Assalamualaikum dan selamat pagi yer puan puan semua..hari ni kita main masak masak lagi.Dah lama saya teringin nak buat puding ni.tapi selalu tak berkesempatan.Jadi bila ada tetamu dtg kerumah membawa kek span sebagai buah tangan dan xder sesiapa pun yng nak makan kek tu,saya terus jer buat puding ni.Dari membazir berkulat kek tu baik saya buat PUDING TRIFFLE..bagi yang nak mencuba buat ni silakan.resepi ni saya amik dari blog org lain.sory ..saya dah tak ingat blog sapa..hehehe
Bahan Layer A : swiss roll (saya guna kek span kaler hijau).potong dan susun dlm mangkuk kaca yg boleh nmpak susunan triffle
Bahan Layer B:Castard
1 tin susu sejat
1/2 tin tambahkan air fruit cocktail dlm tin
4 sudu besar tepung kastard
3 sudu gula pasir
1 sudu esen vanila
cara memasak kastard:campur semua bahan dlm periuk dan kacau dulu bgi tepung larut kemudian nyaalakan api dapur smpai kuah castard menjadi pekat dan berkilat.Terus tutup api dan kacau perlahan lahan bila suam skit baru tuang keatas swiss roll yg dah di susun.kuah kastard mesti di kacau semasa proses memasak.klu tak kacau nnti kuah akn berketul2.
Bahan C: 1 tin fruit cocktail
tos air nyer.Air nyer blh di siram di atas swiss roll dan separuh lagi di masak bersama sos castard
Bahan D:Crystal Jelly (cap nona).bancuh ikut arahan pada pembungkus
cara nak susun atur triffle ini,
1) potong kek swiss roll sederhana tebal ,susun kek dlm mgkuk yg sesuai.pastikan semua permukaan mangkuk di tutp dgn kek.siram seperuh air fruit cocktail tadi atas kek
2)tuang sos castard tdi perlahan2 smpai tutup lapisan kek tadi.biar smpai sos castard sejuk
3)ambil semua fruit cocktail yang di tos tadi dan susun atas sos castard
4)Bancuh jelly (ikut arahan pd kotak) dan tuang secara perlahan.
5)biar jelly sejuk dan mengeras sikit dan boleh masukkan dlm peti sejuk.bila keras dah boleh makan. klu suka
boleh mkn ngan whipping cream
lapisan triffle:paling bawah adalah kek,sos castard,susun fruit cocktail dan jelly crystal.
selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment