Masa kak zu umur 27 tahun dan telah pun beranak dua.kak zu teringin nak belajar buat baju.jadi kak zu pun carilah kelas jahitan.cari punya cari akhir nya berjumpa.kat kelas tu ada lebih kurang 10 pelajar.kebanyakan nya dah berumur pertengahan.salah seorang pelajar tu nama nya kak nor.berpenampilan menarik.semua anak anak dia dan besar besar belaka.yang sulung hingga no 4 belajar kat universiti.no empat sekolah menengah dan yang bongsu sekolah rendah.
Kak zu suka tengok cara kak nor bercakap,amat lemah lembut .Apabila bercakap mesti diiringi dengan senyuman.Pada pandangan mata kak zu dia amat menarik sekali.Kak Zu juga berazam untuk jadi seperti dia.Penuh dengan sifat kewanitaan. Kak Zu ni kadang bercakap agak kasar dan kelam kabut.."aku nak ubah cara bercakap" itulah janji yang kak zu sematkan dalam hati...hehehe
Malam tu Pak Megat call dari laut
kringg ..kringg ..kringg telefon rumah berbunyi
(masa tu tak pakai henfon lagi)
kak zu mmg dah agak mesti dia yang telefon
kak zu pun angkat gagang dan cakap hello dengan suara yang paling lembut sekali
pastu siap panggil "abang" dengan suara yang juga lemah lembut
(bajet isteri mithali + solehah lagi hehe)
tiba tiba jer Pak Megat tanya "kamu demam ker Yang" suara lemah jer
cisss potong betullah Pak megat ni
terus hilang suara yang lemah lembut diganti dengan ketawa terkekeh kekeh
itulah kali pertama dan terakhir kak zu cuba nak ubah cara bercakap
biarlah kak zu jadi diri sendiri takyah nak berpura pura jadi orang lain..
nampak nya Pak Megat selesa jer dengan keadaan semulajadi bini dia nih...
kawan kawan Kak Zu
Wednesday, July 25, 2012
Tuesday, July 24, 2012
iftar 2012
Alo lo lo lo..semua orang dok tayang menu berbuka puasa.kak zu pun tak mau ketinggalkan nak tayang menu kak zu jgk.walaupun pun masak simple simple sahaja tetap rasa bangga.hari pertama puasa dapat berkumpul anak beranak.pak megat ada,kakak dan angah pun balik dari asrama...wah meriah meja makan rumah kak zu.
meh ler layan gambar makanan.ini gambar makanan hari pertama berbuka puasa kat rumah.
nasi tomato
kurma daging dengan kentang
ayam goreng berempah
jelantah.kakak yasmin bikin ini.sedap!
air asam kerisek
spegeti untuk kakak dan angah.depa dua orang suka sangat benda alah ni..
kuih muih dan agar agar ni beli kat PARAM.anis punya pilihan
murtabak ni pun beli kat PARAM jgk.kak zu merasa pun.pak megat kata rasa nya kureeeenggg...
dua jenis air.jagung dan bandung.jagung beli kat PARAM.bandung buah sendiri kat rumah.lebihan susu cair masak nasi tomato.tu pasal rupa dia lain sikit sbb guna susu cair.
kakak yasmin punya pinggan.
okey menu hari ke dua ialah asam pedas ikan pari.tapi kak zu tak amik gambar sbb kelam kabut dan hntar kakak balik hostel.pastu terus balik berbuka puasa rumah mak mentua kak zu (mak pak megat)
ini pulak menu hari ketiga.kami balik berbuka rumah mak kak zu pulak.bwk angah jumpa opah sbb opah dah rindu kat budak montel tuh.
rendang pedas ayam dan sayur bayam tumis air ngan ikan bilis
puding caremel yang agak menjadi.sebelum ni buat tak berpa menjadi.
hari ni (hari ke 4) kami berbuka di Quens bay mall pulau pinang sebab hantar angah balik MRSM.angah mc 2 hari sbb tak sihat (pening kepala).kami makan dekat The Chicken Rice Shop.gambar tak ada sbb kemera tak bawak.hehe
sekian laporan bergambar perihal menu berbuka puasa bagi tahun 2021 ni.sekian terima kasih.
