kawan kawan Kak Zu

Sunday, January 22, 2012

Kenangan Mengusik Jiwa 10

semasa mengandungkan kakak
15 tahun dahulu
kitaorang laki bini naik motor sahaja
kemana mana sahaja
pernah sekali sampai ke penang
naik motor
bila balik kampung
dari batu kurau ke air kuning
kampung pak megat
mesti akan lalu tepi kilang buat roti
bau roti harum semerbak
pak megat selalu akan berhenti
tepi jalan sebelah kilang roti tu
berhenti lebih kurang sepuluh minit
bagi isteri dia ni hidu
bau roti puas...
sambil lah mulut dok kata "sedap nyer bau roti"
sabar jer pak megat layan
kerenah bini dia yg tengah mengandung tu
dah puas2 ambik bau roti
sambung balik naik motor
balik rumah mak mentua
sekarang ni kilang roti tu
dah pun berpindah ke tempat lain
dan motor tu pun dah bagi kat adik ipar
kena jual dah pun motor tu...


rindu abang sangat sangat
walaupun isteri abang ni
kadang2 suka sentap
tapi sedikit pun tak mengurangkan
cinta kasih dan sayang pada abang...












No comments:

Post a Comment