kawan kawan Kak Zu

Sunday, January 9, 2011

Puteri Yasmin Athirah.....

   Ini gambar anak sulung saya. Puteri Yasmin Athirah.Seluruh keluarga memanggil nyer Kakak.Dia di lahirkan pada 6/6/1997 Saya mengandungkan nya 3 bulan selepas diijabkabulkan.Saya mengalami alahan yg teruk semasa hamilkan nyer.Walaupun saya amat mendambakan bayi dlm kandung namun alahan yg teruk menyebabkan saya berasa tidak gembira sepnjang tempoh mengandung.Apa yg saya makn dan minum aku saya muntahkan semula.Situasi begitu berlarutan sehinggalah sampai detik utk melahirkan.Kelakar plk rasa nyer bila dlm keadaan sakit2 saya msih lagi muntah2.hehehehe. Namun percayalah saya mmg amat2 sayangkan bayi didlm kandung saya itu.

 Merenung wajah kakak selalu menyebabkan rasa berasa sedih.Semasa menaip entry ini pun air mata saya menitis.Sedih kerana gagal memberikan kasih sayang yg sempurna.Saya rasakan saya tidak puas mencium,memeluk bermain dan melayan kerenah nya.Ini terjadi kerana selepas tak berapa lama saya mengandungkan anak kedua pulak.dan sekali lagi saya mengalami alahan yg teruk.Kakak byk habiskan masa bersama opah dan tokwan.sedangkan saya melayan muntah2 saya.Dan selepas kelahiran demi kelahiran baru saya tersedar yg kakak sudah pun membesar dan meninggalkan alam kanak2 nyer.Saya rasakan saya byk ketingggalan dlm menyaksikan waktu dia membesar.

 Kakak menjadi seorang anak yg tidak manja.Mungkin kerana selalu beralah kpd adik2 nyer.Kadang2 segala kesalahan adik2 pun ibu letakkan kpd nyer.Kakak menjadi kakak yg garang dgn adik2.Kadang2 sahaja dia bermesra dgn adik2.Dan saya merasakan kakak tidak mesra dgn ibu.Segala masalah jarang mahu diluahkan kpd ibu.Mungkin juga dia merasakan ibu garang.Kadang kala bila lelah ibu menjadi ibu yg garang.Ibu terpaksa menguruskan rumah bersendirian kerana ayah bekerja jauh nun di Trangganu.Bila ayah tiada dirumah ibulah yg menguruskan segala2.dari benda yg kecik sehingga lah perkara yg besar.Namun percayalah ibu amat sayangkan kakak.Ibu mahu kakak menjadi anak ibu yg manja selama lamanyer.Namun masa tak mungkin diundur kembali kan sayang.

 Ibu harap keputusan ibu menghantar kakak ke asrama adalah satu keputusan yg tepat.Bila kakak pulang kerumah ibu akan melayan kakak lebih drpd biasa.Kerana bila kakak sentiasa didepan mata ibu,ibu rasakan ibu sentiasa nmpak kesalahan dan tindak tanduk kakak yg akan membuatkan hati ibu menjadi meradang.Maafkan ibu sayang.Naluri ibu mengatakan bila kakak berjauhan kakak akan lebih merindui ibu dan adik.Mmg benar telahan ibu.Kakak akan menelefon ibu membisikkan kakak rindukan ibu.Ibu amat bahagia sekali.Wlupun Kakak di asrama tetapi kita akan berjumpa setiap minggu.Jika minggu yg kakak tak dibenarkan pulang ibu akan melawat kakak.Bila kita berjumpa kita akan berpelukan dan berciuman.Perkara ini terasa janggal bila serumah kan.Bila ibu memeluk kakak pasti akan bertya kenapa dan malu2 kan.

 Petang ini ibu akan dtg melawat kakak lagi.Ibu akan masakkan makanan yg sedap2 utk kakak.ibu akan bawakan barang2 yg kakak minta.Ibu harap ibu tidak terlambat meraih kembali kasih sayang yg tercicir sebelum ini.Utk kesekian kali nyer ibu nyatakan ibu sayang kakak sangat2.

2 comments:

  1. oh akak..sedih intan baca entry ini...

    ReplyDelete
  2. entahlah intan..akak sendiri pun rasa sedih..mungkin ilmu keibubapaan x byk di dada.kawin muda pun iya jgk kot..apa2 pun akak cuba perbaiki keadaan..alhamdulillah nmpak nya hubungan semakin baik...

    ReplyDelete