Main mak-mak dlm bilik air
Anak-anak saya
Liana (dekna) 8 tahun
Anis 6 tahun
Kalau mandi mesti lebih dari 1 jam
Terutama dekat nak waktu magrib
kalau diarang berdua ni masuk bilik air dulu
Alamat nyer orang lain kena guna bilik air belakang
Selalunyer bebudak dua orng ni suka berlakon dlm bilik air
Watak macam2..tpi watak sentiasa berubah setiap lima minit
Hari ni saya perasan diorang main mak-mak dlm bilik air saya tu
"awak suka masak sup tak"
"suker..awak ada resepi bagilah saya"
"alah senang jer tengok kat blog saya"
"oh...awak minat masak yer"
"yer lah... habis awak ingat saya suka main tarik tali"
Antara dialog budak berdua ni yg sempat saya dengar
Saya dah lali dgn perangai main air mereka ni
dulu suka main2 buih sabun
Sebulan berbotol2 sabun saya kena beli
Pastu telinga saya dgr lagi
"dekna tinggi lagi"
"Anis la paling tinggi"
Dah puas main air baru keluar
Siap pakai baju,sikat rambut,berbedak sakan
Bersedia utk mengaji Quran
Tiba2 saya nmpak dua org budak ni berbisik bisik
"Nak cerita kat ibu ker taknak"
"Jangan ler cerita nnti ibu marah"
Ibu dah tak sabar nak tahu
"Aper korang buat dlm bilik air tadi haaa"
Ibu dah mula bersuara
"tadi kami main lambung2 spender"
"Anis punyer spender tersangkut kat tingkap"
Bilik air ni jenis bersiling tinggi
Tingkap pun tinggi jgk ler
Tak sudah Si Abang jgk yg kena keluar cari besi penyapu sawang
Jolok seluar dalam adik yg tersangkut kat atas sana nun...
No comments:
Post a Comment