kawan kawan Kak Zu

Monday, September 12, 2011

RAYA 2011

raya tahun ini kami sekeluarga beraya di rumah emak mentua saya.raya di mana2 pun sama sahaja.yang penting kita gembira dan dapat menghabiskan masa bersama sama.okeh kita layan gambar gambar sekitar hari raya baru2 ni.

mlm raya ..cam biasalah main bunga api..anis nak main tpi takut...

dekna begitewww bahgia dpt main mungee api..atok kat belakang tgk jer gelagat cucu cucu..

tokey bahan letupan..di dtgkan khas dari melaka..hehehe..inilah adik ipar dan biras saya.masih dlm mood pengantin baru..duduk jauh2 atas tuntutan kerja..sian kan...ehhh mcm ler saya ni tak duduk jauh2 ngan suami...huhuhu sian saya jgk..

bersama adik adik ipar dan beras saya ..eh silap biras....

mak yg terlebih suker...



gambar family saya..tema pepel yang bercampur aduk..segala jenis pepel pun ada tau..jgn jeles..


mak dan abah mentua..


anak ipar dan suami..serta anak bongbongsu kewwww...



esok lah sambung..lambat pulak internet mlm nih...letih nak nunggu siap upload sekeping..banyak lagi gambar nak tunjuk tau...

Friday, September 9, 2011

hari jadi dekna dan angah

7 dah 9 haribulan adalah jadi jadi anak anak saya

Puteri Nurliana Amira dan Megat Izzuddin

baru lepas raya jadi mood nak buat birthday party tu mmg kurenggg lah

tapi dekna terlebih cerdik

balik dari sekolah dia cakap dah jemput kawan2

dtag rumah petang nnti

ibu apa lagi kelam kabut kena pergi cari kek

nak goreng bihun bodo pun xder mood

cuma goreng nugget ayam jer

selebih nyer makan biskut raya.

sory jer anak2..ibu x der hati lagi nak berparty2 bagai nih

puas hati dekna dpt jemput kawan2 dia jgk..kek beli yg kecik jer..bajet sekali hadap jer tuh..mlas lah nak simpan yg lebih2 tuh.wat menyemak petiais jer.

yg rambut keringting tu Anis..suke2 jer kondem kek dekna kecik..dia tak ingat kek dia pun kecik jgk dulu..hehehe



ibu doakan semoga anak2 ibu membesar menjadi anak2 yang soleh dan juga anak2 yang solehah.yang menyejukkan hati ibu dgn baik kelaku.juga ibu mendoakan anak2 ibu akan cemerlang dlm pelajaran dan menjadi insan yg berjaya di dunia dan akhirat.


* hati berkobar kobar nak buat cerita pasal hari raya tpi gmbar byk kat dlm laptop en suami..nnti2 lah yer..

Tuesday, August 9, 2011

salam Ramadhan wlupun dah 10 hari berpuasa

Salam Ramadhan buat kawan kawan semua.Maaf kerana sudah masuk hari yang ke10 baru saya berkesempatan utk mengucapkn.bila masuk jer Ramadhan yang pertama rutin harian saya berubah jadi lain dari hari hari biasa.Bermula 1 puasa saya telah menghadirkan diri utk bertadarus bersama2 kawan di surau.bermula pukul 8pagi sampai 11.45pagi saya berada di surau.sampai rumah terus amik Anis dan Afiq kat tadika.terus ajar afiq mengaji.bila bulan puasa ni saya ajar sekejap sahaja.badan penat sangat.nnti lepas raya pengajian akan berjalan seperti biasa balik.

Selesai ajar afiq ngaji terus amik Dekna kat sekolah pulak.Pastu saya akan tidur sekejap.tak lama pun dlm 1 jam dah cukup.bangun,mandi dan sembahyang zohor.lepas solat saya pegang mesin jahit pulak.cuba utk menyiapkan baju2 raya anak2 dan emak saya.setakat ni 3 pasang dah siap.hehehe ada lagi 4 pasang yng perlu saya siapkan lagi.pukul 4ptg saya dah mula masuk dapur.memasak juadah utk berbuka.dlam bulan puasa ni jgk saya ambil upah memasak utk kawan saya yang berkerja.mangkuk tingkat gitu.tak bayk pun masakkan utk 3 jenis lauk jer ..sebenar nyer nak memasak tu xder masalah cuma nak pikir resepi apa tu yang pening kepala.hari2 otak ligat nak cari idea nak masak apa.selalu nyer 6 pm dah siap masak dan hntr umah kawan saya tu.lepas solat asar bergegas cari kuih muih kat pasar ramadhan pulak.selalu nyer saya beli 2 jenis kuih utk berbuka nanti..itu pun kadang2 tak habis pun kami anak beranak makan.

