kawan kawan Kak Zu

Tuesday, November 29, 2011

tido beramai ramai..

korang nmpak meriah tak tilam dlam bilik tido ni.nilah penangan cuti sekolah + pak megat kat laut.anak anak adalah super duper happy sbb boleh menyelit dalam bilik aku nih.masa aku amik gambar ni malam adalah masih awal lagi.anak2 dah ready parking tilam bantal siap2.pastu depa p tengok tivi dan layan game kat komputer.

ni semua anis humaira punya kerja.dia tidur atas katil ngan aku.selimut tu baru beli.tu yang beria ria bentang penuh 1 katil.dia ndak aku selimut ngan dia sekali.dia tak tahu ker yang ibu dia ni hanya boleh kongsi selimut ngan apak dia jer.ngan anak2 sory.tak besttt..hehehe




ni pulak tilam hak milik nurliana amira.selimut tu jgk baru beli.dia parking kat tepi katil sebelah almari baju.tu awal2 elok ler dia punyer sarung tilam.esok pagi aku tengok terlondeh habis sarung tilam tu.selimut tu pun dah lepas ke hujung kaki dan baju tido pun terselak sama. sampai nmpak spender.suruh pakai seluar panjang xmo tu lah padah nyer.nasib ibu bangun awal dari anak2 boleh tolong tutup balik spender yang terdedah tu.




yang hujung kaki aku ngan anis ni adalah tilam budak jantan demok tu.ntah kenapa asyik ndak tido sebilik ngan aku jer sejak cuti sekolah ni.mungkin dia ada nengok cerita seram kot.selimut yang kaler hijau kuning tu pun baru beli jgk.beli 3 sekali gus.cuma kakak saja tak beli selimut baru sbb kakak punyer masih baru lagi.almaklumlah balik sekali sekala,jadi lambat lah nmpak buruk nyer.aku relakan jer budak demok tu tumpang tido bilik aku sbb tahun depan dia kan nak duduk asrama. aku kasi can bagi dia bermanja puas puas ngan aku.al ala bucuk bucuk ibu tu...



Merah yang menyibuk sama.dia boring sebab anak2 dia semua kat dalam sangkar.jahat sangat padan muka kena kurung awal2 dlam sangkar.kalau lepas bebas  meragas merata rata.bukan setakat atas sofa bawah meja jer buat tempat bermain, atas tudung saji  aku pun diaorang bantai  berkejar kejaran jgk.



bila tanya kenapa semua nak tido bilik aku.pakat bagi alasan bilik ibu ada aircorn.padalah aku jarang pasang pun.dah sekarang ni musim hujan. nak terkancing gigi kalau on aircorn.dah tu pulak asyik lah nak berulang kencing.


sementara pak megat masih lagi kat laut ni boleh lah anak2 riang ria bergurau senda tido dalam bilik ibu yer.minggu depan 8 hb sila masuk bilik masing masing.sekian wassalam...hehehe

No comments:

Post a Comment