Assalamualaikum dan salam Jumaat
Kira kira 18 tahun yang lalu sewaktu kak zu sedang bekerja di sebuah bangunan pejabat dan gudang di daerah Petaling Jaya Selangor ,abang kandung kak zu yang juga bekerja di bangunan yang sama menyuruh kak zu menelefon emak di kampung.bila tanya kenapa dia cakap "taktau ..cakap dengan emak sendiri..."
Bila tiba waktu rehat kak zu pun ambil kesempatan guna telefon opis untuk telefon emak dikampung.Masa tu mana ada handfone macam skrg ni..lagipun masa tahun 90 an telefon tangan adalah sesuatu yang dianggap mewah.kalu gaji ciput empat lima ratus tak usah mimpi ler nak pakai henfon..
Bila dapat bercakap dengan emak barulah tahu bahawa kak zu telah dipinang orang...masa tu memang kak zu tengah 'kekosongan'..takder sesorang yang dipanggil kekasih atau 'pakwe'..mula mula tu terkejut juga tapi pandai control dengan buat buat gelak sambil bertanya kepada emak siapakah gerangannya..emak kak zu pun tak kenal juga orang yang nak meminang kak zu itu..
Kak zu serahkan sahaja segala keputusan ditangan emak.baik pada pandangan emak dan keluarga baiklah pada kak zu juga.kak zu kata pada emak asalkan tidak cacat seperti buta dan kudung serta sedap mata memandang ' mak terimalah'...( buta dan kudung pun klu Allah dah kata itu jodoh kak zu,tak boleh nak elak jugakkan)..MasyaAllah jahil nya kak zu masa muda remaja dulu..
Tapi emak tetap berkeras suruh kak zu balik kekampung dan berjumpa bertentang mata dengan orang yang merisik tu bagi puas hati..emak takmau dah bertunang nanti baru perasan ada yang tak kena dengan lelaki itu...emak kata perkara kahwin bukannya boleh dibuat main main..suka amik tak suka tinggal..kata emak lagi,biar kak zu tengok lelaki tu dan lelaki tu pun tengok kak zu jugak.baru adil..Rupernya dipihak lelaki pun sama juga..nak tengok sang gadis dulu baru nak buat keputusan ,suka atau pun tidak..(kak zu namakan jejaka itu "M" okey..hehe)
Jadinya pada hari Jumaat malam ,kak zu pun pergilah ke Pudu Raya utk pulang ke kampung.Tiket terakhir pada pukul 12 tengahmalam.Bayangkan dari pukul 6ptg dah tercongok kat situ.punyalah lama menunggu..
Pukul 5 pagi baru sampai Taiping.Bas paling awal utk balik ke Batu Kurau kampung kak zu tu pada pukul 7 pagi.Melangut lagilah kat stesyen bas subuh subuh buta tu.nasib ada kawan yang satu bas dari KL utk balik ke Bagan Serai.jadi taklah takut sangat menunggu sorang sorang dalam kesejukan pagi tu..
Sampai kat kampung apa apa hal qado tido dulu.emak sibuk dengan perancangan nak masak untuk rombongan merisik yang nak datang petang nnti.pagi tu jgk baru kak zu tahu ,rancangan mencari jodoh ni hasil usahasama makcik kak zu dan mak cik jejaka M.Dalam hati kak zu berkata kata "mesti jejaka M ni dah berumor , mengorat pompuan lain tak sangkut sangkut tu yg suruh emak yang carikan "...
