kawan kawan Kak Zu

Friday, June 8, 2012

adik ni dalam dilema...

gambar kat atas ni diambil masa kak zu ikut pak megat bermesyuarat kat kerteh baru baru ni.(entry pasal percutian ke trangganu akan menyusul nnti).nama adik ni kak zu lupa nak tanya.cuma tanya nama nak dia sahaja.kami sama sama tunggu suami bersolat jumaat kat masjid terapung kuala trangganu.

adik ni kerja sebagai guru.anak baru seorang.masa sembang2 tu dia tanya kak zu kerja apa ?.bila dia tahu kak zu hanya lah seorang suri rumah sepenuh masa terus dia teruja nak tahu lebih lagi.rupa nya si adik ni dalam delima nak jadi surirumah sepenuh masa atau pun wanita berkerjaya.dia bagitau selepas melahirkan anak,baby dia ada masalah penyusuan.baby dia tak boleh menyusu menggunakan botol.baby dia akan muntah selepas menyusu.walaupun menyusu badan baby tu still akan muntah juga.

sekarang adik ni bercuti tanpa gaji selama setahun.sekarang cuti dia berbaki lagi 6 bulan.si suami menyuruh siisteri ni berhenti kerja sahaja.adik ni bagitahu suami dia berkerja sendiri.mungkin berniaga kot.dia banyak bertanya pada kak zu macammana menjadi surirumah sepenuh masa,tentang perbelanjaan keluarga dan macam macam lagi.kak zu cuma boleh bagitau tentang kehidupan kak zu sahaja tetapi dia tidak boleh merujuk seratus peratus perihal kehidupan kak zu...

bagi kak zu pula,sayanglah kan kalau nak korban kan kerjaya utk tumpukan pada rumah tangga.sayang dengan ilmu yang telah dipelajari bertahun2.tapi kak zu faham masalah dia berkenaan dgn anak nya itu.kak zu cuma boleh nasihatkan dia berfikir sehabis habis nye.ada masa lagi 6 bulan utk buat keputusan.kami berpisah setelah suami kami selesai solat jumaat.kak zu doakan semoga adik ni dapat membuat keputusan yang betul...


Tuesday, June 5, 2012

testing testing

Assalamualaikum

Dah lama tak update blog.idea ada cuma masa yang tak mengizinkan.bulan lepas akak begitu sibuk menyiapkan tempahan langsir utk rumah mak saudara pak megat..jadi bila nak update blog mesti rasa bersalah sbb banyak langsir yang belum siap.ni bila langsir dah siap budak budak2 pulak bercuti sekolah.lagilah akak tak sempat nak mengadap pc lama lama.sebab diaorang yang konker pc kat diaorang saja.lepas kakak yasmin angah pulak ambik giliran,,belim masuk dekna dan anis lagi..nntilah bila dah mula buka sekolah nnti banyak lah waktu terluang..insyaAllah

Friday, May 11, 2012

puteri nurliana amira (dekna)


semalam dekna balik sekolah bercerita kat ibu dengan bangga nyer yang dia menang tempat ke 3 dlm perlumbaan larian di sekolah.bersungguh-sungguh bagitau ibu yang dia lari sehabis laju.sambil bercerita hidung kembang kempis sebab bangga..hehehe

hari ni masa bangun nak pergi sekolah dah mula ngadu sakit otot kat paha.ibu dah boleh agak mesti demam otot.ibu dah ada pengalaman masa ngan angah dulu.sebelum pergi sekolah ibu dah bagi makin ubat tahan sakit..harap2 dekna boleh bertahan..tengahari tadi masa amik balik dari sekolah muka dekna dah tak berapa nak cantik..sakit kat bahgian paha makin kuat.dalam dok ngadu sakit sakit tu pun habis nasi ayam sebungkus dia balun..hehe semangat..

and now terus tak boleh jalan.sekolah KAFA pun takmo pergi.biar dia berehat jer..alololo sian nyer anak dara pak megat nih...

Tuesday, May 8, 2012

BONGSUAN

puteri anis humaira




Ini budak nak bawak duit belanja 

banyak ke sekolah

bila ibu berleter.. banding-bandingkan

ngan kakak,angah dan dekna

dulu2 tak kisah pun brpa wang belanja

yang ibu bagi...

selamba jer dia jawab

"anis kan bongsu an" (bongsu)

banyak ler hang punya bongsu an...

Saturday, May 5, 2012

                       asam pedas ikan pari.

Tuesday, April 24, 2012

dekna kena cakar

kisah kejadian ni petang hari jumaat.dekna lepak2 depn tv atas sofa.datang bangyung kucing kesayangan kami semua cakar sofa dekat ngan hujung kepala dekna.ibu mmg biarkan sajer bangyung cakar2 sofa lama tu..sofa baru ibu mmg ibu jaga separuh mati..tapi dalam dok jaga2 tu ada jugak bekas2 c
kuku dia..huhuhu.

sedang sedap dia menckar sofa lma tu tiba2 dekna pandang kt dia.agak nyer bangyung terkejut terus dia tercakar kat bawah mata dekna..ibu yg masa tu sedang sibuk kat dapur terkejut beruk ler bila dekna menjerit2.ndak2 pulak bila nmpak darah dah mula keluar terus lagi panik..tarik dekna ke sinki terus basuh tempat yg kena cakar tu.bila kena air lagi lah banyak darah keluar.anis lagi kelakar,bila nmpak darah banyak dia terus menjerit jerit sambil melompat lompat.nak nangis pun ada..lagi lap lagi banyak darah keluar.pastu baru ibu teringat nak bubuh minyak gamat.bila dah letak minyak gamat terus darah stop..wah terror betul lah minyak gamt ni buat kerja.

hari sabtu waktu kat kelas mengaji yang tak jadi sebab ustaz tak datang,ibu pun cerita lah kat kengkawn ibu pasal dekna kena cakar kucing.pstu kengkawan ibu pun kata yng kena bwak pergi klinik ambik suntikan.bahaya takut kena jangkitan kuman dari kuku kucing tuh.malam tu lepas solat magrib ibu ngan ayah pun bawak lah dekna pergi klinik anisah.dan seperti yang diduga mmg kena sejrum kat atas bahu sebelah kiri.dekna menangis sebab dia kata doktor tu cucuk sakit.balik rumah terus tuam kat tempat cucuk tu.

hari ahad terus dekna demam.hari isnin pun demam lagi.demam sebab kesan suntikan tu.bekas tempat cucuk pun bengkak.tangan kiri lenguh lenguh dan tak boleh angkat.muka pun layu jer..alahai sian nyer anak ibu.

hari ni hari selasa  kena pergi sekolah jgk.walaupun sakit lagi kat tempat cucuk tu dekna kena kuatkan semangat jgk

ok tuh ajer ibu nak cerita..babaiiii