kawan kawan Kak Zu

Friday, January 6, 2012

kekasih ku udah pulang....

Assalamualaikum...


Semalam Pak Megat sudah pulang
ke pangkuan keluarga
aku pun apa lagi
tunjuklah skill memasak ala2 masterchef tu
yang sejak 2 minggu lalu tenggelam timbul

ceaaaaa...
macam ler terror sangat pun
padahal masak asam pedas jer T____________T
meh ler kita tgk gambar asam pedas aku tu


haaaa..korang nampak pedas tak asam pedas aku tu . aku guna ikan nyok nyok...tapi yang aku nmpak bukan pedas tapi minyak yang bergenangan..boleh berenang wooooo


yang ini sayur brokoli.goreng ngan ikan bilis jer.cadang nak boh ayam tapi lupa plk nak kuarkan awal dari freezer tu...






ikan cencaru goreng yg terlebih garing...mesti berangan masa memasak ni...hehe



sambal belacan yang biji tak hancur dengan ulam timun....





ok tu jerlah apa yang aku masak
nak jamu bagi laki makan.
tapi entah kenapa sekarang ni
masak simple2 camtu pun
amik masa 2 jam jgk baru siap

padahal bukan nyer kena siang pun ikan2 tu semua
semua nyer aku dah siang siap2 semalam
hari ni tinggal kuarkan dan masak sahaja
adakah waktu berjalan laju ataupun
aku yang terkemut kemut buat kerja sekarang ni

entah lah..yg penting perut laki kenyang
dia makin sayam kat aku...hehehe
(malu nak tulis laki sayang kat aku)

Thursday, January 5, 2012

baru darjah 1....kemain dia...

tempat lepak : kat meja makan

waktu : lepas balik sekolah pukul 130 ptg

anis : ibu tau tak...(sambil senyum senyum)

me  : tahu apa

anis : kat kelas tadi ada budak lelaki kata dia suke anis
         (senyum senyum lagi)

me : habis tu kamu suker ler...

anis: tak....

me : kenapa...

anis: budak tu pendek sangat...anis suker budak  lelaki yg tinggi...
        (sambil senyum senyum lagi)



amboi -amboiiiiii...kemain dia......baru masuk sekolah 2 hari...tak padan nyer darjah satu...takleh jadi ni kena bagi dia pakai tudung pergi sekolah ni...

Wednesday, January 4, 2012

rasa macam nak buat
entry baru pasal hari pertama persekolahan
banyak benda nak cerita
nak cerita pasal angah,dekna dan anis
tapi mengenangkan sekarang dah pukul 11 mlm
niat tu terpaksa simpan dulu
aku sekarang kena tido awal
sebb esok nak kena bangun awal jgk
angah mula naik bas sekolah
klu terlewat bgun mesti kelam kabut punye
so..lenkali lah aku buat n3 pasal 1'st day bukak sekolah
nak tido dah ni
babai...

Tuesday, January 3, 2012

entry diawal tahun baru 2012

Assalamualaikum semua
hari ni dah hari yang ke3 ditahun baru kan
esok dah nak mula buka sekolah
tapi hari ni aku dah pun berkesah pasal sekolah
pagi tadi bwk angah buat pendaftaran timgkatan 1

buat sementara waktu ni sekolah dulu kat sekolah biasa
nnti bulan februari baru keputusan MRSM keluar
kalau ada rezeki angah, dptlah dia jadi warga MRSM pulak
yang sedih nyer sekolah yang dia idam idamkan
SEKOLAH SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH (SERATAS)
angah tak berjaya nak masuk dan jadi sebahagian
dari warga nya.

masa waktu taklimat utk ibubapa
ibubapa diminta masuk ke dalam dewan PENDETA ZA'BA
ada ler beberapa org guru dalam bilik tu
antara nya pengetua,penolong kanan pertadbiran
penolong kanan HEM,penolong kanan koko
dan guru kaunseling
apa yang menarik nyer 2 org drpd guru2 yng ada dlm dewan tersebut
adalah guru aku masa aku bersekolah menengah dulu
cikgu Norhayati dan cikgu Roseli
dua dua orang guru tu pernah ajar aku matematik

mentang2 lah dulu aku tak terror match
sekarang ni terjumpa pulak guru yg pernah ajar aku match
dan dulu masa zaman sekolah aku juga tak berapa
pandai/teror subjek Rampaian sains
korang nak tahu...
dah berkali2 aku jumpa cikgu Aini yg pernah ajar aku subjek tu
yang terbaru sekali aku jumpa dia dekat The Store Kamunting
dia pilih kasut utk anak bongsu dia
aku pulak pilih kasut utk anak bonggu aku
hua hua hua..