Emak kata dengar dengar cerita jejaka M ni kerja kat tengah laut. Hati kak zu berbisik lagi "mesti hitam ni..habislah klu dapat anak mesti macam anak keling"..wakaka..baru nak datang merisik dah berangan sampai ke dapat anak..punyalah gatai..hehe
Petang seperti dijanjikan rombongan merisik pun sampai..kak zu pakai baju kurung bercorak kekuningan.rambut keringting setakat bahu dibiarkan lepas dan disepet berbunga di belakang.bermekap nipis ala kadar sahaja.(wlupun dah tahu dari awal jejaka M ni nak cari yang bertudung..saja tunjuk degil tak mau tutup kepala jgk hehe)
Seperti adegan merisik tahun 70an dan 80an dulu dulu..kak zu di suruh oleh emak saudara angkat dulung minuman ke depan dimana jejaka M berada.dengan malu malu kak zu pun berjalan lah kedepan angkat minuman dan hidangkan..masa sibuk dok atur cawan nilah jejaka M ambil kesempatan tengok/tenung /renung muka kak zu..(sekarang bila tanya jejaka M, berkenan kat mana masa tenung tu..dia jawap kat hidung yang mancung macam anak mami tu)..hehe
bila kak zu berpatah balik ke dapur..kak zu kena marah dgn emak saudara sebab kak zu berjalan laju dan langkah kak zu panjang katanya...huhu..dah semulajadi berjalan cepat.pastu kena paksa kedepan lagi hantar kuih muih pulak.dapatlah sekali lagi jejaka M menikmati wajah kak zu yang hitam manis pandang tak jemu ni ~eceh~...
Masa hidang minuman dan kuih tu kak zu pun ambil kesempatan kerling dengan ekor mata si jejaka M ni..aduhhhh hensem nya...kulitnya putih bersih dan tak nampak macam dah berumur pun.mulalah jantung kak zu pun dup dap dup dap..CINTA PANDANG PERTAMAKAH INI ???...mulalah terasa kekurangan diri..maukah jejaka M ni padaku yang berkulit gelap ni...takper kak zu akan tunggu keputusannya dengan jantung bergetar...hehe
Dah selesai semuanya..kak zu pun baliklah ke PJ utk meneruskan kerja seperti biasa...keputusan jadi ker tak acara atur jodoh ni adalah dalam masa dua tiga hari lagi..sambil buat kerja tu hati tak senang memikirkan keputusan dari pihak jejaka M ni..dalam hati berdoa moga moga jejaka M ni pun berkenan kan kak zu juga wlupun kulit kak zu gelap sikit dari dia..(skrg bila tanya ..dia kata "dulu tak perasan kulit gelap sekarang baru perasan..cissss hampehhh)..
Hari ketiga selepas balik dari kampung kak zu telefon emak dikampung (kes tak sabar punya pasal)..Alhamdulillah jejaka M pun berkenankan gadis Z jgk (kak zu ler tu)..hehe...rasa nak peluk cium tiang telefon depan opis tu bila dengar keputusan ni.kak zu dah tak guna telefon opis sebab takut kakak penyambut tetamu tu dengar perbualan antara kak zu dan emak.malulah weeee..
Rata rata gadis dan teruna pada masa tu berkahwin dengan pilihan sendiri.Jadi bila diorang dengar kak zu nak bertunang dengan jejaka pilihan keluarga mereka semua berasa cuak.ada yang tak percaya dan geleng kepala.gadis selincah kak zu pilih lelaki yang tak dikenali untuk dijadikan suami..tapi kak zu percaya seratus peratus pada pilihan keluarga...
Kak zu dan jejaka M bertunang hampir 7 bulan sebelum di ijabkabulkan.selama tempoh bertunang adalah 3 kali kami berjumpa itupun dirumah kak zu sambil ditemani adik lelakinya dan juga sepupu sepapatnya...ada suatu ketika dia datang ke stesyen bas sewaktu kak zu nak balik ke PJ.kami tak pernah keluar berdua duaan
Akhirnya pada tanggal 7/6/1996 pada petang hari Jumaat kami disatukan dalam ikatan suami isteri. keesokan harinya 8/6 kenduri di sebelah kak zu dan disambut meriah di rumah jejaka M pada 9/6/96..
