kawan kawan Kak Zu

Tuesday, July 24, 2012

iftar 2012

Alo lo lo lo..semua orang dok tayang menu berbuka puasa.kak zu pun tak mau ketinggalkan nak tayang menu kak zu jgk.walaupun pun masak simple simple sahaja tetap rasa bangga.hari pertama puasa dapat berkumpul anak beranak.pak megat ada,kakak dan angah pun balik dari asrama...wah meriah meja makan rumah kak zu.

meh ler layan gambar makanan.ini gambar makanan hari pertama berbuka puasa kat rumah. 


nasi tomato


kurma daging dengan kentang


ayam goreng berempah


jelantah.kakak yasmin bikin ini.sedap!


air asam kerisek


spegeti untuk kakak dan angah.depa dua orang suka sangat benda alah ni..


kuih muih dan agar agar ni beli kat PARAM.anis punya pilihan


murtabak ni pun beli kat PARAM jgk.kak zu  merasa pun.pak megat kata rasa nya kureeeenggg...



dua jenis air.jagung dan bandung.jagung beli kat PARAM.bandung buah sendiri kat rumah.lebihan susu cair masak nasi tomato.tu pasal rupa dia lain sikit sbb guna susu cair.


kakak yasmin punya pinggan.


okey menu hari ke dua ialah asam pedas ikan pari.tapi kak zu tak amik gambar sbb kelam kabut dan hntar kakak balik hostel.pastu terus balik berbuka puasa rumah mak mentua kak zu (mak pak megat)


ini pulak menu hari ketiga.kami balik berbuka rumah mak kak zu pulak.bwk angah jumpa opah sbb opah dah rindu kat budak montel tuh.


rendang pedas ayam dan sayur bayam tumis air ngan ikan bilis


puding caremel yang agak menjadi.sebelum ni buat tak berpa menjadi.


hari ni (hari ke 4) kami berbuka di Quens bay mall pulau pinang sebab hantar angah balik MRSM.angah mc 2 hari sbb tak sihat (pening kepala).kami makan dekat The Chicken Rice Shop.gambar tak ada sbb kemera tak bawak.hehe

sekian laporan bergambar perihal menu berbuka puasa bagi tahun 2021 ni.sekian terima kasih.









No comments:

Post a Comment