yang diperlukan utk buat sambal gesek ni.


Tapiiiiii...masa tertengok resepi dan masa nak membuat nya adalah sangat laaaaaamaaaaa sekali.soooooo dipendekkan cerita kak zu dah lupa apa bahan bahan yang diperlukan utk buat sambal gesek nih.maaakaaaaanya...kak zu hentam sajalah bahan bahan dan cara cara menyediakan sambal gesek ni.


kak zu guna -segengam ikan bilis
                   -segengam cili padi


kak zu goreng kedua duanya.pastu terus tumbuk jugak kedua dua rakan karib ni sekali.garam takyah taruk dah sebab ikan bilis ni dan sedia masin.dah siap tumbuk masukkan dlam mangkuk hayun atau piring terbang dan perah asam limau kasturi.pastu ambil gambar dulu baru boleh makan ngan nasi...hik hik hik..


Kak zu punyalah teruja panggil pak megat datng makan dengan harapan dia akan puji sambal gesek kak zu ni.tapi nan ado.Dia bangun pergi buat sambal belacan versi dia sendiri.*menangis* tau.Alih alih kak zu sorang jer yang perabih sambal gesek nih...wa cakap lu memang terangkat habis bila pekena ngan sup ayam.aiiiihhh leleh air liur la pulak..



Nak join jugaklah BLOGLIST KESUMA ANGSANA  ni.terjumpa kat belog kakcik seroja. pertama kali jgk nak cuba benda benda cenggini.mudah mudahan dapatlah jadi kawan KA.InsyaAllah

Thursday, September 20, 2012

Anis nak adik

Ini Anis.Pantang nampak budak kecik yang comel , mulalah merengek suruh ibu dan ayah kahwin lagi sekali sebab dia nak adik yang comel jugak.

Wednesday, September 19, 2012

Hilal perencah masakan

Rasa rasa nya dah lebih 3 tahun  kak zu gunakan benda ni dalam setiap masakan yang bergoreng kat rumah kak zu.Benda ni nama nya HILAL.Fungsi dia sama jer macam knorr pasti sedap atau pun maggie secukup rasa.(kak zu tak pernah beli pun knor dan maggie tu,pernah guna rumah mentua kak zu jer)Cuma beza nya ini ialah ianya keluaran  muslim.Yang kak zu punya dia pack kecik.Harga yg kecik cuma RM2 sahaja.kalau yang besar RM4,murah kan.


Antara masakan kak zu yang menggunakan perencah masakan Hilal.

















 Ini antara nya sahaja.Sebenar nya banyak lagi yang boleh dimasak dengan menggunakan perencah masakan HILAL ni.

Akhir kata dari kak zu ialah gunakan HILAL tanpa was was.





Tuesday, September 18, 2012

bye bye Am

Rumah kak zu baru baru ni jer masuk Astro.Masa tu bulan Ramadhan Itu pun sebab kak zu rimas dengan rengekan Anis yang keletihan berpuasa.Si Anis ni selalu ler menangis nangis nak buka puasa sebab tak tahan lapar.

Setelah berbincang dgn Pak Megat maka kami suami isteri sepakat nak langgan astro utk bagi Anis leka  depan tv sampai waktu berbuka.iyelah ..kak zu nak memasak lagi..nak menjahit lagi..mana larat nak hadap kerenah dia jer.kami cuma ambik pakej family sahaja.jadilah daripada takder kan...hehehe

Rancangan kami suami isteri nmpak nya berjaya.Anis layan kartun sampai tertido depan tv.bila dia bangun dah nak dekat waktu berbuka.tapi ada hari dia buat balik perangai merengek dia tu.

Lepas raya baru ni anak anak kak zu perasan yang astro ada  buat promosi utk beberapa chanel lagi,antara yang dapat ialah astro HD.kak zu pun layanlah cerita ADAM DAN HAWA.alah cerita yang di adaptasi dari novel Adam dan Hawa tu.kak zu dah baca novel tu berulang ulang kali,memang best giler novel tu.

Kak zu dah layan cerita tu sampai episode 12.dengar dengar cerita drama ni sampai episode 80.tup tup semalam anak anak kak zu kecoh astro HD dah takboleh masuk.dekna sebuk dok tanya hari mendung ker kat luar sebab skrin tv jadi gelap.oh kejam nya Astro huhuhu

Pak megat kata mungkin promosi dah habis.Kalau nak tengok jgk kena langgan channel tu.Bagi kak zu tak perlulah buang duit.Tambah channel bermkna tambah yuran langganan.TAK PERLU.lagi pun kak zu dah tahu jalan cerita dia.walaupun hati meronta ronta nak tengok aron aziz hehehe

Buat apa nak tambah pakej lagi.Kak zu bukan nya tengok semua channel pun.Kak zu bukan kaki nonton tv. Anak anak kak zu pun sama.Meraka banyak layan kartun dan Oh My English sahaja.lain lain channel selalunya terbiar sepi sahaja.