Sunday, July 22, 2012
aisemen...
cerita dua hari sebelum ramadhan...
masuk kedai cermin mata
nak amik cermin mata anis
anis sekarang dah rabun u..
bayar dan anis cuba try test
dah ok ngam semua
terus blah...
tak balik rumah lagi
singgah makan dulu
kat restoren kemunting timur
order nasi goreng kampung dua
tomyam campur satu
telur dadar sebiji
pinggan kosong satu utk anis
kongsi nasi goreng dengan dekna
anis air tembikai
ibu dan dekna air teh ais
sejam makan dah siap
terus pergi bayar
sampai rumah buang sampah
kemudian nak kunci pagar
kunci nak sumbat masuk poket dulu
tak payah susah susah masuk rumah dua kali
tapi cari poket baju tak jumpa jumpa
bila tengok betul betul
aisemen ibu pakai baju terbalik ler anak anak oiiii
apsal korang tak tegur
korang tak perasan yer
kalau korang tak perasan
makna nyer orang yang ramai ramai
dalam restoren tu pun tak perasan jgk ler yer
hehehe
masuk kedai cermin mata
nak amik cermin mata anis
anis sekarang dah rabun u..
bayar dan anis cuba try test
dah ok ngam semua
terus blah...
tak balik rumah lagi
singgah makan dulu
kat restoren kemunting timur
order nasi goreng kampung dua
tomyam campur satu
telur dadar sebiji
pinggan kosong satu utk anis
kongsi nasi goreng dengan dekna
anis air tembikai
ibu dan dekna air teh ais
sejam makan dah siap
terus pergi bayar
sampai rumah buang sampah
kemudian nak kunci pagar
kunci nak sumbat masuk poket dulu
tak payah susah susah masuk rumah dua kali
tapi cari poket baju tak jumpa jumpa
bila tengok betul betul
aisemen ibu pakai baju terbalik ler anak anak oiiii
apsal korang tak tegur
korang tak perasan yer
kalau korang tak perasan
makna nyer orang yang ramai ramai
dalam restoren tu pun tak perasan jgk ler yer
hehehe
Saturday, July 21, 2012
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK SEMUA
Alhamdullilah ramadhan datang lagi.Anis dah mula sekolah darjah 1.jadi kak zu dapat lah pergi kelas tadarus awal tahun ni.tahun lepas pukul 8 pgi baru boleh pergi selepas hantr anis ke tadika.tahun ni kul 7pagi dah boleh keluar rumah..syukur Ya Allah kerana mememudahkan urusan ku....
Alhamdullilah ramadhan datang lagi.Anis dah mula sekolah darjah 1.jadi kak zu dapat lah pergi kelas tadarus awal tahun ni.tahun lepas pukul 8 pgi baru boleh pergi selepas hantr anis ke tadika.tahun ni kul 7pagi dah boleh keluar rumah..syukur Ya Allah kerana mememudahkan urusan ku....
Wednesday, July 18, 2012
Teruk nya...
teruk nya kak zu
kak zu tak malu mengaku
perangai makin teruk sekarang ni.
perangai yang macam mana tu...
macam ni...
malam selalu tidur lewat
bukan buat benda lain
selain dari mengadap komputer
baca status kat fb kawan kawan..
