kawan kawan Kak Zu

Thursday, June 16, 2011

kesian mak...

hari selasa yang lalu telefon rumah saya berbunyi pagi pagi lagi
rupa nyer mak yang telefon dari kampung
suara mak bunyi lemah jer
mak bagitau dia demam sebab ditumbuhi bisul
mak bagitau tangan tak boleh angkat sbb bisul naik kat bawah ketiak
dan mak kata terlampau sakit

mak saya jenis tak suka nak layan penyakit
klu setakat demam urat tu kacang nyer bagi mak
pernah sekali bila saya balik kampung
saya nampak ada bekas parut kat kaki mak
saya tanya kenapa
mak jawab jatuh kat belakang rumah sebab tersepak akar
saya cakap kenapa tak telefon bagitau
jawapan nyer mudah sahaja takmau susah kan anak2..
itulah mak saya, selagi terdaya semua nak buat sendiri

jadi bila pagi pagi lagi mak dah telefon bgtau dia demam
dlm hati saya cakap"mak mmg betul2 tak berdaya"
terus saya balik kampung amik mak datang duduk dgn saya
dekat jiran2 dia dah cakap nak dtg 2 3 hari saja duduk rumah saya
itulah mak saya ..sayang nak tinggal rumah dia kenangan ngan arwah bapak

hari ni dah masuk 3 malam mak kat rumah saya
bisul mak dah makin "masak" dan dah mula kuar nanah
2 malam lepas saya bagi dia ubat tahan sakit yg paling kuat
dapatlah dia tido tanpa rasa sakit
nak pergi hospital masih berbelah bagi lagi
mak..mak..takut sangat

pagi tadi saya bawak mak pergi klinik biasa dulu
doktor cakap tak boleh buat sbb klinik dia tak cukup alatan
klau setakat bisul biasa senang jer kata doktor tu
cuma toreh kat tempat bermata tu jer
ni bisul "peracut"jenis mata keliling
saya kira ada dekat 10 mata
masa kat klinik tu dah pukul 10am
jadi mmg tak sempat ler klu nak terus ke spital
tau2 jerlah ..kat tempat perdaftaran jer dekat 1 jam
belum bab tunggu giliran nak jumpa doktor lagi
nnti kul 12 pm nak kena amik anis kat sekolah pulak
telefon adik saya nak suruh dia tolong bwk kan
haram tak di angkat nyer telefon




nak return call lagilah tidak..takper
diaorang laki bini tu xmo syurga kot
biarkan..diarang pun ada anak2 jugk
diarang pun akan tua jgk suatu hari nnti
saya cakap ngan mak kena pergi pagi besok
lepas hntr anis ke tadika kita terus pergi
sambil tu saya singgah kedai herba cina
beli bunga rumput

org kata elok utk bisul
balik tempek kat bisul tu
petang tadi saya tgk banyak nanah kuar
mungkin mujarat kot bunga rumput tu
bengkak bisul mak makin surut
macam mana pun nak kena pergi spital jgk
sbb mak ada kencing manis
takut merebak kat tempat lain pulak
harap2 mak tak takut utk ke hospital esok..

bisul kat bawah ketiak mak dah mula kuar nanah pekat

2 comments:

  1. kak...mak seorang boleh besarkan ramai anak, tapi anak2..belum tentu boleh jaga seorang emak kan kak..mohon pada Allah moga intan dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan untuk berbakti pada mak dan abah...dari kecil sampai la ke tua ni masih bergantung dgn mak..masih mengharapkan bantuan emak..hanya allah yang mampu membalas jasa2 mak-mak kita kan kan..

    ReplyDelete
  2. intan..kasih ibu pada anak2 mmg tak bertepi tapi kasih anak2 pada ibu....???? hai entahlah..dlm setandang pisang mesti ada yang busuk sebiji dua kan...

    ReplyDelete