Baru jer bercuti panjang utk aidilfitri baru baru ni,negara kita bercuti lagi sempena HARI KEMERDEKAAN negara kita MALAYSIA.megat izzuddin aka angah nak balik rumah lagi.tapi kali ni dia balik menaiki bas.dia balik dengan kawan dia budak Shah Alam.Angah kata wajib balik.Kesian kawan dia tu nak balik S Alam jauh ndak ndak pulak baru jer balik beraya baru ni.
Selalu nya kata Angah kawan dia tu akan balik kerumah makcik dia kat Penang jgk ler klu ada cuti pendek camni.Tapi kali ni makcik kawan dia tu takder kat rumah.takper lah angah bawak lah balik kawan kawan, ibu tak kisah pun.apa yang ada kita makan sama sama.setelah 3 hari kat rumah semalam (ahad) ibu dah hantar mereka balik ke MRSM Balik Pulau
Semalam jgk kak zu dan mak/pak mentua pergi berjumpa dengan Atok dan Pak Tam Mr Fred(pak megat ler tu) kat ADTEC Taiping.Mereka ada kursus haji perdana peringkat negeri perak.kira nya semua bakal jemaah haji dari negeri perak berkumpul kat situ.ramai nya orang dengan berkopiah putih dan berjubah terasa macam dah berada di tanah suci Mekah dah.Atok pak megat nmpak begitu sihat dan bersemangat sekali.berseri seri muka nak jadi tetamu Allah.
Melihatkan suasana macam tu membuatkan Kak Zu pun tak sabar nak menjejakkan kaki kesana.kalau diikutkan tahun masa mendaftar kat Tabung Haji dulu tahun giliran Kak Zu dan pak megat ialah pada tahun 2048 huhuhu...jauh lah lagi.bongkok 3 dah masa tu.
Hari ni baru kak zu berkesempatan berpuasa ganti.seminggu pas raya baru ni ingat nak mulakan terus puasa ganti dan sambung puasa 6 terus tapi time tu jgk kak zu uzur.jadi rasa nya tak sempat dah nak buat puasa 6.takper lah yang penting puasa qado wajib di dahulukan sebab kita berhutang puasa dengan Allah,puasa 6 tu hanya sunat sahaja.
Oh ya nak cerita jgk..pak megat ada kat kuantan minggu nih.dia berkursus 5 hari kat sana.kak zu rasa sunyilah bila dia tak ada ni.lebih lebih lagi Syawal masih ada lagi ni.tak seronoklah pergi open house sorang sorang.jeles tgk org lain datang berkapel kapel ngan pasangan masing masing.anak anak kak zu bukan nyer nak ikut kalau kak zu kemana mana sekarang ni.kakak tak balik cuti ni sebab dia kena tumpukan pada PMR yg tak berapa lama lagi ni.
No comments:
Post a Comment