Cadangnya minggu lepas nak cerita kan cerita hari raya kak zu yg biasa biasa saja tu..tapi musibah melanda kak zu terkena penyakit kayap jadi sunyi sepi lagilah blog yang dah sedia sepi sejak akhir akhir ini..
kak zu pun takmau ketinggalan nak bercerita mengenai sambutan hari raya tahun ni..tahun ni kak zu sambut hari raya tanpa abang megat disisi.dia berkerja pada hari raya.berkhidmat untuk rakyat malaysia.kak zu bangga dengan suami kak zu..eceh.hari raya kedua baru abang megat dapat cuti.jadi mood nak bergambar tu mmg kelautlah. gambar yang ada ni pun gambar yang ntah haper haper...
Sebenarnya mood kak zu nak sambut raya tahun ni tak berapa nak ada.bukan sebab kerana tak dapat sambut bersama abang megat tetapi kerana kesihatan emak kak zu yang tak berapa memberangsangkan.kesihatan emak kak zu tak menentu bermula dari sebelum ramadan dan berlanjutan sehingga dekat nak raya. ini juga sebab musabat kenapa blog kak zu bersawang sepanjang ramadan yang lalu.tapi bila mengenangkan kegembiraan anak anak yang nak sambut hari raya kak zu buatlah serba sedikit persiapan raya seperti kuih muih dan baju baru..
gambar dari henfon cap ayam saja.kak zu dan biras.. |
kak zu dan ipar duai yang datang beraya kat rumah emak kak zu di kampung |
wanita wanita yang paling cantik dalam hidup kak zu emak dan emak mertuaku |