kawan kawan Kak Zu

Wednesday, June 1, 2011

Sepanjang Jalan Ke Teluk Intan

Semalam saya dan En Suami ke Teluk Intan utk menjemput abah mentua yang berada kat rumah atok  en suami.Bangga tau sebb suami saya masih lagi ada atok.Jadi anak2 saya masih lagi ada moyang .Umur atok tu dah 88 tahun.Kalau nak dikirakan salasilah keluarga kami sekarang ni ada 4 generasi. Atok , Abah mentua , Suami saya dan Anak2 saya.Baru-baru atok masuk hospital.Jadi abah mentua saya pun balik lah ke Teluk Intan pada hari Jumaat tu.Adik ipar saya yang tolong hntrkan.Jadi ni giliran suami saya pulak utk menjemput abah balik ke Taiping.

kami ke Teluk Intan tanpa kakak anak sulung saya dan juga Angah.Kakak tak mau ikut sbb baru sampai dri hostel.Nak rest kaw2 kata nyer (tido ler tu).tak per lah klu dia takmau ikut pun,sbb boleh temankan Si Angah.Angah tak boleh ikut sbb ada program gerak gempur UPSR kat sekolah.Jadi hanya Dekna dah Anis saja yang ikut ibu ngan ayah.

Kalau ikut perancangan nak bertolak awal  sbb nak balik semula ke Taiping sebelum malam.Tapi janji melayu kan...biasalah...Sebelum pergi kena siapkan breakfast dan lunch utk kakak dan angah dulu.En Suami pulak pagi tu baru nak basuh kereta.dan siap masak semua pukul 10.30 pagi baru dapat gerak.

 Ok .sekarang mari kita tengok pulak ada yang ada sepanjang perjalanan kami ke Teluk Intan.Klau nak di ikutkan dah berkali2 sepanjang tahun kami lalu jalan ni.

 mula2 singgah kat pekan Changkat Jering sbb nak beli ikan Loma pekasam.Atok suka ngan ikan tu.tapi nasib tak baik ikan pekasam loma dah habis so saya beli ikan talapia jer lah.


 kemudian ke kedai ni pulak.Beli roti utk Dekna dan Anis.Budak2 ni pantang menyinggah,mesti nak itu ini. Nasib baik diaorang mintak nak roti..kalau nak gula2 mesti ibu menyinga...hehehe



 Kalau nak ke Teluk Intan kami selalu ikut jalan "belakang".Ikut Trong-> Pantai Remis->Sungai Kerang->Sitiawan->Manjung dan seterusnya Teluk Intan.yang leceh nyer jalan ni banyak lori.Bab ikut belakang lori camni perkara biasa ler kalau nak ke sana.


 "Bajatan", "Bajatan"..jerit Anis masa dia umur 4 tahun.Semua orang dlam kereta ketawa.Sekarang ni bila lalu jambatan ni mesti kami akan sebut "bajatan".kenangan betul.Saya dah lupa ler apa nama jambatan ni.Jambatan ni bentuk melengkung bagi membolehkan kapal besar lalu bawah dia.


Gambar ni saya snap masa kat tengah2 jambatan.sebelah sana tu pelabuhan lumut.Kerangka pelantar minyak pun dia orang buat kat sini tau.



 singgah beli mempelah kat sitiawan ni mmg perkara wajib.malas nak fikir nak cari benda lain dah nak bawak sebagai buah tangan.Asal ke Teluk Intan mesti bawak mempelam..asal beli mempelam jer mesti ke Teluk Intan ler tu...hehe

Banyak lagi gambar saya nak upload tapi entah kenapa internet malam ni tersangkut sangkut pulak.So saya bercerita tanpa gambar jerlah yer.Lepas beli mempelam tu kami tak singgah mana2 dah terus ke rumah atok.kat rumah atok ada maksu dan 3 orang cicit atok yang datang sbb sekarang ni sekolah sedang bercuti.Atok masih lagi kurang sihat.biasalah klu dah berumur 88 thun.Kami tak lama pun kat situ.lebih kurang pukul 3 ptg dah bertolak balik tepeng.sampai Sungai Kerang singgah beli ikan fresh.segar2 baru naik dari laut.saya beli 4 jenis ikan dan sotong.hambik ko leha RM56.tapi takper kata fresh kan..

Berhenti singgah makan kat Changkat Jering sebelum hntr abah balik.nanti mak tanya makan ke belum.kan haru kantoi ngan mak mentua.kena ler tunjuk kebaikan kami laki bini kan,so bagi abah makan kenyang2 dulu baru hntar balik..hehehe

kami sampai rumah pukul 7 mlm.letih penat,belengas,busuk semua bercampur baur.tpi enjoy gak bila dpt blk melawat atok.ok tu jer lah cerita saya..bye bye..

No comments:

Post a Comment