"kak zu jangan lah sedih yer tak dapat tengok saya berlakon" ohhhh ammmmmmm... sob.. sob..sob..

Barang Angah yang hilang ialah...

masuk bulan dua

sekarang bulan sembilan

yang hilang

-duit
mula mula dulu hilang 40 ringgit
minggu lepas hilang 75 ringgit

-baju melayu putih utk hari jumaat
semua ada dua pasang
sepasang dah hilang seluar tinggal baju jer
sebelum balik bercuti baru ni hilang lagi
kali ni sepasang terus,baju dan seluar >>>>>>elek
kata nya hilang kat ampai
(rasa nya dia tak angkat dua tiga hari kot)
hari ni pergi beli lagi sepasang huhuhu (tokey balak pun boleh bankrap)

-baju tshirt sekolah
baru pakai seminggu >>>>>>>>>>lebuh sampai skrang tak berganti

-seluar slack
hilang selai >>>>>>kata nya.(kak zu dah lupa berapa selai dia ada)

-stokin
nasib baik pak megat dapat stokin free banyak.dpatlah cilok sepasang dua bagi kat anak

-baju harian
tak tahu berapa helai yang hilang sbb bwk byk dari rumah.tak ingat dah rupa bentuk baju dia.


banyak lagilah yang hilang.tension mak.ada lagi 2 bulan hari persekolahan utk tahun ini.

kita tunggu apa lagi yang nak hilang sebelum tutup sekolah ni.

Wednesday, September 12, 2012

BERKAWAN BIAR LEKAT DIHATI

Pesan Tok Guru Nik Aziz "kalau kita berkawan biar lekat di hati"






Masa kak zu habis SPM pada tahun 1990 dahulu,kak zu bekerja kilang di Pulau Pinang.Nama kilang tu ialah Nasional Semiconductor.Sekarang dah tukar nama.(kak zu tak pasti apa nama baru kilang itu)


Masa nilah Kak Zu jumpa kawan kak zu ni.Nama dia Asmidar binti Yaakop.Dia ni budak Kelantan.Asmidar pun sama macam kak zu sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM.


Asmidar ni orang nya berkulit putih.lagak nya sangat tenang.bercakap agak teratur,suka tersenyum.kak zu boleh ingat lagi raut wajah nya walaupun dah hampir 20 tahun kami terpisah.kami kenal dan berkawan lebih kurang 2 1/2 bulan sahaja.selepas keputusan SPM keluar Asmidar terus balik ke Kelantan.


Sedangkan kak zu terus lagi bekerja di Pulau Pinang.Walaupun keputusan agak baik dan boleh melayakkan kak zu utk sambung pelajaran ke peringkat seterus nya tapi kak zu dah tak minat belajar lagi.huhuhu dan keputusan tersebut membuatkan kak zu menyesal sehingga sekarang.


Selepas Asmidar balik ke kelantan kami masih lagi berutus surat.dan dia ada mengirimkan gambar nya yang terbaru.makin cantik dia pada pandangan kak zu.Gambar Asmidar masih lagi elok dalam simpanan kak zu cuma sayangnya ada di kampung jadi tak dapatlah kak zu letakkan dalam blog ini. Asmidar juga memberitahu yang dia hendak dikahwinkan secara paksa oleh ayah nya.


Dan dalam surat dia yang terakhir tu Asmidar ada memberitahu kak zu yang dia tak jadi berkahwin dengan pilihan keluarga nya itu.Dia berkeras tak mahu berkahwin dan ayah nya terpaksa mengikut kemahuan Asmidar.


Selepas itu kami terputus hubungan bila Asmidar telah berpindah dan dia tidak memberikan alamat tempat tinggal dia yang baru pada kak zu.


walaupun hanya sekejap sahaja kak zu mengenali Asmidar tetapi kak zu tak pernah melupakan nya.Perasaan rindu pada dia datang secara mendadak malam ini.


Mungkinkah dia juga terkenangkan kak zu sekarang ni.Kak zu berharap sangat agar kami dapat berjumpa kembali.