Selepas itu bermulalah kehidupan kami sebagai suami isteri.masa ni lah baru nak mengenali hati budi suami yang tak pernah diketahui sebelum ni.kami bekerja keras utk memahami antara satu sama lain..maklumlah dua orang asing yang tak pernah bercinta sebelum ni akan berkongsi kehidupan bersama..Alhamdullilah semuanya menjadi mudah bila kita meletakan tujuan kita berkahwin adalah kerana Allah ditempat yang teratas..ibu mertua juga banyak membantu..oh ya !..dua minggu sebelum majlis berlangsung kak zu berhenti kerja kerana jejaka M takmau ikut kak zu menetap di Selangor. okey kita bina kehidupan baru di Perak..
Bergaduh ,merajuk dan berselisih faham tu semuanya asam garam dalam kehidupan berumahtangga..Gembira ,sedih ,bahagia dan berduka tu menambahkan warna warni dan rasa dalam kehidupan kami setakat 17 tahun ni..Doa dan harapan kak zu terhadap Abang Megat (jejaka M) semoga dia terus istiqomah dalam mendidik kak zu dan anak anak dlam kehidupan yang diredhoi Allah selalu..
Buat Abang Megat yang zu sayangi dan cintai dari dulu hingga kini..zu bukanlah isteri yang terbaik tetapi setiap hari zu selalu memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik dan sempurna..terima kasih kerana menerima diri ini seadanya. semoga cinta kita hingga ke syurga..
kak zu teringin nak tunjukkan gambar kahwin tetapi tak boleh sebab masa bersanding kak zu tak bertudung..
*terima kasih pada kawan kawan yang ucapkan selamat pada harilahir kak zu dan juga puteri Yasmin..
Salam kakzu...
ReplyDeleteHeheh..seronok baca cerita kak zu nie..mmg sweet gitu..selamat ulangtahun..moga kekal sampai disorga..:)
Salam Kak Zu..
ReplyDeletemengimbas cerita lama adalah cerita yang indah untuk didengar dan dibaca (^_~). tersenyum simpul nisah bacanya.. ketika ayat akak kata idung akak mancung. (terus nisah scroll mouse naik ke atas, nak tgk hidung) miahahhaa (buruk perangai kan)..
ALhamdulillah, jodoh yang Allah berikan dgn menggunakan perantaraan keluarga adalah yang terbaik..
doa dan harapan nisah, agar kehidupan kak Zu dan suami serta anak, akan bahagian sehingga ke Syurga.. (^_~)
salam kak zu...seronok saya baca cerita kak zu ni, moga ikatan perkahwinan kak zu dan abg megat berkekalan hingga ke syurga
ReplyDeleteAlhamdulillah 17 tahun melayari bahtera rumahtangga. Dari permulaan terpikat hidung yg mancung kini bahagia sudah memiliki sihidung mancung hitam manis.. Selamat ulangtahun perkahwinan buat Zu dan En. Megat dari kakak.
ReplyDeletehehehehehe cite kak zu hampir sm dgn cite mak cik sy..
ReplyDeletebtw selamat ulangtahun ke 17
Selamat ulangtahun perkahwinan Kakzu, may Allah bless u and sweet sweet family. Senyum2 simpul saya lak yg malu2 kucen baca kisah ni hihihih.
ReplyDeletehappy 17th anniversary zu..saya lagi otai ni. zu kena panggil saya kak anim nampaknya..heee
ReplyDeleteSelamat pengantin baru lagi untuk kak zue dan abang megat..insyaallah terasa hangatnya kasih sayang tu sampai ke syurga...semoga berbahagia kak... banyak yang nak kena belajar dgn kak zue.. :)
ReplyDeleteuish. dah 17 tahun kak. tahniah. selamat menyambut ulangtahun perkahwinan kak.
ReplyDeleteWah...sweetnyaaaaa. Saya sukaa sangat. Semoga cinta akak dan hubby kekal selamanya. Amiin
ReplyDeleteAmin... Untuk doa Zu, makchaq pun doakan jodoh Zu kekal hingga ke syurga..
ReplyDeleteSelamat hari ulang tahun perkahwinan untuk Zu & suami, dan selamat hari jadi untuk Zu dan Yasmin.. Sorry tertinggai keretapi...
alhamdulillah dah 17 thn ye...semoga bhagia forever.
