kawan kawan Kak Zu

Wednesday, January 15, 2014

* WW * baju kurung bercorak kotak kotak



Dah lama kzu teringin nak pakai baju kurung corak berkotak kotak ni.Jadi bila terjumpa yang dirasakan sesuai dan kena saiz kzu yang XL ni terus beli.Masa pakai nak pergi rumah kahwin tuhari asyik la dok tayang depan cermin nak tengok cantik ker idak...

sekali mak kzu komen...

"macam baju tido"..

sampai hati mak..huk huk..


p/s gambar tak memuaskan sebab hpone murah ..

Thursday, January 9, 2014

KUANTAN

Assalamualaikum ...

Kak zu nak juga cerita kan pengalaman kzu sekeluarga bercuti di kuantan pada cuti penggal persekolahan yang lepas..Walaupun cerita ni dah sebulan berlalu.ini kiranya cerita imbas kembali lah yer..

Idea bercuti ke kuantan ni memang tak dirancang pun. Kisahnya bermula bila Abang Megat kena berkursus.Dan tempat berkursus nya ialah di Kuantan Pahang.okeylah tu kan.kebetulan kena time cuti sekolah.Bolehlah bawa anak anak berjalan jalan di bandar Kuantan.takyah pening kepala memikirkan nak bawak anak anak bercuti kemana mana lagi pasni..

Lagi pun kak zu sendiri tak pernah sampai lagi ke sana.Nanti bolehlah pergi ke Pantai Teluk Chempedak dan makan ikan bakar di Tanjung Lumpur. Abang Megat kata best sangat ikan bakar kat situ. Hati kak zu dah berbunga bunga riang tau..

Kami bertolak ke Kuantan pada 1/12/13.bertolak pagi sampai sana dalam pukul 4 ptg.itu pun berhenti singgah makan dan solat kat Genting Sempah.Sampai disana cuaca mendung di ikuti tiupan angin yang agak kuat.Kak zu terfikir mungkin bandar kuantan ni terletak di tepi pantai kot.

Lepas check in hotel terus berehat rehat masuk bilik nak tunggu keluar makan malam nnti.cari kedai makan dekat dekat ngan hotel saja..Depan hotel ni komplek beli belah East Coast Mall.waktu makan malam tu angin bertiup agak kuat.Langit gelap pekat tanda nak hujan.Makan cepat cepat terus balik hotel.Bila sampai ke bilik jer hujan pun turun selebat lebat nya..

Rupernya hujan yang lebat tu tak berhenti sampai lah keesokan pagi nyer.Anak anak nak mandi kolam pun tak boleh.yang parahnya pemandangan bilik yang kami duduk tu menghala ke arah kolam.Lagi lah menambahkan luka di hati anis dan dekna.Apalah ertinya duduk di hotel tapi takleh mandi kolam.takder makna nya percutian kalau takleh berendam dalam pool.itulah yang direpek kan oleh Anis dan Dekna.alahai kesian nya anak ibu..



permandangan kolam dari bilik hotel.Masa ni hujan lebat.kolam kosong jer ..saper pun tak turun mandi.apsal hotel ni tak buat bumbung jer kat kolam tu.ada kawan FB kzu cadangkan mandi guna payung.tak koser kzu tau nak berpayung bagai..

Hujan terus turun tak berhenti sampai lah ke petang.sekejap lebat sekejap reda.Sampai kan nak ke Mall depan tu pun tak boleh tau.dah lah payung tertinggal dalam kereta Altis.dalam kereta Innova sekaki payung pun takder..bagus!

Sementara nak tunggu abang Megat habis berkursus pukul 5 ptg.kami hanya lepak dalam bilik tengok tv sambil menghabiskan makanan.sejuk sejuk memang cepat lapar


stock makanan yang ada dlam bilik.Nasib baik masa breakfes kat hotel pagi tu kzu anak beranak makan sekenyang kenyang nya.Jadi nya sampai ke petang tak terasa lapar sangat.Yng si abang megat asyik dok text kak zu suruh bawak anak anak keluar pergi jalan jalan kat mall depan tu.Nak pergi macam mana hujan tak berhenti langsung.nak melintas jalan pun susah tau.tunggu sampai abang megat habis kursus baru kami anak beranak keluar dari bilik.

Masa ni telivisyen dah kuarkan amaran banjir di bandar Kuantan.Impian nak pergi makan ikan bakar kat Tanjung Lumpur juga hancur berkecai.Nak ke Teluk Chempedak lagilah tak kesampaian.Memang kedatangan kami ke Kuantan tak kena gaya.

