kawan kawan Kak Zu

Friday, April 12, 2013

catatan perjalanan ke Ho Chi Minh City day 1


Assalamualaikum..


Pukul 3 pagi hari khamis tu kak zu , abang megat dan seorang kawan bernama zuraida bertolak dari Taiping meredah kegelapan dan kedinginan pagi..cewah ayat...Target nak sampai lcct sebelum pukul 10 pagi.Singgah solat subuh dekat RnR Sungai Buluh.punyalah ramai kaum wanita berbaju biru kat dalam tandas kawasan rehat tu,rupanya mereka semua dari Kangar nak ke Kuala Lumpur.ada kena mengena ngan pilihanraya yang akan menjelang tak lama lagi nih...


Seperti dijangka pukul 8 pagi 4/4/2013 kami dah sampai depan lcct Sepang.Alhamdulillah tak tersesat dan tak tersangkut dalam kesesakan jalan raya.kawan kawan yang lain belum sampai lagi.Ada yang datang dari Pulau Pinang,Nilai,Trangganu dan ada sorang dari KL..mereka semuanya gang sekolah menengah dahulu..


kak zu dan zuraida sarapan pagi kat kantin lcct dulu...

bila semua dah sampai.kitaorang pun check in.sempat bergambar lagi ..ada sorang tu ntah apa mimpinya pergi vietnam pakai baju kurung..ada orang usik dia nak pergi makan kenduri ker..hehe

gambar dah di edit..gambar atas kat lcct sepang dan gambar bawah setelah sampai ke lapangan terbang Ho Chi Minh City..malu malu kak zu nak habaq, ni lah pertama kali kak zu naik kapal terbang..huhu ..dah tua baru nak merasa...

dah jejak kaki kat vietnam..ni tunggu kwan masuk tandas kat tepi tu..masa ni kat luar tu punya lah ramai minah vietnam dok tunggu "supa junia"..


setelah bersesak sesak dengan peminat super junior akhirnya rombongan kami di bawak oleh pemandu pelancong makan di kedai Aaron Aziz ni..sebenarnya restoren ni milik rakyat singapore..bukan AA pelakon tu yer..hehe


dalam pukul 4ptg camtu rombongan kami di bawa ke hotel penginapan.bilik tak seluas mana.kat tempat abang megat berdiri tulah tempat kami solat..


hotel yang bertulisan biru tulah tempat kami menginap.Dekat sangat dengan pasar malam Ben Thanh Market yang wajip dikunjungi bila kita ke ho chi minh ni.bawah hotel tu kedai pakaian.perggghhh rambang mata sekejap...

okeylah kak zu stop sini dulu sebab nak iron baju sekolah anis dan dekna..esok sambung cerita lagi ya..

* tak sempat nak melawat blog kengkawan semua.semalam separuh hari kat hospital meneman emak kat klinik mata..hospita kerajaan semuanya ok..cuma letih menungguuuuuuuuuuuu...nnti kak zu terjah rumah korang yer..janji.(kait jari kelingking)

20 comments:

  1. tudiaa..cerita lah lagi...kami ni tak pernah p vetnam...

    ReplyDelete
  2. Seronok yer melawat bandar Ho Chi Min...sgt2 kagum :)

    ReplyDelete
  3. seronok.. seronok boleh jadi panduan nak gi bulan depanni.. rasa melayang dah badanni...

    ReplyDelete
  4. Gayat x ms akk naik flight tu? :-)♡♡

    ReplyDelete
  5. Zu,ayu apa yg brbaju kurung tu....
    Amboi, sorang je kumbang ye dlm group zu..

    ReplyDelete
  6. Kalau dah pasar malamnya dekat, bawah hotel ada kedai baju sah-sahlah Zu mesti memborong sakan..

    ReplyDelete
  7. macam seronok je kak zue...lisa belum pernah pergi vietnam... en suami ada ajak tapi lisa je yg x berani sangat ...hee..pikir macam2... tapi lepas dengar kawan2 citer n baca pengalaman kak zu ni macam best gak bercuti kat sana ye... :)

    ReplyDelete
  8. bestnya kak Zu.....yan pun belum pernah pergi lagi.....bila tengok pic nie....rasa nak pergi pula he heee....

    ReplyDelete
  9. wah...seronok nya Kak Zu..best lah dah jejak kaki ke Vietnam..kami ni dok tgk kt TV je..hehe..

    ReplyDelete
  10. mesti banyak shooping kat Vietnam

    ReplyDelete
  11. Tak payah nk malulah ZM...okje pernah pun sekali masa duk pi poli kuching ...itupun 2 minggu je kat sana haha

    ReplyDelete
  12. mesti seronok dapat bershopping kat sane kan..

    ReplyDelete
  13. bestnyaaaaaa..bila lah anis pulak nak sampai sana..

    ReplyDelete
  14. Mesti shopping sakan.... tambah ada abang Megat aka abang banker..

    Makchaq pun merasa naik kapai terbang sebab kerja.. mula2 ok.. lepas tu ada pengalaman tak best.. langsung tak suka....

    ReplyDelete
  15. samalah kita menunggu day 2..3..n 4.menarik

    ReplyDelete
  16. Seronoknya berjalan tempat org...Salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  17. meliar mata nisah tgk gambar2 ni..
    cantik2 belaka..
    makanan pun mcm sedap2 je hehe

    ReplyDelete
  18. kak zu saye pun xpernah naik flight tau,muehehehe,,
    syoknye

    ReplyDelete