semalam (jumaat) kak zu balik kampung.sebab hari ni ada majlis kenduri kawin (sabtu).rumah sepupu mak nab (mak kak zu).jadi pengantin lelaki tu dua pupu dengan kak zu.lebih kurang pukul 7 malam baru bertolak balik.dekat jer rumah kak zu dengan rumah mak.lebih kurang 20 minit berkereta.bila pak megat takder kat rumah ni semua kerja kak zu kena selesaikan sendiri.sebelum balik kena angkat baju yang dah kering dan sidai kain baju yang masih berbaki dlam mesin.masukkan makanan lebihan tengahari dalam tupperware.sampah mintak tolong dekna yang buangkan.nasib dekna ndak aje.budak tu kadang kadang takmau tolong kalau kena bab sampah ni,busuk kata nya.bila dah selesai semua barulah kami tiga beranak bertolak balik kampung.
dekat nak sampai simpang jalan nak masuk ke kampung,kak zu jumpa satu kemalangan jalan raya.kalau tengok dari rupa motosikal yang terlibat tu memang teruklah kecederaan yang mangsa kemalangan akan alami. kak zu berkata kata sendirian dalam hati.bila sampai kat rumah mak kak zu bagitau mangsa kemalangan tu jiran sekampung kami juga.rumah tak jauh pun dari rumah mak.anak gadis baru berumur 15 tahun.Y Allah sama umur dengan kakak anak kak zu.sedih nya.mesti mak ayah nya tersangat sedih.kawan yang sama sama menunggang motosikal tu pun cedera parah dan dimasukkan ke dalam ICU.hari ni kak zu dapat tahu kawan nya juga meninggal dunia.
Dan hari ni sebelum kak zu dan mak pergi ke rumah kenduri ,kami pergi menziarahi jenazah dahulu.Ramai nya kawan kawan sekolah dia yang datang.yang mengelilingi jenazah dia pun ramai.pendek kata penuh ruang dalam rumah tu dengan kawan kawan sekolah arwah sahaja.kak zu pun masuk jugak utk beri penghormatan yang terakhir.dari cerita cerita yang kak zu dengar kecederaan nya teruk sekali.biji mata arwah terkeluar,otak nya juga berkecai.masyaAllah kesian nya.
Air mata kak zu tak dapat ditahan tahan asyik mengalir sahaja.semasa menaip entry ni pun rasa sebak tu datang lagi.kak zu amat teringatkan anak gadis kak zu yang sama sebaya dengan arwah.15 tahun dahulu semasa kak zu berpantangkan kakak yasmin emak arwah pun sedang sarat mengandungkan arwah.emak arwah datang melawat kak zu.seminggu lepas tu arwah pulak dilahirkan.seronoknya kami masing masing mendapat cahaya mata yang pertama.dua tahun selepas itu kami juga sama sama melahirkan anak yang kedua pula.tetapi jodoh ibubapa arwah tak panjang.arwah dan adik nya dijaga oleh nenek mereka sementara ibu nya keluar bekerja.tak lama selepas itu ibu arwah bertemu jodoh buat kali kedua dan arwah terus tinggal bersama nenek nya sampai lah maut menjemput.
Peristiwa ini membuatkan kak zu amat amat merindui kakak anak sulung kak zu yang tinggal di asrama.betapa tak puas nya kak zu menjaga dan mendidik dia secara langsung di rumah.kak zu selalu beranggapan yang kak zu tak sempat memberikan kasih sayang yang sempurna utk kakak.apa apa perkara yang melibatkan kakak selalu membuatkan kak zu berasa sedih.pernah jugak berapa kali kak zu pujuk kakak supaya tinggal sahaja di rumah dan bertukar sekolah. berulang dengan bas dan kak zu dapat tengok kakak setiap hari.(sekolah yang sekarang tak ada bas dan agak jauh dari rumah).tetapi kakak tetap sukakan sekolah yang sekarang dan selesa dgn kawan kawan yang sedia ada.besar harapan kak zu semoga kakak akan lembut hati untuk bertukar sekolah tahun hadapan.dapatlah kakak tinggal bersama ibu dan adik adik nnti.insyaAllah.
No comments:
Post a Comment