tapi sekarang ni
yang paling banyak baca blog
lompat dari satu blog ke satu blog lain
kadang kadang sampai pukul satu pagi
esok nya nak kena bangun awal pulak
sebab anis dan dekna nak pergi sekolah
kunci jam kul 6
tapi yang bangun nya pukul 630
kadang kadang terlajak sampai 645
nasib ler baju sekolah dah iron siap siap
selalu nya bancuh milo dan roti sahaja utk sarapan
selepas anak anak pergi sekolah pukul 710
kak zu bantai sambung tido balik
kadang2 sampai pukul 10 pagi
itu pun kunci jam
pernah satu hari tu sampai pukul 11 pagi
kerja mengemas rumah jadi tergendala
bila dah mengemas pun bermula lambat
siap nya pun lambat jgk ler
habis tu..bila kerja mengemas lambat siap
memang tak masak ler utk makan tengahari
selalu nya beli lauk siap tepi jalan
teringat kak zu dulu semasa anak2 masih kecil
buat kerja tersusun
bila malam selepas anak anak tido
siap kemas rumah, mop lantai, basuh kain siap siap
pagi sebelum anak bangun
dah selesai ampai kain dan masak bubur utk anak anak
bila anak anak bangun kerja rumah dah pun beres
dah boleh suap bubur,mandikan ,pakai kan baju cantik cantik
bila anak anak dah penat bermain dan tertido
boleh pulak pergi memasak kat dapur
kadang kadang semasa memasak anak terjaga
kak zu memasak sambil dukung mereka
hebat ler rasa diri masa tu
tak teringin pun nak beli lauk siap
tapi kenapa sekarang semua nya
seakan akan terbalik
anak anak dah besar
kak zu jadi semakin malas
harap harap Ramadhan yang akan menjelma
beberapa hari saja lagi ni
akan memjadi titik perubahan
dalam diri kak zu
takmau leka leka depan komputer lagi
bukan tolak terus
cuma limitkan masa sahaja
insyaAllah....
Sunday, July 15, 2012
Rendang Ayam Idaman Kalbu
Akhir nya...rendang ayam idaman kalbu berjaya juga dimasak.Alkisah nya minggu lepas semasa kat rumah mengaji kak zu telah diberitahu oleh seorang makcik yang uzur bahawa dia telah memasak rendang ayam dan gulai lemak ikan tenggiri.tiba tiba kak zu rasa amat teringin sekali utk makan rendang ayam buatan sendiri.lagi satu kak zu juga rasa amat malu dgn diri sendiri dan juga dengan mak cik yang uzur dan tua itu kerana selama dua minggu ketiadaan pak megat dirumah kak zu lebih banyak membeli lauk yang siap dimasak sahaja.sedangkan makcik yang tua dan uzur itu lebih senang memasak sendiri walaupun keupayaan nya yang terbatas.mak cik itu diserang strok.sebelah tangan nya tidak berdaya utk bergerak.mak cik tu juga memandu sendiri utk ke kelas mengaji.
Kebetulan juga hari ini kakak ada balik kerumah.jadi kak zu amik keputusan utk masak rendang ayam.bila rendang ayam sedang menggelak di atas dapur, anak anak kak zu tak sabar sabar untuk menikmati hidangan tengahari.masing masing datang ke dapur untuk melihat apakah yang kak zu sedang masak kerana aromanya amat menyelerakan sekali.kak zu pun tak sabar utk menikmati hasil masakan sendiri kerana rendang yang kak zu beli rasa nya amatlah mengecewakan.manis dan cair! mmg tak menepati selera kak zu langsung.
kak zu jugak berharap esok dan hari hari seterusnya kak zu akan rajin memasak lagi hahaha...insyaAllah..
Saturday, July 14, 2012
sedih
semalam (jumaat) kak zu balik kampung.sebab hari ni ada majlis kenduri kawin (sabtu).rumah sepupu mak nab (mak kak zu).jadi pengantin lelaki tu dua pupu dengan kak zu.lebih kurang pukul 7 malam baru bertolak balik.dekat jer rumah kak zu dengan rumah mak.lebih kurang 20 minit berkereta.bila pak megat takder kat rumah ni semua kerja kak zu kena selesaikan sendiri.sebelum balik kena angkat baju yang dah kering dan sidai kain baju yang masih berbaki dlam mesin.masukkan makanan lebihan tengahari dalam tupperware.sampah mintak tolong dekna yang buangkan.nasib dekna ndak aje.budak tu kadang kadang takmau tolong kalau kena bab sampah ni,busuk kata nya.bila dah selesai semua barulah kami tiga beranak bertolak balik kampung.
dekat nak sampai simpang jalan nak masuk ke kampung,kak zu jumpa satu kemalangan jalan raya.kalau tengok dari rupa motosikal yang terlibat tu memang teruklah kecederaan yang mangsa kemalangan akan alami. kak zu berkata kata sendirian dalam hati.bila sampai kat rumah mak kak zu bagitau mangsa kemalangan tu jiran sekampung kami juga.rumah tak jauh pun dari rumah mak.anak gadis baru berumur 15 tahun.Y Allah sama umur dengan kakak anak kak zu.sedih nya.mesti mak ayah nya tersangat sedih.kawan yang sama sama menunggang motosikal tu pun cedera parah dan dimasukkan ke dalam ICU.hari ni kak zu dapat tahu kawan nya juga meninggal dunia.
