kawan kawan Kak Zu

Saturday, January 28, 2012

tiramisu

sebenar nya dah seminggu gambar ni.buat benda alah ni waktu kakak balik bercuti CNY hari tu..rupa tak berapa cantik tapi rasa marveles beb..si megat angah yang tolong ambik gambar ni..layan gambaq jerlah no..

tiramisu kek.meh kita tengok cara2 nak buat dia.senang kacang jer..



250gm krim cheese + 250 gm whipping krim + setengah cawan gula halus , putar sampai kembang.nak banyak double kan jer bahan2 nyer



kek span.beli yang dah siap kat kedai kek.yang ni perasa kopi.nak apa2 perasa pun boleh.kita yang buat dia hehe


dah potong bentuk ikut suka.boleh lah susun dlm bekas yang kita suka.pastu renjis2 kan sikit kek tu dengan bancuhan nescafe (1 sudu besar nescafe bancuh dgn 1 cawan air panas)


 masukkan krim cheese yang diputar tadi.rata kan yer puan puan


taburkan serbuk coklat van houten.aku guna penapis kopi.dah habis ni ulang balik kaedah yang sama sampai penuh bekas tu. dia punya susunan ..kek, krim cheese, serbuk coklat ,kek balik, krim cheese dan serbuk coklat.pastu simpan petiais berapa jam.makan masa sejuk...yummmyyyy...



 
 yang ni aku buat dalam bekas kaca pulak.maklumlah anak ramai kena buat 2 bekas.itu pun tak cukup.pak megat tak minat cheese..silakan tengok gambar dari jauh jer yer...hehe


aku campur serbuk milo dan serbuk coklat skit yang ni..not bad...abaikan yang comot2 bekas tu yer



sedap woh..bila tengok gambar ni rasa nak buat lagi sekali lah..menitik2 dah eliur ni..wawawa



SELAMAT MENCUBA BAGI YANG INGIN MENCUBA..

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete