kawan kawan Kak Zu

Wednesday, January 4, 2012

rasa macam nak buat
entry baru pasal hari pertama persekolahan
banyak benda nak cerita
nak cerita pasal angah,dekna dan anis
tapi mengenangkan sekarang dah pukul 11 mlm
niat tu terpaksa simpan dulu
aku sekarang kena tido awal
sebb esok nak kena bangun awal jgk
angah mula naik bas sekolah
klu terlewat bgun mesti kelam kabut punye
so..lenkali lah aku buat n3 pasal 1'st day bukak sekolah
nak tido dah ni
babai...

Tuesday, January 3, 2012

entry diawal tahun baru 2012

Assalamualaikum semua
hari ni dah hari yang ke3 ditahun baru kan
esok dah nak mula buka sekolah
tapi hari ni aku dah pun berkesah pasal sekolah
pagi tadi bwk angah buat pendaftaran timgkatan 1

buat sementara waktu ni sekolah dulu kat sekolah biasa
nnti bulan februari baru keputusan MRSM keluar
kalau ada rezeki angah, dptlah dia jadi warga MRSM pulak
yang sedih nyer sekolah yang dia idam idamkan
SEKOLAH SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH (SERATAS)
angah tak berjaya nak masuk dan jadi sebahagian
dari warga nya.

masa waktu taklimat utk ibubapa
ibubapa diminta masuk ke dalam dewan PENDETA ZA'BA
ada ler beberapa org guru dalam bilik tu
antara nya pengetua,penolong kanan pertadbiran
penolong kanan HEM,penolong kanan koko
dan guru kaunseling
apa yang menarik nyer 2 org drpd guru2 yng ada dlm dewan tersebut
adalah guru aku masa aku bersekolah menengah dulu
cikgu Norhayati dan cikgu Roseli
dua dua orang guru tu pernah ajar aku matematik

mentang2 lah dulu aku tak terror match
sekarang ni terjumpa pulak guru yg pernah ajar aku match
dan dulu masa zaman sekolah aku juga tak berapa
pandai/teror subjek Rampaian sains
korang nak tahu...
dah berkali2 aku jumpa cikgu Aini yg pernah ajar aku subjek tu
yang terbaru sekali aku jumpa dia dekat The Store Kamunting
dia pilih kasut utk anak bongsu dia
aku pulak pilih kasut utk anak bonggu aku
hua hua hua..

walaupun angah cuma sementara saja tak sekolah ni
aku tetap beli jgk kelengkapan belajar dia
buku,tali leher,lencana,dan baju sukan saiz XXL
ish.. ish.. ish.. sihat nyer anak ibu..hehehe
iyelah kan bulan feb baru nak keluar dri sekolah tu
haruslah kena belajar dulu

tu cerita angah.. ni pulak cerita si kakak
sebelum keluar rumah bwk angah
aku dah kejut dia awal awal
suruh dia siap barang2 dia utk bwak balik hostel
kul 10 pagi dia call aku soh beli
hanger,pad dia dan..ntah apa lagi..
aku dah lupa ..mklumlah dah tua mak ko ni nak

pastu mak ko ni singgah kedai jahit  plk
amik tudung sekolah ko yang hntr semalam
sebelum terlupa,aku nak cerita
aku singgah beli nasi ayam 2 hinggit 5 bungkus
makan tu jerlah tghari ni
mak ko tak sempat nak masak apa apa
sampai rumah terus merempit jahit lencana dan nametag
kat tudung kakak pulak

dah pukul 230 ptg pun dia tak kesah nak balik hostel lagi
aku yang terjerit2 dia sempat nak membuta lagi
aku punya lah angin
aku punya dok kejan dia suruh bersiap cepat
setelah penat kejan mengejan
keluar rumah dekat pukul 4 ptg
tensi mak ko ni dpt anak pesen terkemut2 nak bergerak

sampai hostel org dah ramai dok beratur nak bayar yuran asrama
dah setel bayar itu ini aku pun tolong dia angkat barang
nasib dpt bilik bawah sekali
takyah teruk2 naik tangga
hambik ko  dapat katil tepi pintu
pastu komplin dapat loker kecik jer
rasa nak lempang jer budak ni
yang ko terhegeh2 lambat datang tu kenapa
ko ingat kwan2 ko nak tolong cup loker besar2 cantik2 utk ko
malam skit tau..

ni cerita pasai aku lak...
masa aku dok menaip n3 ni
ada lagi kerja yg tak setel tau
iron baju sekolah belum lagi
jait lencana lagi 2 helai tak siap
ah lantak lah
kerja aku mmg tak pernah habis...

oklah babai aku nak sambung
basuh baju..nak masuk kan dlam mesin basuh
selagi tak tutup mata keroje keroje koreje..
bak kata m zain labu labi...