Hari ketiga di kuantan hujan masih lagi tak berhenti.TV dah kuar cerita banyak tempat dah dinaiki air.Penduduk juga sudah ada yang dipindahkan ke pusat pemindahan.Kak zu memang dah rasa cuak.takut terkandas dan tak dapat balik ke Perak.Kami hanya merenung jalan di bawah sahaja.Nak keluar ke Mall pun rasa malas nak redah hujan.


Ni gambar jalan depan Stadium Darul Makmur yang ditenggelami air. kak zu amik guna kamera hp jer.kak zu dok renung jalan tu dari takder air sampai lah air naik dengan begitu cepat sekali.banyak jalan yang dah ditutup masa ni. 

Abang Megat habis berkursus pada petang 3/12/13 tu.sepatut nya dah boleh check out dan boleh balik ke perak terus.Tapi kawan kawan menasihatkan dia supaya menangguhkan perjalanan dulu kerana banyak jalan menghala ke KL telah dinaiki naik.amat merbahaya kata kawan kawan dia.

Masa makan malam tu Abang Megat terima berita dari kawan nya yang bagitau TNB akan memutuskan talian elektik kerana pencawang juga ditenggelami air.Belum pun sempat nak buat bayaran tiba tiba lupp seluruh kawasan restoren tu dah bergelap.Lepas bayar cepat cepat lari masuk kereta dan balik ke hotel.Gelap gelap camtu macam macam perkara tak di ingini boleh terjadi.sesampai di hotel kami tidur dalam kepanasan sampai ke pagi.

Pagi hari ke 4 kami dah cabut keluar hotel seawal pukul 8 pagi.Bila tengok ke jalan nampak air dah surut.bersarapan dalam kereta jer lebihan roti yang ada.Memang cepat cepat nak keluar dari situ sebelum air naik sekali lagi.Tapi nasib kurang baik jalan Gambang KL masih tak boleh di lalui ..banyak kereta masih tersadai di tepi tepi jalan.

Abang Megat dapat idea gunakan jalan  yang nak menghala ke Kuala Trangganu.Jauh memang jauh tapi itu jerlah satu satu nya jalan keluar yang ada.sampai lebuhraya Jabor terus pusing balik masuk higway menghala ke KL.Jalan ni agak tinggi kedudukan nya jadi lepas lah untuk lalu.tetapi kiri kanan jalan nampak air bah masih lagi ada.

Alhmdullilah ..kami sempat keluar dari bencana banjir yang dasyat tu.kalau lambat sikit memang terperangkap di bandar kuantan lah jawap nya.entah entah kami juga kena duduk kat pusat pemindahkan tu sama.iya lah nak duduk lama lama kat hotel mana mampu..hehe

Itulah pengalaman percutian kami tahun lalu.pertama kali sampai ke kuantan dan di sambut dengan musibah bencana alam yang dasyat.Untuk mengubati kekecewaan anak anak yang tak puas bercuti kak zu dan abang megat bawak mereka kesatu tempat yang best masa otw nak balik tu..yang tu nnti kak zu buat entri lain lah ye..yang ni pun dah panjang meleret...

k bai.









Tuesday, January 7, 2014

catatan pertama di tahun 2014

Assalamualaikum...

Dah 7 hari rupanya kita berada ditahun baru 2014 ni.Kak zu baru nak buat entri pertama.sibuk sungguh kebelakangan ni.kalah Kak Mah kita ..hehe. 

Penghujung cuti persekolahan yang lalu kak zu seorang diri menyiapkan segala keperluan persekolahan anak anak.Abang megat bekerja sehingga lah hari kedua sesi persekolahan bermula barulah dia balik dari Trangganu.Dari menyiapkan barangan sekolah sampailah menghntar anak anak balik ke asrama di Balik Pulau Pulau Pinang dan yang berasrama di Taiping ni semuanya kak zu uruskan sendiri.Memang terasa penat tetapi tetap berbangga kerana mampu menjadi ibu yang cergas untuk anak anak dan dapat meringankan bebenan suami..bila baca wasap dari abang megat ucapkan terima kasih rasa terbang melayang segala penat lelah..hehe...

Tahun 2014 ni anak anak kak zu makin meningkat remaja. Kakak yasmin akan menduduki peperiksaan SPM tahun ni.Sementara Si bujang kakzu pulak dan 15 tahun.makin tinggi makin garau suaranya.Sepanjang cuti penggal yang lalu dia banyak menolong kerja kerja rumah ibunya ini.Buang sampah dan kunci pagar memang jadi kerja dia..ke kedai membeli barangan juga rajin.tapi mesti bawa adik seorang sebagai peneman...

Dekna dan Anis masing masing naik darjah 5 dan darjah 3.Makin menunjuk kan ciri ciri gadis sunti kedua duanya..ada kala sangat akrap bermain berborak bersama,dan ada masa bergaduh tak ingat dunia..hehehe..semua adik beradik rasanya begitu kan...

