kawan kawan Kak Zu

Tuesday, April 30, 2013

Ho Chi Minh City Day 3 Chu Chi Tunnel

Assalamualaikum...

Siapa kata surirumah banyak masa terluang.kalau banyak masa terluang hari hari kak zu boleh buat entri baru tau.Tengok Salam Jumaat kak zu tu sampai hari selasa baru berganti dengan entri baru .sadis kan.

Buat Cho Zila yang dalam perancangan nak pergi vietnam terimalah catatan perjalanan kak zu ke Ho Chi Minh City ni.moga moga dengan membaca entry kak zu ni makin berkobar kobarlah semangat nak ke sana.

Pada hari ketiga dibumi vietnam rombongan kami di bawa melawat tapak tinggalan perang diantara askar vietnam dan tentera Amerika.Sarapan pagi diatas bas, cuma 2 ketul karipap yang besar dan sebotol air maneral.Alhamdulillah kenyang sampai tengahari.

Perjalanan dari hotel mengambil masa lebih kurang sejam.tapi tak terasa lama sangat sebab dalam bas asyik merapu meraban bercerita hal hal lama berkaitan alam persekolahan dan hal ehwal semasa.cerita sikit ketawa yang lebih.sedar sedar dah pun sampai ke destinasi.
.


vietnam memang terkenal sebagai negara yang mempunyai penonggang matosikal yang ramai.kalau kat atas jalanraya tu motor bersimpang siur tak ikut satu arah .diorang main hentam saja kot celah mana diorang nak lalu.motosikal untuk rakyat golongan bawahan.kalau yang ada kereta tu mmg betul betul kaya saja,ini kerana harga petrol disana terlampau mahai..


polis vietnam sedang menjalankan tugas.rata rata rakyat vietnam bersaiz begini sahaja.kekurangan zatkah mereka ni semua yer...hehe



bila dah sampai di chu chi tunnel tu ada pameran senjata lama yang digunakan dalam peperangan.ruang pameran ni di tepi tandas.kena buang air siap siap sebab dalam tu takder tandas disediakan.dulu tentera vietkong berak kencing ikut dan diorang jer kat dalam hutan tuh..hihi

dalam terowong nak masuk ke dalam Chu Chi Tunnel.Abang Megat ambik gambar dari belakang.apa raa..


sebelum meneroka hutan  tu kami bergambar ala ala budak kumpulan pancasitara dulu...

 abang megat pun tak melepskan peluang bergambar kat depan bangsal ni jgk..


Kat dalam kawasan tu kita akan di beri seorang pencerita yang akan menerangkan semua yang terdapat di dalam kawasan tu.mereka berpakaian seperti tentera.sebelum tu kena masuk bawah bangsal yang disediakan dan tengok video dokumentari mengenai peperangan..senyap sunyi jer bila video sedang ditayangkan.sedih menyaksikan kesengsaraan rakyat vietnam menentang penjajah..

tempat ni memang kesukaan Abang Megat.Apa yang tak faham tanya jer kat dia.dia siap boleh terangkan kat kami lagi apa yang tak tahu.mana taknya masa orang dok cerita kami dok bersembang bukannya nak dengar bekbaik...

salah satu lubang untuk bersembunyi.kak zu tak berani masuk takut tersangkut buah dada kat lubang tu.asal dia kecik lagi.muat muat badan askar vietnam jer,tapi di besarkan sedikit utk pelancong mencuba.kawan kak zu tu cuba sampai kasut dia tercabut tertinggal kat dlam.kalut sungguh masa ni..

salah satu jerangkap samar.

terowong ..

busut buatan.yang lubang tu dibuat utk pengudaraan.dibawah busut tu laluan terowong askar vietnam.

cara askar buat terowong.gigih untuk mempertahankan tanahair dari dicerobohi ..

kak zu mencuba mesin jahit askar vietnam.dari cerita pemandu pelancong kami, dulu semuanya mereka lakukan didalam kubu dibawah tanah.cuba bayangkan...


kat atas kereta kebal milik tentera Amerika yang musnah terkena periuk api askar vietnam

dah sampai kawasan ni bolehlah berehat sekejap.baju dh basah dek peluh.sini keadaannya bising dengan bunyi tembakan.saper saper nak cuba menembak ada disediakan lapang sasar.bayaran dikenakan.ada juga kedai cendrahati dijual disini.

bom

Abang Megat mencuba masuk dalam terowong ni.kak zu takut nak masuk .bila dia keluar muka merah berpeluh peluh.menurut pencerita tu panjang terowong ni boleh sampai hingga ke bandar saigon (Ho Chi Minh City) dan dalam nya ada yang mencecah 30 kaki kedalam tanah.

dalam salah satu kubu..

yang berdiri tulah pencerita (pemandu pelancong)kami.Dia sedang menerangkan bagaimana membuat kasut dari tayar trak .masa perang bahan terhad jadi askar vietnam menggunakan apa yang ada di sekeliling mereka...


dah puas berjalan dan mendengar penerangan ,kami di suruh cuci tangan ambik air sembahyang. ingatkan untuk apa...

rupernya nak jamu kami makan ubi kayu bakar cicah gula pedas.ini makanan waktu perang dulu katanya.disebabkan dah tengahari dan perut pun dah lapar ,ubi kayu pun terasa enaknya.ndak pulak makan beramai ramai.

sudah makan bergambar lagi untuk kali terakhir sebelum keluar dari kawasan hutan perang tu.separuh hari di dalam tu sangat menginsafkan walaupun  kadangkala suara garauan menenuhi suasana.banyak lagi tempat bersejarah dalam tu tapi Abang Megat lupa nak tangkap gambar sebab dia kusyuk sngat dengan penerangan pemandu pelancong tu...hehe

Menurut cerita pemandu pelancong ada lagi kawasan yang dibiarkan seperti asal dan hanya digunakan oleh pelajar pelajar universiti untuk membuat kajian.Yang dibuka untuk pelancong kebanyakan nya telah di baikpulih sesuai utk tujuan pelancongan...