walaupun angah cuma sementara saja tak sekolah ni
aku tetap beli jgk kelengkapan belajar dia
buku,tali leher,lencana,dan baju sukan saiz XXL
ish.. ish.. ish.. sihat nyer anak ibu..hehehe
iyelah kan bulan feb baru nak keluar dri sekolah tu
haruslah kena belajar dulu

tu cerita angah.. ni pulak cerita si kakak
sebelum keluar rumah bwk angah
aku dah kejut dia awal awal
suruh dia siap barang2 dia utk bwak balik hostel
kul 10 pagi dia call aku soh beli
hanger,pad dia dan..ntah apa lagi..
aku dah lupa ..mklumlah dah tua mak ko ni nak

pastu mak ko ni singgah kedai jahit  plk
amik tudung sekolah ko yang hntr semalam
sebelum terlupa,aku nak cerita
aku singgah beli nasi ayam 2 hinggit 5 bungkus
makan tu jerlah tghari ni
mak ko tak sempat nak masak apa apa
sampai rumah terus merempit jahit lencana dan nametag
kat tudung kakak pulak

dah pukul 230 ptg pun dia tak kesah nak balik hostel lagi
aku yang terjerit2 dia sempat nak membuta lagi
aku punya lah angin
aku punya dok kejan dia suruh bersiap cepat
setelah penat kejan mengejan
keluar rumah dekat pukul 4 ptg
tensi mak ko ni dpt anak pesen terkemut2 nak bergerak

sampai hostel org dah ramai dok beratur nak bayar yuran asrama
dah setel bayar itu ini aku pun tolong dia angkat barang
nasib dpt bilik bawah sekali
takyah teruk2 naik tangga
hambik ko  dapat katil tepi pintu
pastu komplin dapat loker kecik jer
rasa nak lempang jer budak ni
yang ko terhegeh2 lambat datang tu kenapa
ko ingat kwan2 ko nak tolong cup loker besar2 cantik2 utk ko
malam skit tau..

ni cerita pasai aku lak...
masa aku dok menaip n3 ni
ada lagi kerja yg tak setel tau
iron baju sekolah belum lagi
jait lencana lagi 2 helai tak siap
ah lantak lah
kerja aku mmg tak pernah habis...

oklah babai aku nak sambung
basuh baju..nak masuk kan dlam mesin basuh
selagi tak tutup mata keroje keroje koreje..
bak kata m zain labu labi...

oh ya aku nak cerita sikit
aku dah hangat hati
pada siapa????
biarlah rahsia yer...
aku dah habis beratus ratus ringgit
dok kesah pasal sekolah anak2 aku
bukan seorang tapi 4 org u
2 sekolah menengah 2 sekolah rendah
bila dia punya cara tu mcm nak mintak
duit lagi..padahal aku dah bagi
so aku pun cakap ler yg
duit dah byk habis beli brang2 sekolah
itu pun bayaran2 yuran itu ini belum setel lagi
dia jawab..'kan ker yuran xyah bayar tahun ini'
dia ingat yuran berapa ringgit tu cukup ker
nak kaver duit peralatan sekolah yang belambak2 lambak ni

ok cukup!!! aku dah puas ati bila dpt luah kat sini
sebelum ni asyik dok merekam jer dlm perut aku ni
wufffffffff....

Sunday, January 1, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012.SEMOGA KEHIDUPAN KITA LEBIH BAIK DARI TAHUN TAHUN SEBELUM NYA

Monday, December 26, 2011

dandan rambut anak pompuan...

takyah karang panjang2 lah yer.kita tengok gambar cukup.pastu tulis sikit2 kat bawah gambar tu.aku banyak kerja skrg ni.nak jait baju sekolah anak.ni pun curi2 tulang dok kat depan pc.


awal awal cuti sekolah hari tu Si Anis dok mengamuk suruh buat dendan kecik kecik kat rambut dia..so sebagai ibu yang amatlah penyayang aku pun bertungkus lumuslah kelebek kepala anak walaupun si ibu ni punyalah banyak kerja kat dapur nak kena buat


setelah penat bertungkus lumus sampai lenguh ketiak sbb tangan dok terangkat ,akhir nyer siap jgklah rambut ala ala negro ni .



tengok muka budak suka dapat rambut ala ala rambut org afrika ni..nasib baik kulit cerah klu gelap sebijik anak negro.hehehehe



lepas buat kat anis kena buat kat rambut dekna pulak.di sebabkan rambut dekna panjang dan si ibu dah pun lenguh ketiak maka ibu buat rambut bahagian atas sahaja.bahagian bawah tu dah tak larat nak dendan dah.



dekna bangga kerana pada pandangan nyer rambut dia lebih cantik dari rambut anis.




pastu anis ni paksa ibu bukak balik rambut dia biar jadi serupa rambut dekna.panas hati tau klu kita penat2 buat sampai lenguh ketiak,tiba2 dia mengamuk suruh bukak balik.





buah hati pengarang jantung ku.sedang sibuk dengan laptop ayah.

Saturday, December 24, 2011

perut

baju biru perut bapak

baju merah perut anak

kedua dua lelaki kesayangan

dalam hidup aku..

-

-

-

-

-


cuti sekolah ni tak sempat nak buat entry baru

malas nak berebut rebut komputer dgn anak2

aku kan mak

mak mestilah kena beralah...

huhuhu...