kawan kawan Kak Zu

Friday, April 19, 2013

Ho Chi Minh City Day 2

Menyusuri Sungai Mekong

Hari ke 2 di Ho Chi Minh City rombongan kami di bawa menyusuri Sungai Mekong.Tepat pukul 8 pagi waktu vietnam bas yang akan membawa kami pun sampai.

inilah bas yang membawa kami kemana mana selama 4 hari kami di sana.tempat duduk pun dah tetap siapa yng punya..

Rombongan kami di beri sarapan dalam bas sahaja.Roti ni dibuat oleh orang melayu/islam champa.kulit luar dia sesikit liat.dalamnya berintikn isi ayam.sedap walupun sedikit pedas.dekat setengah jam baru habis makan ni.sangat mengenyangkan...

Perjalanan dari hotel utk ke Sungai Mekong ni mengmbil masa 2 jam untuk sampai.Ini kerana had laju kenderaan di sini ialah 60kmsejam.sangat boring..mujur kat atas bas tu riuh rendah suara gurau senda kawan kawan semua.maklumlah kawan satu sekolah dahulu.ada ada saja cerita yang membangkitkan gelak ketawa.

Sepanjang perjalanan kita akan disajikan permandangan sawah padi seperti di kedah.Ditengah tengah sawah padi pula akan kelihatan kuburan yang dibina cantik.menurut pemandu pelancong kami yang beragama islam dan pandai berbahasa melayu keadaan ini terjadi semasa perang bersama Amarika dahulu.penduduk bebas mengebumikan ahli keluarga mereka di atas tanah masing masing.

permandangan kuburan seperti ini adalah biasa di vietnam.sekarang tidak lagi.meraka ada kawasan perkuburan yang dikhaskan oleh kerajaan.gambar blur sebab tangkap masa bas sedang bergerak

berhenti buang air kat sini.lama sangat atas bas mestilah nak terkencing bagai.kat sini banyak pelancong mat salleh.harga barangan pun mahai jgk .kena sediakan sebotol air kalau nak masuk ketandas kerana dalam tandsa tu tak disediakan paip.sempat bergambar di sini.dah datang ngan kawan sekolah perangai pun harus macam budak sekolah jugak lah...hehe

gedik sekejap.lupa anak anak kat rumah.

 dah sampai pun..

 takder topi vietnam ni umpama tak lengkap apabila menyusuri Sungai Mekong.hrga topi ni 1 dolar.tapi sayang topi ni terpaksa kak zu tinggalkan kat hotel kerana tak muat nak di isi ke dalam bag.

boat yang akan digunakan utk meredah sungai dan membawa kami ke unicorn island
macam kak zu sorang ada laki.berpeluk sana berpeluk sini..lantak akulah...hehe

the mengong's club.Abang Megat kata kak zu lupa diri bila bersama kawan kawan..sampai hati abang..huhu

ni gambar atas boat.yang lelaki tu pemandu palancong kami,namanya abang amir.dia islam.dia hantar anak pompuan nya bersekolah pondok di Trangganu.yang pompuan tu kami panggil dia Jamilah sebab dia pandai nyanyi lagu dangdut "oh jamilah kau gadis ayu..."jamilah teman kami setakat melawat pulau pulau situ sahaja.dia pandai berbahasa inggeris sahaja.tetapi Abang Amir mengiringi rombongan kami selama 4 hari.dia sporting.kalau kita nak pergi mana mana cakap ajer dia akan tunjukkan jalan..

mendarat kat Pulau Unicorn jer terus dihidangkan dengan madu + limau + bee polen =sedap

kak zu beli jgk lah madu lebah dan bee polen tu.harga rm30.madu ni tak asli.kalau madu asli mesti dah melayang pinggan mangkuk kak zu baling kat Abang Megat hahaha..

jalan lagi jumpa wakaf ni pulak.kat sini dia bagi makan buah buahan seperti ciku ,nangka dan nenas.ada jual mcam macam kat sini seperti bag,baju,barangan kraf...haihh berhabis banyak jgk kak zu kat pulau nih..

sambil makan kami dihiburkan dengan persembahan nyayian.lagu sepatah haram pun taktau.ada dua tiga orang penyanyi silih berganti..lepas habis persembahan diarang hulur bakul untuk minta sumbangan.kesian kami pun pakat hulur jugak lah sorang sikit.


 dah puas dengar minah vietnam ni nyanyi kitaorang jalan lagi...lagi.dan lagi..sampai hujung jalan jumpa sungai dan ada banyak sampan yang menanti.bab ni kak zu cuak sikit..sampan kecik terolek olek dipermukaan sungai.kena pijak betul betul.klu tak sampan akan tercunggit.tangan takleh pegang kat bibir sampan tu sebab sampan ni akan berselisah dengan sampan lain dan bergesel sesama mereka.walaupun badan mereka kecik tapi kederat mereka kuat.kayuh punyalah laju.

dari perbualan dengan 'jamilah'.kebanyakan penduduk pulau ni buta huruf jadi kerajaan vietnam menjadikan pulau ini sebagai destinasi perlancongan untuk membantu penduduk pulau ni.dan usaha kerajaan adalah sangat berbaloi kerana setiap hari ada sahaja pelancong yang datang..


walaupun kak zu tersenyum tapi sebenarnya kak zu takut sangat.


