kawan kawan Kak Zu

Thursday, February 3, 2011

Acara makan -makan

Semalam lepas habis kelas mengaji quran ada pulak acara makan-makan.Member mengaji taklah ramai,adalah dlm 7 org.Kitaorang pakat bawak makanan sendiri,bila dah campur2 jadilah berjenis-jenis makanan kat atas meja.Saya bwk Kuih Cara Berlauk dan Cara Manis.Ada yg bwak mee goreng,cucur kacang,cucur udang,bingka ubi dan macam-macam lagi.Memang meriah dgn makanan lah


Rupanyer smlam juga hari jadi guru mengaji kami.Guru kami yg bertudung pink tu.Dia tak cakap awal-awal,klu tak boleh beli kek sebijik kan.Guru ngaji kami nih nama nyer Mak Cik Zah.Dia siap masak nasi beriani,ayam masak merah dan air asam lagi.Tapi dia tak jamu kat situ.dia ta pau utk kami sorang sebunjut.Sampai umah tak sempat saya nak merasa anak2 dah makan dulu.takperlah rezeki anak2.

Inilah kawan-kawan saya yg sama2 mengaji quran kat umah Mak Cik Zah.Yang bertudung hitam tu Ina,bertudung coklat tu pulak Kak Shima dan tertudung biru Kak Fuziah.Kami ni baru jer naik quran.2 bulan sebelum ni baca muqadam dulu.Betulkan tajwid.Muqadam lagi penting sbb kita selalu gunakan ayat2 lazim tu  dlm solat.

Saya bergaya disamping kak fuziah berlatarkan kuih bahulu milik Mak Cik Zah.Bisnesswomen Mak Cik Zah ni jgn tak tau.sempat lagi ngajar kami mengaji tau.Moga2 Mak Cik Zah diberikan kesihatan yg baik.Selamat hari lahir Mak cik.

No comments:

Post a Comment