Macam mana dengan persekolahan anak korang semua.Ada yang menangis taknak ditinggalkan ker.Anis anak kak zu hari pertama sekolah dah ambik cuti sakit.Ada ketulan kecik di dadanya.bila malam menangis teresak esak sebab sakit.Risau nya hati kak zu bila tempat ketulan ni tak boleh disentuh.tak sudah hari pertama persekolahan tu kak zu bawa dia ke hospital.doktor cakap mungkin kelenjar.bagi ubat antibiotik dan ubat tahan sakit.kalau tak surut jugak akan di rujuk ke klinik payudara kata doctor tu...sekarang ni ketulan tu masih ada cuma sudah tidak sakit lagi..

Disebabkan semua keperluan persekolahan dan menghantar anak anak ke asrama kak zu yang buat jadi nya kerja membalut buku teks abang megat yang kena selesaikan.Memang tiap tiap tahun kerja membalut buku sekolah anak anak dia yang konker.Dia tak bagi kak zu buat sebab kak zu balut tak kemas katanya.tangan kak zu ni sesuai kopek kelapa jer mana pandai bab balut membalut ni...terima kasih lah yer bang..


tekun sekali membalut buku.kucing pun terpegun tau..i lav u bebeh...

Oh ya..lupa nak tanya..apa azam tahun baru kawan kawan semua.ker sama jer macam tahun lepas punya jugak.Azam kak zu pun masih lagi sama ..nak jadi hamba Allah yang lebih bertakwa..hmmmmm satu lagi..nak kuruskan badan..ahak..ahak...


kak zu dah start jogging ler sangat pagi tadi tau.kasut ni dah lama beli tapi buat pekasam dok simpan dalam kotak jer.InsyaAllah moga terus istiqomah lah dengan amalan berjogging kak zu ni.jangan hangat hangat taik ayam sudahlah kan....

Ni.....walaupun berazam nak kurus tapi dah nama nya musim durian kena jugaklah makan pulut durian dengan santan untuk hilangkan kempunan.esok esok dan habis musim durian taklah rasa ralat sangat.korang jangan kutuk kak zu tau..bagi can kak zu layan tekak jap..


pilih isi durian yang paling best taruk atas pulut . curah santan..tabur gula sikit..kendian gaul rata..Ya Allah sedapnya..Nikmat Allah yang mana mahu aku dustakan...




ok ya..sampai sini dulu..kak zu doakan semoga kawan kawan kak zu terus maju jaya di tahun 2014 ni..

babai...




Friday, December 20, 2013

mak sentap nak..

balik dari pasar..

kalut ibu kat dapur...

ayam masak kicap berempah..

sayur kobis..

cencaru goreng..

telo asin 3 biji..

sambal belacan tempoyak

ulam jering muda...

ibu berpeluh peluh dari kepala sampai ke kaki...

tup ..tup..

anak teruna datang ke dapur cakap..

"simple nya ibu masak"...

huwaaaaaa

korang tahu tak ??..ada lagi tak batu belah batu betangkup

-

-

-

-

btw..

kzu nak balik kampung lepas tekan butang publish ni..kenduri bederet deret menunggu..



 layan nasi kenduri minggu lepas..sedap habaq hang...

daaaaaa..



Friday, December 13, 2013

Lauk Semalam..

Salam Jumaat semua..semoga hari hari yang kita lalui sentiasa di bawah rahmat Ilahi...


Dah masak ker belum..kak zu belum lagi..pagi tadi sarapan pun lambat jadi nya makan tengahari pun lambat jugak ler..

Semalam ATIE ada tanya apa yang kzu masak..untuk tak menghampakan adik kzu yang cantik manis ni kzu pun tayang jugaklah menu masakan kzu semalam..lauk pauk simple jer..tapi tetap habis jugak di makan oleh anak anak kzu.maklumlah remaja sedang membesar sentiasa lapar sahaja..


Bila anak makan dengan bersungguh dan berebut rebut baki yang ada memang ibu akan rasa bahagia..semua ibu ibu di luar sana pun rasa macam apa yang kzu rasa kan ...betul tak??



kzu masak ikan siakap sweet sour...ayam goreng..dan ulam kobis dan bendi rebus sahaja semalam..

ada yang tanya takder sambal belacan ker..

ada.....

sedang ditumbuk ...

-

-

-

-

-

-

-

-

taraaaaaa...pembantu kzu yang macho lagi hensem menumbuk sambal sambil ditemani oleh dua ekor kucing kesayangan...



korang semua lunch apa hari ni...

Wednesday, December 11, 2013

sambal belacan dekna


WW
cuti sekolah ajak anak kedapur.ajar tumbuk sambal..takut terpercik mata bungkus lesung dengan plastik...