kawan kawan Kak Zu

Sunday, February 5, 2012

angah dan mrsm


Assalamualaikum..dah lama tak update blog.aku sedikit sibuk kebelakangan ini.sibuk dgn urusan angah nak masuk MRSM.angah dapar mrsm balik pulau.alhamdullilah...jadi sebelum hari pendftaran pda 8/2/12 ni  kena uruskan segala persiapan nyer.mula mula sekali yang kena uruskan adalah penyerahan buku teks dan memaklumkan kepada sekolah lama yang megat izzuddin bin megt shahriman akan bertukar ke mrsm.

Dah selesai urusan kat sekolah lama bawak dia buat medical check up pulak.sebelum tu pergi pejabat MARA daerah utk bayr duit pendaftaran.kena bayar RM333.dapatkan resit pembayaran.nanti kat mrsm tak payah beratur panjang2 semata mata nak buat benda yang sepatut nyer boleh buat kat rumah.berbalik pada cerita buat pemeriksaan kesihatan tadi.mula mula ingatkan nak buat kat hospital kerajaan jer.tapi bila teringat klinik yang biasa pergi tu boleh buat so decide buat kat klinik swasta sahaja.lagipun ING insuran boleh kaver semua nyer.alhamdulillah dah jimat masa juga.cuma bila nak buat Xray kena bwk angah pergi Colombia Asia Hospital.kat situ jadi penat skit.ulang alik 2 kali sebab org ramai.

dari urusan beli baju dah barang barang kelengkapan asrama aku buat sorang sorsng jer sebab pak megat masih berada kat laut.cuma dia tolong isi borang yng banyak tu.aku suruh angah hntr semua borang2 ni kat email apak dia.bab isi mengisi ni aku paling malas sekali.nnati kat mrsm ada lagi benda yang nak kena beli seperti cadar dan sarung bantal,baju batik,tie,kain sampin dan juga buku2..duit???? jangan tanya ler berapa..laju macm air keluar nyer.aku redho walaupun ada barang yang aku nak tak dapat beli demi memberi laluan utk anak nak belajar...

No comments:

Post a Comment