kawan kawan Kak Zu

Wednesday, July 25, 2012

Kenangan Mengusik Jiwa 11

Masa kak zu umur 27 tahun dan telah pun beranak dua.kak zu teringin nak belajar buat baju.jadi kak zu pun carilah kelas jahitan.cari punya cari akhir nya berjumpa.kat kelas tu ada lebih kurang 10 pelajar.kebanyakan nya dah berumur pertengahan.salah seorang pelajar tu nama nya kak nor.berpenampilan menarik.semua anak anak dia dan besar besar belaka.yang sulung hingga no 4 belajar kat universiti.no empat sekolah menengah dan yang bongsu sekolah rendah.

Kak zu suka tengok cara kak nor bercakap,amat lemah lembut .Apabila bercakap  mesti diiringi dengan senyuman.Pada pandangan mata kak zu dia amat menarik sekali.Kak Zu juga berazam untuk jadi seperti dia.Penuh dengan sifat kewanitaan. Kak Zu ni kadang bercakap agak kasar dan kelam kabut.."aku nak ubah cara bercakap" itulah janji yang kak zu sematkan dalam hati...hehehe

Malam tu Pak Megat call dari laut

kringg ..kringg ..kringg telefon rumah berbunyi
(masa tu tak pakai henfon lagi)

kak zu mmg dah agak mesti dia yang telefon

kak zu pun angkat gagang dan cakap hello dengan suara yang paling lembut sekali

pastu siap panggil "abang" dengan suara yang juga lemah lembut

(bajet isteri mithali + solehah lagi hehe)

tiba tiba jer Pak Megat tanya "kamu demam ker Yang" suara lemah jer

cisss potong betullah Pak megat ni

terus hilang suara yang lemah lembut diganti dengan ketawa terkekeh kekeh

itulah kali pertama dan terakhir kak zu cuba nak ubah cara bercakap

biarlah kak zu jadi diri sendiri takyah nak berpura pura jadi orang lain..

nampak nya Pak Megat selesa jer dengan keadaan semulajadi bini dia nih...

2 comments:

  1. kah kah kah...samalah kita kak zue, tak de istilah abang.....sayang...meleret2...kalau nak panggil tu tegas aje bunyinya... pernah sekali shamsul cakap mama ni kalau bercakap tak payah la romantik2 lanjut2... kah kah kah..

    ReplyDelete
  2. kalau dapat suami yg jenis nak bini cakap mendayu dayu tu parah jgk ...kan intan..hehe

    ReplyDelete