ReplyDeleteassalam kak zu
ReplyDeletewahhh he heee bercinta selepas kawin lg bahagia kan, selamat ulangtahun ye kzu
alhamdulillah
majlis kawin kzu sama dgn kakak sy,june 1996, kakak kawin pun sama cam kzu org pinang pastu mak suka dan terima he hee alhamdulillah 17 thn bahagia
biasa la kan asam garam rumah tangga ni kena sabar dan tolak ansur ye tak
jodoh ketentuannya
june 1996 tu sy jg kat KL baru mula kerja he hee teringat naik bas blk kg masa tu bas ke bt kurau ada skrg susah tak ada bas lg
Alhamdulillah..tahniah zu.seronok baca kisah zu.acik dulu pun tak sempat bercinta.bukan juga dicarikankan jodoh.tapi suami acik dengan beraninya jumpa kakak dan bincang pasal nak masuk meminang tak baeritahu acik dulu..ada ke patut..he he
ReplyDeleteSelamat ulang tahun perkahwenan semoga terus berkekalan dan bahagia selamanya
salam....
ReplyDelete:)
ehem....ehem....
wah..menariknya kisah kak zu,..ni kalau buat filem ke novel laku nih..hehe...cinta pandang pertama tuu..tahniah kak zu moga aman damai till jannah...
ReplyDeletekak zu,minta no tepon nak minta tip keluarga bahagia..ehe..
Sampai ralit Okje baca ceritera Cinta ZM... hehe
ReplyDeleteHaruslah terpikat ...dahlah come hidung pulak mancung bak seludang... mmg mcm anak mami...
Anak2 mesti mancungkan hidung dia ZM!!
Tempek le gambo dulu ZM Okje teringin nak tengok...
hEpy anniversary KAK ZU + ABG M!! hihi..Sama bulan la kite kak.. Org pun bln 6 gak.. Tp xde ms lg nk siapkan n3 pasal ni.. heheh..
ReplyDeletesronok baca cerpen tu :)
Pilihan kuaga pn bahgia gak, kan? Alhamdulillah..
salam kak zu...suka saya baca entri ni...semoga kak zu n si M(cewah) bahagia selamanya...biasala kan dlm perkahwinan bergaduh perkara biasa,...asam garam kehidupan..tgk dua gambar tu..nampak akak n en Megat tu sweet couple je...tahniah kakzu..da 17 tahun yee
ReplyDeletealhamdulillah.. semoga kak Zue dipanjangkan jodoh, dimurahkan rezeki & berada dalam lindungNya sentiasa.. :)
ReplyDeletesalam kenal.. :)
gelak2 saya membacanyer... teringat adengan angkat2 airtu.. kelakarnyer.. ingat kisah kakak yang menumpang duk rumah saya dulu.. ada sepupu mak datang nak meminang kakaktu.. emak lak konon takder rumah ... kita lak yang jenuh suruh kakaktu buatkan air bagai... dia kata awatnyer zila tak buat sendiri maluler sebab bukan kenalpun.. ooo takper kita nak beli kuih sat ... nanti kita balik.. konon nak suruh kenal punya pasal.. kelakar ingatkan.. kakaktu ngan sepupu maktu dah kawen anak dah 10 kalau tak silap...
ReplyDeleteSweet aje baca cerita kak zu ni coz sekarang ni arrange marraige ni dah agak jarang..masing-masing ada pilihan sendiri waktu belajaralah, kerjalah..tapi alhamdulillah dah 17 tahun ya...berkat pilihan keluarga ni..
ReplyDeleteAlhamdulillah dh 17 thn ye Kak Zu....
ReplyDeletemoga kekal hingga ke syurga.. seronok baca kisah Kak Zu ni.. jodoh yg berkat..Alhamdulillah...
pweett sweet je tgk picture Akak & abg Megat tu:)
Seronoknya baca
ReplyDelete