Okey.baru separuh hari ketiga di vietnam.nanti kak zu sambung lagi cerita kami dibawa oleh Abang Amir ke kilang membuat telekung.tunggu naaaa...daaaa










21 comments:

  1. assalamualaikum kak zu..
    nani percaya, keje suri rumah mmg banyak.. takde masa nak wat mcm2 benda lain termasuk mengapdet citer kat blog... kalau nani dtg keje je boleh apdet.. kalau dok umah.. langsung tak sempat.. mana idea nak karang citer lagi.. hahahahahah
    yang kawasan peninggalan peperangan ni mmg banyak ilmu bukan takat kak zu yg melawat.. nani yg baca ni pun rasa terpegun sangat.. yg kelakar sampai yg tersekat buah da** pun ada.. yg tertinggal kasut kat dlm lobang tu lagi.. hahahha lawak sungguh... :) ape pun mmg menarik.. tak sabar nak tunggu entri kilang telekong tu.. makan ubi kayu cicah gula pedas.. mmg dapat mengenyangkan perut.. org dulu2 mmg sokmo tanam ubi kayu belaka.. kan..

    ReplyDelete
  2. wah best nye dah jenjalan sana ye..jgn lupa soping puas2 nak raya ni..baju kurung dah siap manik cantik2..

    ReplyDelete
  3. Meriahnya kak Zu..
    Jeles nisah...
    nisah sedang merancang cuti ni dgn enche hubby.
    haa bole cadangkan kat hubby nak ke ho chim mih ni.

    err lubang tu kan, kalau nisah masuk. confirm tak keluar
    semuanya melekat miahahahhaa.
    maklumlah, badan nisah kan size jumbo yg over kolestrol gitu hehehe

    ReplyDelete
  4. Pernah nampak kubu/tempat tu dlm TV hari tu Kak..seram juga yang masuk dlm terowong tu..isk! tak dpt nak bayang kan..huhu..
    Size polis2 di sana kecik2 ye..rendah je depa kan? :)

    ReplyDelete
  5. Harap2 thn depan plannak ke sini tercapailah hendaknya.. Amin :)

    ReplyDelete
  6. salam kakzu...
    real kan bila tengok sendiri peninggalan sejarah nie..kesian vietnam diceroboh...
    bila tengok kubu bwh tanah tuh terasa kagum ngan semangat mrk nie kan...:)

    ReplyDelete
  7. Kalau pengsan kat dalam tunnel tu macam manalah agaknya. Sempit benar kan lubang dia. Heee.... kalau kakak upah pun tak mahu masuk:)

    ReplyDelete
  8. sy dh smapi sana bulan 11 lepas..gamble aje..p 2 org dgn kawan

    ReplyDelete
  9. Saya suka p tmpt2 sejarah ni..tapi tulah, plan nk bw anak sama...depa msti kurang setuju sb tak de yg boleh " main2".,,agaknya tggu besar sikit bila depa dah faham. Verangan jap layan n3 zu sajalah

    ReplyDelete
  10. Salam, bagusnya cara pelancongan Vietnam tu.. promote kesengsaraan nenek moyang mereka utk dapatkan pendapatan.. kalau kt Malaysia ada macam tu, tentu rakyat kita pun akan tambah sayang pada tanah air..

    ReplyDelete
  11. wah menariknya perjalanan kak zu.bestkan...nway suspen aje nak masuk terowong tu...memang tak akan punya..forbia tempat yang sempi and gelap...hmmm

    ReplyDelete
  12. macam tgk majalah 3..hihi.. lengkap sungguh jalan ceritanya serta gambarnya... baca entry cam terasa ikut kak zu sekali g situ... huhuhu... best laa tapi kalau suruh masuk dlm terowong kecik tu,..izan pun xmo..takut woo..huhuh..berani abg megat tuu..

    ReplyDelete
  13. Assalam k zu
    seronoknya tgkk, merasa dah k zu tgk tempat2 sendiri
    mcm yg tayang kat tv tu

    ReplyDelete
  14. salam kak Zu.....

    memang best lah dapat lihat sendiri peningalan sejarah macam nie.....nak pula trowong kecil tu...

    ReplyDelete
  15. wah, bestnya kak zu dapat melawat tempat2 bersejarah kat vietnam yer... jauh perjalanan luas pemandangan... :)

    ReplyDelete
  16. bestnya kak zu dapat melawat sana..tempat bersejarah..

    macmna dorng buta lubang tu ya..kecik sgt..rasanya kalau sy yg masuk pun kompem sangkut b.da** hehe

    ReplyDelete
  17. Zm....kalau okje bukan tersangkut kat situ....masuk kaki je dah tersangkut agaknya..haha

    ReplyDelete
  18. hehe..tak sabar nak baca entri sambungan..hehe

    ReplyDelete
  19. catatan kak zue pon da buat sy teruja nak pg jugak

    ReplyDelete
  20. Terima kasih atas catatan yang buat saya tersenyum sendiri.. ngan gelagat mak budak yang sangat happy.. tu pak budak ikut kalau mak budak semuanyer lagiler kot...
    tang masuk lubangtu kalau sayapun tak berani... ha.. ha.. mesti tau en megat akan dengar penerangankan so tak dengarpun tak perkan... pandai.. pandai..
    ha.. tak sabar masuk bab shopping sebab saya gi sana nanti hanya untuk shopping gitu...

    ReplyDelete