Dan hari ni sebelum kak zu dan mak pergi ke rumah kenduri ,kami pergi menziarahi jenazah dahulu.Ramai nya kawan kawan sekolah dia yang datang.yang mengelilingi jenazah dia pun ramai.pendek kata penuh ruang dalam rumah tu dengan kawan kawan sekolah arwah sahaja.kak zu pun masuk jugak utk beri penghormatan yang terakhir.dari cerita cerita yang kak zu dengar kecederaan nya teruk sekali.biji mata arwah terkeluar,otak nya juga berkecai.masyaAllah kesian nya.
Air mata kak zu tak dapat ditahan tahan asyik mengalir sahaja.semasa menaip entry ni pun rasa sebak tu datang lagi.kak zu amat teringatkan anak gadis kak zu yang sama sebaya dengan arwah.15 tahun dahulu semasa kak zu berpantangkan kakak yasmin emak arwah pun sedang sarat mengandungkan arwah.emak arwah datang melawat kak zu.seminggu lepas tu arwah pulak dilahirkan.seronoknya kami masing masing mendapat cahaya mata yang pertama.dua tahun selepas itu kami juga sama sama melahirkan anak yang kedua pula.tetapi jodoh ibubapa arwah tak panjang.arwah dan adik nya dijaga oleh nenek mereka sementara ibu nya keluar bekerja.tak lama selepas itu ibu arwah bertemu jodoh buat kali kedua dan arwah terus tinggal bersama nenek nya sampai lah maut menjemput.
Peristiwa ini membuatkan kak zu amat amat merindui kakak anak sulung kak zu yang tinggal di asrama.betapa tak puas nya kak zu menjaga dan mendidik dia secara langsung di rumah.kak zu selalu beranggapan yang kak zu tak sempat memberikan kasih sayang yang sempurna utk kakak.apa apa perkara yang melibatkan kakak selalu membuatkan kak zu berasa sedih.pernah jugak berapa kali kak zu pujuk kakak supaya tinggal sahaja di rumah dan bertukar sekolah. berulang dengan bas dan kak zu dapat tengok kakak setiap hari.(sekolah yang sekarang tak ada bas dan agak jauh dari rumah).tetapi kakak tetap sukakan sekolah yang sekarang dan selesa dgn kawan kawan yang sedia ada.besar harapan kak zu semoga kakak akan lembut hati untuk bertukar sekolah tahun hadapan.dapatlah kakak tinggal bersama ibu dan adik adik nnti.insyaAllah.
Saturday, July 7, 2012
balik pulau ke padang kota
Dua minggu lepas kak zu dan keluarga ke balik pulau jemput angah balik kerumah.Disebabkan ada temasya sukan tahunan maka hari isnin tu adalah cuti peristiwa.dapat angah melepak kat rumah 2 malam.suka nya dia dapat makan masakan ibu.bertolak dari rumah pukul 12.30 tghari selepas anis balik dari kelas bistari solat.
ni gambar kat atas jambatan pulau pinang.masa ni jerubu tersangatlah teruk nya.dah pun sampai separuh jambatan tapi sebelah pulau memang tak nampak bangunan langsung.disebabkan oleh kemarau yang panjang lebih kurang 2 minggu tak hujan.
tak sampai berapa saat lepas amik gambar yang pertama tadi tiba tiba jer hujan turun rintik rintik..alhamdullillah akhirnya hujan juga setelah panas terik hampir 2 minggu.sejuk sikit bumi Allah ni.terima kasih Ya Alllah.
dari rintik rintik terus berubah jadi lebat.
ni dah sampai jalan balik pulau yang berbukit bukit tu.sekarang ni musim durian.sepanjang panjang perjalanan ada jer orang jual durian kat tepi tepi jalan.kebanyakan nya adalah peniaga cina.cuma ada satu sahaja orang melayu yang jual buah durian ni dekat simpang nak masuk ke jalan pondok upeh.ada juga pembeli yg beli dan terus makan saja kat dlm gerai tu..
