kawan kawan Kak Zu

Saturday, November 19, 2011

tahniah angah

angah menangis kerana terlalu gembira dengan keputusan  pepereksaan UPSR 5A


tak mampu nak cakap apa apa.hanya air mata yang mengalir kepipi.masa ni ibu pun menangis sama.
 
bila ibu halakan kemera hpone ,angah tundukan muka kebawah
hanya 22 org murid sahaja yang dapat keputusan 5A tahun ni.tahniah diucapkan kepada semua
masa ni nama nama murid yang mendapat 5A sedang di panggil.nama angah belum lagi.ibu tahu debaran didada angah sedang menggila kerana ibu juga merasakan nye.
tahniah anak ibu megat izzuddin.semoga kecemerlangan akan berterusan..
muka cuak ibu sebelum keputusan di umumkan.belum apaapa lagi ibu dah menangis.mata dan hidung dah merah2.


bila menaip entry ini air mata ibu dah bergenang.teringat semua kenangan pahit manis semasa mendorong angah supaya rajin belajar dan rajin menghadiri kelas tambahan.ibu benci bila mengingatkan ibu marah-marah bila angah takmau kekelas tambahan semasa diawal tahun.ibu juga seperti terbayang bayang kembali bagaimana angah mengayuh basikal dlm keadaan menangis utk ke rumah cikgu Eda utk menghadiri kelas matematik.terasa seperti tergiang giang lagi leteran ibu setiap kali angah tertidur dan terlambat masuk kelas waktu petang.

Semua penat lelah angah telah berbayar apabila keputusan diumumkan dan angah adalah salah seorang murid yang mendapat keputusan yang cemerlang.ibu berharap kecemerlangan itu akan berterusan dlm peperiksaan PMR dan SPM nnti.dan juga ibu berharap kecemerlangan didunia seiringan kecemerlangan akhirat juga.

2 comments:

  1. tahniah angah, tahniah buat kak zue dan suami..air mata intan merembes lebat baca entry ni..tumpang seronok kak...

    ReplyDelete
  2. tahniah....bergenang gak air mata baca nie...huhuhuuu

    ReplyDelete