dari sampan berpindah ke bot besar pulak untuk ke coconut island..masa nak melangkah dari sampan ke bot besar pun cuak jugak tau..."abang...abang...tolong tarik tangan zu" ..member yang tak bawak laki bengkek jer ngan kak zu.hehe



naik boat lagi sekali pergi ke coconut island pulak.kat sini lah diorang proses buah kelapa untuk dijadikan candy

jalan kedepan sikit jumpa orng buat paper rice .macam macam perusahaan diorng ni buat...

tengok jer.tak tergamak nak beli dan makan.

jalan lagi dan lagi..panas terik sangat masa ni.peluh meleleh sampai ke kaki.selepas melalui jambatan gantung kami tengok ada kereta kuda dah menanti. kami dibawa menaiki kuda pulak.Rasa nak nangis tengok kuda kecik bawak kami 4 orang + tuan kuda = 5 orang.nasib tak lama sangat pun kuda ni terpaksa bawak kami dalam 10 minit jer.aishhh sampai hari ni kak zu dok kesian kat kuda tu lagi.kuda ni bawak kami ke jeti utk naik bot dn kembali ke darat semula.habis dah jelajah sungai mekong dan pulau pulau sekitar nyer.

peta pulau pulau di delta mekong.

naik bas lagi dan singgah makan dan solat dimasjid nih.masjid ni berusia beratus ratus tahun dan di biayai sendiri oleh kariah di situ yang hanya ada 7 keluarga islam sahaja.kariah masjid ni ambil upah memasak utk agenci pelancongan yang membawa pelancong muslim.menurut pemandu pelancong kami jikalau tiada siapa yang menjaga masjid tersebut bila bila masa sahaja kerajaan akan ambil tanah tersebut.

dah selesai makan abang amir bawak kami ke kedai kain.rambang mata ooo..sutera vietnam memang cantik dan murah.4 meter rm 45 sahaja.kak zu tak beli pun sebab misi kak zu nak cari kain cotton.ada kawan kak zu yang beli sutera ni. bila dah balik ke malaysia baru rasa menyesal tak beli..

Dah selesai kat kedai kain ni rombongan kami dihantar ke hotel.boleh berehat rehat sementara nk tunggu makan malam.masa ni kak zu sakit kepala sangat.mungkin cuaca terlampau panas pastu makan buah nangka yang berangin tu dan di sua pula kopi ais vietnam yang super power pekatnya menjadikan kepala kak zu berdenyut denyut mujur bawak ubat tahan sakit dari rumah.

pukul 8 malam turun makan malam kat restoren 1 Malaysia ko.gambar restoren tak boleh muat naik ler pulak.restoren ni dekat jer dengan hotel.berjalan kaki 5 minit dah sampai.Lepas makan terus mengukur jalan ...jom pasar malam lagi.malam ni kak zu borong banyak barang.duit pun dah mula menipis...

okeylah nnti sambung lagi cerita ke chu chi tunel pulak tunggu yer












16 comments:

  1. seronoknya dapat jalan2 tempat orang..

    ReplyDelete
  2. wahhh kak zu.. mmg best.. satu citer ke satu citer.. mmg banyak ilmu pengetahuan nani dapat dari entry ni.. yg nani nak komen.. kak zu takot kata time naik sampan kat sg mekong tu.. nani tengok sungai tu seram selalu.. sbb tengok cita siam je ada sg ni.. lagi2 citer longkong tu.. aduhhh..

    ReplyDelete
  3. amboi romantik abis dgn en suami yer

    ReplyDelete
  4. kebanyakkan org sana hidup sederhanakan..rata2 naik motor..

    ttg naik sampan tu kak suka..ada nostalgianya.

    banyak bershopping?

    ReplyDelete
  5. memang best gi HCMC tapi kena berhati2 , kadang2 depa ni mcm nak duit kita je.
    mcm naik sampan tu, asyik minta tips.
    kain sutera tu boleh dpt RM35. Baju kurung siap RM 60 dgn manik2 sekali.
    Kain cotton murah di Ben Thanh Market.
    Akak dah terbeli tempat lain , mahai sikit.

    ReplyDelete
  6. pergi jalan2 vietnam ye kak zu kite ni! byk shopping noh...hehehe;)

    ReplyDelete
  7. wah...syok nya jalan2 tgk tempat orang....

    ReplyDelete
  8. Seronok nya tgk picture2 Kak Zu ni...ntah bila lah nak sampai ke sana..huhu... shopping sakan no...:)

    ReplyDelete
  9. Sayanglah Zu topi tu kalau tak boleh jadi penghias dinding di rumah..

    ReplyDelete
  10. Topi tu patut pakai je dalam flight..heeee....
    Saya pernah buat masa.balik dari Indon dulu...

    ReplyDelete
  11. alamak teruja lagi tengok gambar2ni...

    ReplyDelete
  12. bestnya kak..teringinnya nak pergi sana..kat sana sama panas macam malaysia ekk..

    ReplyDelete
  13. Kalau diukur dr segi entri....mmg puaslah org tu berjalan kat sana...hehe
    Mesti menyesalkan...tak beli kain sutera Vietnam dahlah murah
    ....

    ReplyDelete
  14. hahah kak zu biarlah dieorng bengkek kak zu romantik2 soh asben akak pegang,hahah time2 ni lah nk romantik lebih kn kak zu

    ReplyDelete