kawan kawan Kak Zu

Sunday, July 15, 2012

Rendang Ayam Idaman Kalbu



Akhir nya...rendang ayam idaman kalbu berjaya juga dimasak.Alkisah nya minggu lepas semasa kat rumah mengaji kak zu telah diberitahu oleh seorang makcik yang uzur bahawa dia telah memasak rendang ayam dan gulai lemak ikan tenggiri.tiba tiba kak zu rasa amat teringin sekali utk makan rendang ayam buatan sendiri.lagi satu kak zu juga rasa amat malu dgn diri sendiri dan juga dengan mak cik yang uzur dan tua itu kerana selama dua minggu  ketiadaan pak megat dirumah kak zu lebih banyak membeli lauk yang siap dimasak sahaja.sedangkan makcik yang tua dan uzur itu lebih senang memasak sendiri walaupun keupayaan nya yang terbatas.mak cik itu diserang strok.sebelah tangan nya tidak berdaya utk bergerak.mak cik tu juga memandu sendiri utk ke kelas mengaji.




Kebetulan juga hari ini kakak ada balik kerumah.jadi kak zu amik keputusan utk masak rendang ayam.bila rendang ayam sedang menggelak di atas dapur, anak anak kak zu tak sabar sabar untuk menikmati hidangan tengahari.masing masing datang ke dapur untuk melihat apakah yang kak zu sedang masak kerana aromanya amat menyelerakan sekali.kak zu pun tak sabar utk menikmati hasil masakan sendiri kerana rendang yang kak zu beli rasa nya amatlah mengecewakan.manis dan cair! mmg tak menepati selera kak zu langsung.


kak zu jugak berharap esok dan hari hari seterusnya kak zu akan rajin memasak lagi hahaha...insyaAllah..

No comments:

Post a Comment