kawan kawan Kak Zu

Friday, June 21, 2013

Nasi Arab di Ipoh

Assalamualaikum

Al kisahnya beberapa bulan yang lalu kak zu baru perasan yang buku ac Amanah Saham Bumiputra kak zu tak der dalam simpanan.Dah geledah semua tempat namun tak ketemu juga.Setelah di tanya pada kerani di pejabat pos barulah kak zu tahu yang tempat untuk mebuat buku baru ialah di PNB Ipoh atau pun seberang prai yang paling dekat..

Allah mentakdirkan yang abang Megat juga kena buat ujian telinga dekat Pakar Perubatan Ipoh atau KPJ Ipoh. Ujian telinga sangat penting bagi orang yang bekerja di pelantar minyak.Jadi hari ni kami suami isteri pun pergilah ke Ipoh untuk menyelesaikan urusan masing masing.temujanji abang megat dengan KPJ Ipoh ialah pada pukul 2 petang.Jadi lebih kurang pukul 1030 pagi kami pun bertolaklah dari rumah menuju ke destinasi..

Urusan kak zu di PNB tidaklah lama cuma yang lamanya ialah berpusing pusing mencari parking.3 kali pusing kawasan yang sama baru ada rezki.Kak zu kena bayar RM20 untuk buat buku baru.Duit simpanan tak banyak mana pun tapi bila buku ASB tu hilang kak zu jadi runsing sebab tak boleh  masuk kan duit utk menambahkan simpanan.sikit sikit lama lama jadi bukit tau..

Dah selesai urusan di PNB kak zu dan abang megat pun mencarilah tempat untuk lunch.Kak zu dah terbayang nak makan nasi arab.Setelah bertanya kepada seorang kawan yang bekerja di kawasan Ipoh maka kak zu dan abang megat pun terus ke lokasi yang diberitahu.Alhamdulillah senang saja mencari kawasan tu..Nama restoren tu ialah MALIKA SABA yang terletak di belakang bangunan MBI (Majlis Bandaraya Ipoh)



chicken mandy utk abang megat dan lamb mandy untuk kak zu.Abang Megat baru balik ke rumah hari selasa hari tu.Muka penat belum habis lagi...hehe


gaya harus ada.poyo jer kan kak zu ni.Nasi dia sangat banyak.kak zu dan abang megat makan tak habis.belum sampai hidangan sampingan yang lain kak zu dah bedal dulu nasi tu.dah pukul 130 ptg kelaparan mmg tak leh ditahan tahan lagi.Nasi dia mmg sangat sedap..


Kak zu pernah makan nasi arab kat Cyberjaya tahun lepas iaitu di Restoren Saba.Rasa lebih kurang sama jer.kat Taiping belum ada lagi restoren makanan arab ni.bila nak ada wallahualam taktau..disebabkan makan dengan banyak nya disiang hari maka kak zu kenyang sampai ke malam..dasat sungguh penangan nasi arab ni..

kak zu dan abang megat makan

-sepinggan chicken mandy
-sepinggan lamb mandy
-semangkuk mushroom soup
-teh o ais limau dan segelas fresh orange

semuanya RM50

dah selesai makan terus ke KPJ.semuanya ok dengan telinga abang megat.masih boleh mendengar kata hehe..kiranya tahap bebelan kak zu tak berapa teruk lah..kalau bebelan kak zu teruk sangat mesti doktor bagitau ada kesan nanah atau gegendang telinga pecah..kak zu boleh teruskan aktiviti bebelan seperti biasa...hahaha..(terpulang kalau ada sesiapa nak percaya.)

kami bertolak balik ke taiping pukul 5 ptg setelah berpusing pusing dalam Green Town Mall tanpa membeli apa apa kerana gaji belum terima lagi..Rasa nya kalau hari gaji mau lepas maqrib baru bertolak balik ke Taiping...

itu sajalah cerita hari khamis kak zu...

16 comments:

  1. Penuh pinggan nasi dia, mmg puas hati la, murah pulak tu. Hahaha lawak la Kakzu, bebel manja tak kan bernanah nyer...kan.

    ReplyDelete
  2. Boleh tahan juga tu. Nanti balik ipoh boleh pegi sana juga la.

    ReplyDelete
  3. Kita suka makan nasi arab ni kak zu. dia tak cepat muak walaupun berempah. and ayam dia tu memang best. desert dia tak ada dlm gambar, coz desert dia pun i suka...

    ReplyDelete
  4. zu, saya pernah makan dekat area hotel sri kinta kat ipoh tu. suka makan kat situ, cuma jauh je lah tak leh mengulang pergi, huhu.. yang ni tak pernah le pulak..

    ReplyDelete
  5. aah la byk..len kali beli satu je kita syer kan.moga cpt sembuh

    ReplyDelete
  6. ahhaha...bebel2 manja bah tu Kak.. bila kak zu membebel abg Megat dengar macam dengar lagu je tu..haha..
    sedap nasi arab tu..tak pernah makan lagi Kak zu..sini tak dok! :(

    ReplyDelete
  7. uiiii sodap nyerrrrr da lama x mkn nasi arab ni..

    ReplyDelete
  8. assalam kak zu
    nasi arab, asben sy suka lah he hee sy kurang sikit

    ReplyDelete
  9. Assalam..salam kenal..

    Nasi arab memang favourite saya...ada yg dah improvise, siap bagi sambal lagi..ikut selera Melayu..

    ReplyDelete
  10. banyaknye nasi dia kak zu..kalo sy mau share 2 orang ni..

    ReplyDelete
  11. banyak nasinya kak Zu..kenyang makan nasi arab ni..harga pun kira murah juga kan..

    ReplyDelete
  12. Kak Zai memang suka makan nasi arab terutamanya kat restoren Saba yang kat Cyberjaya tu.

    ReplyDelete
  13. kak Zu, nasi tu sedap kan.. tapi nisah belum rase lagi yg kat restoran kak zu makan tu. balik raye ni bolelah rase ye.. hehee

    ReplyDelete
  14. kalau banyak tu nasinyer , 2 jenis pulak dengan soup nyer dan air oklah tu rm50..

    ReplyDelete
  15. lama tak makan nasi Arab tu ZM..... teringinlah pulak hehe...Asal org makan je teringin ...macamana gayanya tu ZM hehe

    ReplyDelete
  16. PC suke lamb mandy klu g kedai nasi arab ni...kat terengganu ade satu kedai femes name Al-edrus...best jugak

    ReplyDelete