kawan kawan Kak Zu

Saturday, July 7, 2012

balik pulau ke padang kota

Dua minggu lepas kak zu dan keluarga ke balik pulau jemput angah balik kerumah.Disebabkan ada temasya sukan tahunan maka hari isnin tu adalah cuti peristiwa.dapat angah melepak kat rumah 2 malam.suka nya dia dapat makan masakan ibu.bertolak dari rumah pukul 12.30 tghari selepas anis balik dari kelas bistari solat.




 ni gambar kat atas jambatan pulau pinang.masa ni jerubu tersangatlah teruk nya.dah pun sampai separuh jambatan tapi sebelah pulau memang tak nampak bangunan langsung.disebabkan oleh kemarau yang panjang lebih kurang 2 minggu tak hujan.





tak sampai berapa saat lepas amik gambar yang pertama tadi tiba tiba jer hujan turun rintik rintik..alhamdullillah akhirnya hujan juga setelah panas terik hampir 2 minggu.sejuk sikit bumi Allah ni.terima kasih Ya Alllah.





 dari rintik rintik terus berubah jadi lebat.









 ni dah sampai jalan balik pulau yang berbukit bukit tu.sekarang ni musim durian.sepanjang panjang perjalanan ada jer orang jual durian kat tepi tepi jalan.kebanyakan nya adalah peniaga cina.cuma ada satu sahaja orang melayu yang jual buah durian ni dekat simpang nak masuk ke jalan pondok upeh.ada juga pembeli yg beli dan terus makan saja kat dlm gerai tu..









 nampak tak buah durian bergantungan kat pokok yang tinggi tu.sepanjang jalan tu kami semua asyiklah dok tarik nafas dalam dalam sebab menyedut bau wangi durian tu..hehehe









 tanah bukit berbatu batu.dah berpuluh tahun kak zu tak tengok suasana macam ni.zaman kanak kanak dulu bila musim durian kat batu kurau selalulah ikut arwah bapak panjak bukit durian yang dia pajak.(alfatihah utk arwah bapak).kadang kadang ada anak sungai kat atas bukit tu.dapatlah mandi sakan.terasa rasa lagi kesegaran dan kesejukan air sungai itu..oh indah ya kenangan.








 selepas ambik angah kak zu ajak pak megat terus pergi padang kota.hajat dihati nak makan pasembor.sisebabkan mood pak megat baik terus saja kami ke sana.sekali ini kami ikut jalan yang lalu depan gelugor tu. 20 tahun dahulu mmg kak zu pnggil jalan gelugor.sekarang ni tak pasti pulak nama jalan tu.ada sekali dulu masa bawak mak mentua dan abah mentua kami lalu ikut jalan paya terubung punyalah jauh si GPS tu bawak kami.




sotong kangkung.kak zu tak jadi nak makan pasembor kerana tiba tiba perut kak zu masuk angin.ni semua gara gara terlalu lama tunggu angah kat hostel tadi.kak zu hangin jgk lah bila tanya angah kenapa dia lmbat turun padahal nama dia dah lama di panggil,rupanya dia bantai tido.dah tahu ibu ayah nak datang jemput readylah awal awal.ini tak masa bangun tido tulah nak kemas barang2 yang nak bawak balik.




anis dan liana dan angah order nasi ayam.kak zu order sotong kangkung dan pak megat pulak nak makan nasi paprik.yang kelakar nya nasi paprik pak megat guna nasi ayam yang kekuningan tu.ayam pulak guna ayam utk nasi ayam tu jgk,cuma tumis bawang letak sayur kacang panjang sikit.pak megat meradang sebab tak masuk tekak dia.air pulak kami order campur2.ada air kelapa,fresh orange.teh ais dan coconut milk shake pun ada.coconut milk shake tu tak lalu ditekak kak zu.kami rasa macam tak nak makan kat sini dah lenkali kali.peminta sedekah punyalah ramai.tempat makan pun seolah2 tak berjaga.kadang2 kadang nmpak tikus lari sana sini.


sebelum balik tu kak zu amik jgk gambar gambar kat sekitar tempat tu.



anis dan liana layan ayaq nyoq.



kapal apa ni pun kak zu tak tahu.tak berapa jelas sebab jerubu.








tanjung tokong pun tak berapa nampak jgk.





pak megat dan anak anak.kakak tak de sebab tak ikut.




pengayuh beca.kalau diberi sepuluh ringgit pun kak zu tak akan naik beca ni.kasihan dan tak sampai hati nak duduk sedap sedap sedangkan sipengayuh tu berpeluh peluh...




anis dan ayah...

No comments:

Post a Comment