nampak tak buah durian bergantungan kat pokok yang tinggi tu.sepanjang jalan tu kami semua asyiklah dok tarik nafas dalam dalam sebab menyedut bau wangi durian tu..hehehe
tanah bukit berbatu batu.dah berpuluh tahun kak zu tak tengok suasana macam ni.zaman kanak kanak dulu bila musim durian kat batu kurau selalulah ikut arwah bapak panjak bukit durian yang dia pajak.(alfatihah utk arwah bapak).kadang kadang ada anak sungai kat atas bukit tu.dapatlah mandi sakan.terasa rasa lagi kesegaran dan kesejukan air sungai itu..oh indah ya kenangan.
selepas ambik angah kak zu ajak pak megat terus pergi padang kota.hajat dihati nak makan pasembor.sisebabkan mood pak megat baik terus saja kami ke sana.sekali ini kami ikut jalan yang lalu depan gelugor tu. 20 tahun dahulu mmg kak zu pnggil jalan gelugor.sekarang ni tak pasti pulak nama jalan tu.ada sekali dulu masa bawak mak mentua dan abah mentua kami lalu ikut jalan paya terubung punyalah jauh si GPS tu bawak kami.
sotong kangkung.kak zu tak jadi nak makan pasembor kerana tiba tiba perut kak zu masuk angin.ni semua gara gara terlalu lama tunggu angah kat hostel tadi.kak zu hangin jgk lah bila tanya angah kenapa dia lmbat turun padahal nama dia dah lama di panggil,rupanya dia bantai tido.dah tahu ibu ayah nak datang jemput readylah awal awal.ini tak masa bangun tido tulah nak kemas barang2 yang nak bawak balik.
anis dan liana dan angah order nasi ayam.kak zu order sotong kangkung dan pak megat pulak nak makan nasi paprik.yang kelakar nya nasi paprik pak megat guna nasi ayam yang kekuningan tu.ayam pulak guna ayam utk nasi ayam tu jgk,cuma tumis bawang letak sayur kacang panjang sikit.pak megat meradang sebab tak masuk tekak dia.air pulak kami order campur2.ada air kelapa,fresh orange.teh ais dan coconut milk shake pun ada.coconut milk shake tu tak lalu ditekak kak zu.kami rasa macam tak nak makan kat sini dah lenkali kali.peminta sedekah punyalah ramai.tempat makan pun seolah2 tak berjaga.kadang2 kadang nmpak tikus lari sana sini.
sebelum balik tu kak zu amik jgk gambar gambar kat sekitar tempat tu.
anis dan liana layan ayaq nyoq.
kapal apa ni pun kak zu tak tahu.tak berapa jelas sebab jerubu.
tanjung tokong pun tak berapa nampak jgk.
pak megat dan anak anak.kakak tak de sebab tak ikut.
pengayuh beca.kalau diberi sepuluh ringgit pun kak zu tak akan naik beca ni.kasihan dan tak sampai hati nak duduk sedap sedap sedangkan sipengayuh tu berpeluh peluh...
anis dan ayah...
Wednesday, July 4, 2012
RINDU NYA KAT ANGAH
dah enam bulan angah duduk asrama.walaupun sedih tapi ibu terpaksa relakan juga demi masa depan angah.ibu tak paksa atau mendesak angah utk masuk asrama tapi ini semua atas keinginan angah sendiri.satu satu nya alasan yang angah berikan ialah untuk bersaing dalam kelompok yg terbaik.ibu doakan semoga cita cita angah utk menjadi saintis akan tercapai...insyaAllah..
Tuesday, July 3, 2012
cinta hati...
Si dia dah pergi kerja..jangkaan kali ni pergi lebih lama.bawak baju lebih banyak.beg lebih berat dari biasa.walaupun daku boleh makan jering dan petai waktu sidia tak ada (kalau si dia ada daku tahan keinginan nak makan tu semua sbb nafas berbau,si dia tak kisah tapi daku yang segan) tapi daku sakit sebab teramat rindukan sidia cinta hatiku....
Subscribe to:
Posts (Atom)