oh ya aku nak cerita sikit
aku dah hangat hati
pada siapa????
biarlah rahsia yer...
aku dah habis beratus ratus ringgit
dok kesah pasal sekolah anak2 aku
bukan seorang tapi 4 org u
2 sekolah menengah 2 sekolah rendah
bila dia punya cara tu mcm nak mintak
duit lagi..padahal aku dah bagi
so aku pun cakap ler yg
duit dah byk habis beli brang2 sekolah
itu pun bayaran2 yuran itu ini belum setel lagi
dia jawab..'kan ker yuran xyah bayar tahun ini'
dia ingat yuran berapa ringgit tu cukup ker
nak kaver duit peralatan sekolah yang belambak2 lambak ni

ok cukup!!! aku dah puas ati bila dpt luah kat sini
sebelum ni asyik dok merekam jer dlm perut aku ni
wufffffffff....

Sunday, January 1, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012.SEMOGA KEHIDUPAN KITA LEBIH BAIK DARI TAHUN TAHUN SEBELUM NYA

Monday, December 26, 2011

dandan rambut anak pompuan...

takyah karang panjang2 lah yer.kita tengok gambar cukup.pastu tulis sikit2 kat bawah gambar tu.aku banyak kerja skrg ni.nak jait baju sekolah anak.ni pun curi2 tulang dok kat depan pc.


awal awal cuti sekolah hari tu Si Anis dok mengamuk suruh buat dendan kecik kecik kat rambut dia..so sebagai ibu yang amatlah penyayang aku pun bertungkus lumuslah kelebek kepala anak walaupun si ibu ni punyalah banyak kerja kat dapur nak kena buat


setelah penat bertungkus lumus sampai lenguh ketiak sbb tangan dok terangkat ,akhir nyer siap jgklah rambut ala ala negro ni .



tengok muka budak suka dapat rambut ala ala rambut org afrika ni..nasib baik kulit cerah klu gelap sebijik anak negro.hehehehe



lepas buat kat anis kena buat kat rambut dekna pulak.di sebabkan rambut dekna panjang dan si ibu dah pun lenguh ketiak maka ibu buat rambut bahagian atas sahaja.bahagian bawah tu dah tak larat nak dendan dah.



dekna bangga kerana pada pandangan nyer rambut dia lebih cantik dari rambut anis.




pastu anis ni paksa ibu bukak balik rambut dia biar jadi serupa rambut dekna.panas hati tau klu kita penat2 buat sampai lenguh ketiak,tiba2 dia mengamuk suruh bukak balik.





buah hati pengarang jantung ku.sedang sibuk dengan laptop ayah.

Saturday, December 24, 2011

perut

baju biru perut bapak

baju merah perut anak

kedua dua lelaki kesayangan

dalam hidup aku..

-

-

-

-

-


cuti sekolah ni tak sempat nak buat entry baru

malas nak berebut rebut komputer dgn anak2

aku kan mak

mak mestilah kena beralah...

huhuhu...

Tuesday, November 29, 2011

tido beramai ramai..

korang nmpak meriah tak tilam dlam bilik tido ni.nilah penangan cuti sekolah + pak megat kat laut.anak anak adalah super duper happy sbb boleh menyelit dalam bilik aku nih.masa aku amik gambar ni malam adalah masih awal lagi.anak2 dah ready parking tilam bantal siap2.pastu depa p tengok tivi dan layan game kat komputer.

ni semua anis humaira punya kerja.dia tidur atas katil ngan aku.selimut tu baru beli.tu yang beria ria bentang penuh 1 katil.dia ndak aku selimut ngan dia sekali.dia tak tahu ker yang ibu dia ni hanya boleh kongsi selimut ngan apak dia jer.ngan anak2 sory.tak besttt..hehehe




ni pulak tilam hak milik nurliana amira.selimut tu jgk baru beli.dia parking kat tepi katil sebelah almari baju.tu awal2 elok ler dia punyer sarung tilam.esok pagi aku tengok terlondeh habis sarung tilam tu.selimut tu pun dah lepas ke hujung kaki dan baju tido pun terselak sama. sampai nmpak spender.suruh pakai seluar panjang xmo tu lah padah nyer.nasib ibu bangun awal dari anak2 boleh tolong tutup balik spender yang terdedah tu.




yang hujung kaki aku ngan anis ni adalah tilam budak jantan demok tu.ntah kenapa asyik ndak tido sebilik ngan aku jer sejak cuti sekolah ni.mungkin dia ada nengok cerita seram kot.selimut yang kaler hijau kuning tu pun baru beli jgk.beli 3 sekali gus.cuma kakak saja tak beli selimut baru sbb kakak punyer masih baru lagi.almaklumlah balik sekali sekala,jadi lambat lah nmpak buruk nyer.aku relakan jer budak demok tu tumpang tido bilik aku sbb tahun depan dia kan nak duduk asrama. aku kasi can bagi dia bermanja puas puas ngan aku.al ala bucuk bucuk ibu tu...



