kawan kawan Kak Zu

Wednesday, February 20, 2013

surat untuk sahabat



surat dari puteri anis untuk sahabat 1..setem love biru

untuk sahabat 2..setem love hitam...


surat dari Putri Anis untuk sahabat baik dia.walaupun hari hari jumpa kat sekolah tetap nak bersurat bagai lagi.tetiba kak zu pun teringatkan zaman sekolah dulu....

Tuesday, February 19, 2013

Dah Sihat Dan Berjumpa Nuri

Alhamdulillah kesihatan kak zu beransur sihat.terima kasih banyak banyak pada yang mendoakan kak zu.sayang korang ketat ketat.Bila sakit ni baru kita dapat menilai kasih sayang insan insan di sekeliling kita.Syukur masih punya suami yang menyayangi dan mengambil berat.Suami kak zu susah payah cari asam boi untuk kak zu tau.hahahaha.walaupun kena tuduh selongkar cari borang kebenaran poligami.

Yang tak bestnya anak kak zu puteri anis pulak kena demam panas sama macam yang ibu kena.bila demam datang sejuk sampai menggigil gigil satu badan.malam tadi kak zu terjaga dari tidor bila terasa katil sedikit bergegar.rupanya Anis kesejukan.Setengah jam selepas diselimutkan baru bahang panas keluar dari badannya.Bila dibawak ke klinik pagi tadi doktor cakap memang terlampau panas sampaikan jantungnya berdegup laju.dapat cuti sakit dua hari...

dikesempatan ini juga kak zu nak ucapkan terima kasih dan berkongsi rasa gembira kerana blogger Nuri mamasaranur kerana sudi berkunjung kerumah kak zu.cantik manis kecil molek orang nya.kalau dia berdiri sebelah kak zu cuma separas bahu kak zu sahaja.tapi sayang pertemuan kami tak lama kerana Nuri dalam perjalanan ke rumah kakak dia dan seterusnya nak balik ke KL.kak zu cuma sempat masak yang simple sahaja kerana kesihatan yang tak berapa baik.ok nuri lepas ni dah tau rumah boleh datang lagi yer..kak zu masak mee rebus pulak..insya Allah...


dua beradik ni takmau makan nasi..
gambar ni kak zu cilok dari blog Nuri..jgn mrh yer....
 puteri bongsu dia ni comel dan pandai mulut...gerammmm...



*Separuh dari entry ni kak zu taip malam tadi .Bila Anis terjaga dan mula tunjuk merata rata kak zu terus stop menaip.anak anak kak zu klu demam jer mulalah cakap ada batu nak hempap kepala...ada benda dekat pintu..ada spiderman hujung kaki.mula mula dulu kak zu rasa takut skrg rasa syok pulak siap tya nmpak apa lagi..hehehe terukkan ibu mcm ni.

notakaki*wlupun dah umur 40 tahun kak zu menangis bila ngadu kat mak yang kak zu demam...bila emak rasa panas kat dahi lagi laju air mata ni tau...hehe

Saturday, February 16, 2013

demam on off

Demam kak zu on off.kadang kadang tu dah berpeluh sejam kemudian sejuk sampai mengigil gigil dan perlukan sampai 2 helai selimut .Semalam dah pergi klinik  ubat pun dah tinggal separuh.Abang megat cuti sampai esok.mintak mintak esok dah ok lah demam kak zu ni.selera makan memang out lah sebab mulut terasa pahit dan payau.minta maaflah pada kawan kawan sebab kak zu tak berdaya nak melawat rumah kawan kawan yer..insyaAllah bila sihat nnti kak zu datang melwat yer..



Friday, February 15, 2013

demam

kak zu demam.last demam masa tahun 2006 yg lalu.lama kan.demam ni dtg dengan pakej sakit kepala dan sakit sendi sekali.

Tuesday, February 12, 2013

selongkar



selongkar apa tuh bang??? takyah cari ler..tak akan jumpa punya borang kebenaran poligami dalam bag tuh...hahaha




*kak zu nak buat entry lain..tetapi bila keliling rumah berdentum dentam bunyi mercun, mood nak menaip panjang panjang terus lari...

Monday, February 11, 2013

lauk untuk anak kat rumah

Cuti panjang nih kak zu banyak dapat jemputan kenduri.Kenduri kawin ada ,kenduri bertunang pun ada.Yang menjadi masalah sekarang ni bila semua anak anak kak zu tak mau ikut pergi kenduri sekali.Semuanya dah tak berminat nak ikut.Walaupun dipujuk berkali kali tetap jgk takmau ikut.


Jadi kak zu tetap kena memasak jugak sebelum pergi kenduri .Penat memang penat.kalau ikutkan bila dah letih kat dapur kak zu rasa malas dah nak pergi kenduri tapi tak baguslah macam tu kan.Memenuhi jemputan    orang juga dapat pahala disamping mengeratkan ukhwah.


Selalunya kak zu masak yang simple2 sahaja utk anak anak yang takmau ikut nih...


ayam goreng paling senang


ayam kicap berempah

sayur kobis.kak zu letak lada hitam sikit..

sambal tumis sotong kembang 



Masuk hari ketiga cuti ni kak zu pun dh penat makan nasi kenduri.Jadi hari ni kak zu buat keputusan tak mau pergi kenduri dan nak duduk bersantai kat rumah saja,lagipun rumah kenduri tu jauh skit kalau nak pergi.

Sunday, February 10, 2013

makcik takut mercun



Semalam dan hari ni kawasan taman perumahan kak zu ni riuh rendah dengan bunyi mercun sempena sambutan tahun baru cina.biasalah...apa apa jenis sambutan perayaan mesti tak boleh dipisahkan dengan mercun.


Makcik Merah kucing kesayangan keluarga kak zu ni sangatlah takut dengan bunyi mercun.Masa Kak zu ambil gambar ni dia sangat ketakutan.Sebelum ni dia bersantai santai kat luar.Bila dengar bunyi mercun yang berdentum dentum macam bunyi peluru mesingan tu kelam kabut lari tak cukup tanah masuk menyorok bawah meja.Dah habis bunyi baru dia berani keluar dari situ.


Kesian makcik nih..panggil makcik sebab dia dah tua.dah umur 6 tahun.kucing kalau umur 6 tahun dah masuk ketegori warna emas dah kan?...



* ini ialah entry boring di petang hri raya cina..