kawan kawan Kak Zu

Wednesday, May 8, 2013

bilik Angah dah cantik

Alhamdulilah..baru baru ni rezki Abang Megat agak murah jugak.Berkat bekerja keras bersungguh sungguh.Jadi dapatlah kak zu memenuhi hajat dihati nak beli perabut baru untuk bilik Angah.Kak zu pernah ceritakan keinginan kak zu tu di SINI

Sekarang barulah cantik sikit bilik anak teruna kak zu tu.dia dah pun rasmi tidor atas katil baru tu masa balik bercuti baru baru ni..

set bilik tidor warna putih..

katil ni bersaiz 3 1/2 kaki.besar sedikit dari katil single tetapi kecik sedikit dari saiz queen.saja beli saiz ni supaya ada banyak ruang kosong untuk solat lebih selesa.

almari sliding 2 pintu.cukuplah ,baju seluar dia bukan banyak sangat pun.tv kecik tu utk dia main PS2.kotak hijau tu bekas serbaguna isi baju baju lama yang dah tak muat.belakang almari tu ada besi menyidai tuala.abang megat tak nak bukak jadi biarkan saja kat belakang almari tu..bye bye besi ,dok belakang tu dendiam tau..


pandangan dri luar bilik.langsir dan cadar pakai yang lama jer.disebabkan katil ni special saiz jadi mmg susah nak cari cadar baru.kena beli kain dan jahit sendiri.kak zu bercadang nak beli kain warna biru untuk langsir dan cadar tu..biru muda ,bukan biru BN tu tau ,nanti lagi gelap bilik ni lagi sedap angah tido sampai habis subuh...hehe

bilik angah ni berkongsi bilik air dengan bilik kak zu.kotak biru tu berisi barang pertukangan Abang Megat.tak tau nak letak kat mana ,tumpang bilik angah sekejap.camnilah rumah teres.ruang tak banyak...

walaupun bukan perabut mewah harga ribu riban tetapi kak zu bangga jgk dapat sediakan untuk keselesaan anak.yang nak kena tambah dalam bilik ni hanyalah rak penyidai tuala dan sejadah.meja study dan juga frame gambar...yang itu nanti nantilah....

*suatu ketika dahulu semasa anak anak masih kecil kak zu jahit set cadar,selimut dan isi kekabu buat bantal sendiri .tak terfikir pun nak beli yang dah  siap .pernah sekali ada orang tempah lagi...kenapa sekarang kak zu begitu malas nak buat semua itu..

29 comments:

  1. nonono..kzu..jgn malas..haaiipp...negatip tu..caiyok2!! kzu boleh...!!

    ReplyDelete
  2. sama la kak zu.. nani pun gitu.. janji anak2 selesa.. dapat study dan environment baik utk belajar kan.. tak kesah ribu riban ke.. ratus ke.. janji selesa kan..

    ReplyDelete
  3. acik pun macam tu..rumah teres tak de stor..kotak2 plastik tu la acik isi dan susun..lama2 dah berkotak2 pulak

    ReplyDelete
  4. selesa sgtlah anak teruna tu tidur..tempat ruang utk bersolat juga besar..alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. wah sama selera dgn sy la...putih gitewwww

    ReplyDelete
  6. Saya teringin juga nak sediakan bilik untuk anak bujang saya macam nie Kak Zu. Tapi, kami pun jarang sangat ada di rumah. Nantilah bila dah menetap di Melaka. Katil super single, sesuailah untuk anak bujang. Cuma tilam dan cadar kadang2 macam limited sikit.

    Tercapai hajat Kak Zu nak sediakan set warna putih yer...

    ReplyDelete
  7. Cantik...nampak kemas dan simple..

    ReplyDelete
  8. Kemasnya bilik anak bujang kak zu..cantik..okla tu kak zu..

    Psstt..hubby lisa suka sgt tau tdo ngn bntal n tilam kekabu..susah nk dpt skrg..aritu MIL lisa jahitkn bntal kekabu..rajin2 la kak zu..inshaallah bleh buat duit lg nnti..hee..

    ReplyDelete
  9. okey...lepas ni kene kemas sendiri tilam dan bilik yer..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulllah syukur tu. Ada setengah anak orang tu, bilik kat rumah flat, berkongsi ramai dengan adik beradik lain.

    ReplyDelete
  11. memang kemas la..hehe.. saya selesa kalau bilik kemas..kalau bersepah mmg hangin

    ReplyDelete
  12. bestnye kak zu..mesti hepi sakan kan dorang..xpe janji selesa

    ReplyDelete
  13. Begitulah Zu, sebagai ibu kita mesti nak bagi yg terbaik buat anak-anak kita.

    Kakak sampai sekarang lebih prefer buat bantal sendiri tau. Tak pernah beli lagi.

    ReplyDelete
  14. seronok gak kalau dapat memenuhi hajat yang terpendamkan... tak kisah harga yang penting hati kita puaskan...

    ReplyDelete
  15. Cantik lah Kak Zu..nak tidur pun nyaman je nti..sejuk! :)
    ANgah mesti suka kan?...:)

    ReplyDelete
  16. assalam kak zu
    amboi cantikkk tp umah kak zu memang cantiklah
    kawasan pun ok
    mesti suka angah dah ada bilik katil sendiri

    ReplyDelete
  17. amboii.. sronok le angah yek.. x kisahlah murah or mahal harganya. yg pntg boleh guna, elok pulak tu :)

    kalo x silap, tu saiz super-single. dia bsr sket dpd single, kck dpd queen

    ReplyDelete
  18. mesti angah senyum sampai telinga...

    ReplyDelete
  19. wah dh comel dah bilik anak yew,,,,

    ReplyDelete
  20. comel aje bilik ni..mesti angah suka ni..

    ReplyDelete
  21. pandai kak zu hias..cantik dan kemas..

    ReplyDelete
  22. kemas bilik angah.. seronok la dia :)
    bagus la kak serba boleh. pndai jahit nanti boleh amik upah

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum. pertama kali datang sini..
    rasa terharu baca perenggan last tu.. pasal perabot mewah** rasa nk menitik air mata..

    insya allah anak-anak tak baca part mahal tu, tp dorang nampak kesungguhan dan keikhlasan ibu sediakan yang terbaik utk mereka. :)

    ReplyDelete
  24. Suka tengok bilik kemas...mcm bilik OKje ni banyak barang yg tak pakai tapi sayang nak buang camne tu ZM?

    ReplyDelete
  25. salam zue,
    wah.. mesti angah suka dan lena tidur dalam bilik sendiri..

    ReplyDelete
  26. cantik & kemas sgt

    ReplyDelete
  27. cantik2 kak zu!. yang penting nmpk kemas baru syok nak tido...;p

    ReplyDelete