Merah yang menyibuk sama.dia boring sebab anak2 dia semua kat dalam sangkar.jahat sangat padan muka kena kurung awal2 dlam sangkar.kalau lepas bebas  meragas merata rata.bukan setakat atas sofa bawah meja jer buat tempat bermain, atas tudung saji  aku pun diaorang bantai  berkejar kejaran jgk.



bila tanya kenapa semua nak tido bilik aku.pakat bagi alasan bilik ibu ada aircorn.padalah aku jarang pasang pun.dah sekarang ni musim hujan. nak terkancing gigi kalau on aircorn.dah tu pulak asyik lah nak berulang kencing.


sementara pak megat masih lagi kat laut ni boleh lah anak2 riang ria bergurau senda tido dalam bilik ibu yer.minggu depan 8 hb sila masuk bilik masing masing.sekian wassalam...hehehe

Friday, November 25, 2011

entry sakit hati

apa salah pokok pisang ku

korang nampak tak batu bata seketul tu.tu bukan kubur anak burung si angah.tapi tempat aku tanam anak pokok pisang.2 minggu lepas ada kawan kat rumah lama bagi anak pisang kebatu.so..aku ngan pak megat pun gigih ler korek lubang walaupun dlam hujan renyai renyai.niat di hati senang lah nnti kalau aku nak bakar ikan tyah beli atau mintak kat rumah rumah org daun pisang.kalu nak buat lepat pun boleh eceh eceh..seumur hidup tak pernah buat lepat sendiri,ada hati nak buat lepat.wey... betullah apa aku cakap ni.aku nak belajar buat lepat pisang tau

ok...pastu korang nmpak tak rumput yang kuning2 tu...iyer,,rumput kuning sedangkan kot lain rumput hijau kan.haaaa..aku nak cerita yang pokok pisang yang aku ngan pak megat tersayang (sempat lagi tu) tanam tu dah kena racun.mangkuk mana yang racun aku rasa macam aku tahu jer siapa..pokok pisang aku tu baru keluarkan daun selai.masa kawan aku bagi tu dah ada selai daun dia.so..campur2 dah ada 2 lai ler...hari hari la aku dok tenung tenang pokok pisang tu...sambil mimpikan yang indah2 nnti boleh buat lepat utk laki terchinta (lagi sekali hehe)...

 sebenar nye dua tiga hari lepas masa aku dok siram pokok pokok bunga kat laman, aku dah tengok selai daun pisang tu dah kuning.aku agak mungkin sbb tak siram akir kot.cepat2 aku suruh angah bwak sebaldi air.dalam hati dok berkata kata jugak,takkan hari2 hujan pun pokok layu jgk.

pagi tadi masa aku dok pakai bedak kat tepi tingkap , aku pun jengok lah kat pokok pisang aku tu..aku tengok pokok pisang tu dah ranap. pastu pulak aku tengok rumput2 keliling dia pun layu jgk..baru aku tahu rupa2 nyer POKOK PISANG KU DI RACUN.huhuhu seperti hati ku juga turut di racun sama..mimpi2 indah buat lepat pun berkecai umpama kaca jatuh ke batu (drama tak).serius aku mmg panas hati....rasa nak maki maki jer...



korang rasa ada kaitan tak pokok pisang aku yang di racun dengan rumah ni.korang tengok rumput depan rumah ni pun layu jgk kan.aku tengok depan rumah orng lain semua rumput hijau hijau segar bugar.depan rumah nih jer yang rumput dia layu.rumah ni sebenar nyer kosong,tuan dia beli pastu nak jual balik..kira buat bisnes beli rumah jual rumah ler ni.aku dengar2 tuan rumah dia ni singh.yang dia sakit hati sangat ngan pokok pisang aku tu pasaipa.bukan dia nak duduk pun rumah tu.lagi pun aku tanam kat tanah aku tepi rumah aku.lagi satu bukan betui2 depan rumah dia pun.

kalau nak ikutkan pokok pisang aku tu betui2 depan rumah cina sebelah rumah singh tu.rumah singh tu kira sipi sipi depan jer.dia takut pokok tu nnti besar pastu lindung atau pun cacatkan permandangan rumah dia kot.dia takut rumah dia tak laku kot.aku doa mintak2 lah tak laku rumah dia tu.dah lah letak harga mahai nak mompos.dulu dia beli rm180 ribu jer.lani dia letak harga rm280 ribu.sapa pun tak berani nak beli.dasar singh dada berbulu.bukan takat dada jer lubang telinga pun berbulu jgk.

ok..puas dah hati aku dapat maki maki peracun pokok pisang ku.ok dah boleh buat kerja lain dah sbb amarah dah pun dapat di lepaskan.punya ler marah sampai entry pun guna "aku " jer...hehehe xpa lain kali guna "saya" balik..ok itu jer babai...