kawan kawan Kak Zu

Sunday, February 20, 2011

Belimbing Buluh






Semalam jiran depan rumah bagi buah ni.Banyak sngat.Itu pun setengah nyer saya dah bagi kat jiran belakang rumah pulak.Panjangkan sedekah jiran depan tu kan.Masih tak berkesempatan nak masak apa.Semalam ingat nak buat masak lemak ngan udang tapi alamak santan pulak lupa beli.Hari ni pulak saya tak masak sbb keluar rumah awal.Amik kakak kat hostel bwk dia pergi beli kasut kat The Store.Alang2 tu terus makan kat luar jer.


Teringat dulu dulu masa awal2 mengandung.Buah ni lah yg saya cari dan teringin.Makan cicah ngan garam.Aiseyyyy dah pecah liur bila teringat balik time tu.Emaklah yg jadi mangsa kena cari buah ni kat rumah org kampung.Sekali mak amik sekerat plastik.Tahan ler 2 ke 3 hari.Tak makn nasi pun xper dah.Asyik ler dok cicah buah ni ngan garam jer.Bila balik umah mak mentua merengek kat pak mentua pulak soh cari buat ni.Dapat jgk tpi yg warna kuning.Uissshhh sedap jgk tau.Bila kandungan dah masuk 4 bulan xmo dah benda masam2 ni.Nak yg manis2 pulak.Kenagan sungguh masa peknen ni kan....

No comments:

Post a Comment