Malam.saya akan bersolat teraweh kat surau berhampiran rumah.bila encik suami xder ni saya lebih selasa ke surau dari ke masjid.kat masjid kadang2 susah nak cari parkir.kadang2 buat 20 rakaat..kadang2 8 jer.ikut kemampuan.kadang2 pergi ngan anak2..kadang2 pergi sorang .budak2 ni ikut mood diaorng.bila balik dari surau mata dah nak terkatup jer.makn2 minum2 skit dah nak tido.kadang2 en suami call pun xlarat nak bercakap dah.

Pukul 4.15 pagi saya dah bangun utk siapkan sahur pulak.sempat jgk bersolat tahajud 2 rakaat.sementara tunggu nasi masak.selalu nyer utk bersahur ni ala kadar jer..telur kicap pun dah cukup.sesudah subuh saya akan ke pasar pulak.dpatkan dua tiga jenis ikan utk stock 3 hari.sebelum pergi saya dah suruh anak2 mandi ,berpakaian sekolah dan solat subuh siap2.senang bila saya balik dri pasar nnti kejutkan diorang dan hntr ke sekolah jer.balik dari hntr dekna dan angah kat sekolah..sidai baju dulu.kuis2 sampah sikit.klu sempat mop lantai sekali..klu x smpat biarkan jer..bila sempat buatlah..rumah kita kannnn..sapa nak marah.kejutkan anis plk utk ke tadika.8 pgi hntar anis dan saya terus ke surau utk bertadarus.begitulah perjalanan hari saya sehingga hari yg ke10 berpuasa ni.sampai kan nak update blog pun tak sempat.malam ni saya dpat update blog kerana saya tak ke surau bersolat teraweh..psssstttt bulan sudah terang uuuuu..hik hik

walaupun dah nak masuk hari yang ke 10 berpuasa saya belum berkesempatan sekali pun ber buka dgn encik suami.hari per1 puasa dia dah travel ke tempat kerja.cuma sempat bersahur sekali sahaja.sedih kan..tpi saya redha..ini bahagian saya.pesanan utk suami ku..kami bersabar utk bersama abang pada hari ke16 ramadhan dan kami semua merindui abangselalu ,muahhhh..












Saturday, July 23, 2011

mungkir janji...

ok, itu hari kan janji nak smbung cerita pasai angah lagi kan.tapi tetiba jer komputer rumah rosak.jadi tak dapat ler nak sambung cerita...dok jerlah diam2.boring usah cakaplah..tunggu smpai suami balik baru dapat guna laptop dia..entry ni pun guna laptop hubby ler..so x dapat ler nak panjg2 yer..sebab saya tak berapa suka nak guna laptop org ni..lagipun semua gambar ada dlm komputer rumah.so tunggu sampai komputer rumah elok baru saya taip pnjang2 yer..wassalam..

Thursday, July 14, 2011

kenangan mengusik jiwa 9

ANGAH

Minggu ni anak teruna kebanggaan saya menghadapi peperiksaan percubaan UPSR..setakat ini angah masih lagi boleh mengekalkan prestasi nyer yang amat memberangsangkan itu.oh ya lupa nak bagi tau nama anak lelaki tunggal saya ni ialah MEGAT IZZUDDIN BIN MEGAT SHAHRIMAN.doa ibu selalu semoga angah boleh lakukan yang terbaik utk UPSR nanti




sekejap sahaja anak teruna kesayangan saya ini berumur 12 tahun
masih lagi terbayangkan keletah angah dan perangai baik dan buruk angah










kali ini ibu nak cerita satu peristiwa yang barlaku semasa angah berumur 6 tahun
masa tu ibu sedang sarat mengandungkan adik anis.Angah bersekolah tadika KEMAS masa tu.
jadi bila semakin dekat hari ibu nak bersalin ,
ibu sentiasa memikirkan siapakah yang
akan menghantar dan mengambil angah dari sekolah bila ibu berpantang nnti
cuti ayah tak lama,opah tak pandai bermotosikal
jadi ibu dan ayah telah sepakat akan menggunakan perkhidmatan bas sekolah


kebetulan mmag bas sekolah hari2 ada lalu depan rumah kita


masalah nyer sekarang ialah nak membiasakan angah naik bas sekolah
anak ibu ni jakun sikit hehehe
hari mula mula tu mmg tak berjayalah nakbagi angah naik bas tu
takper ibu hntr dengan kereta
lagipun ibu belum bersalin lagi
hari kedua pun sama tak berjaya juga
menangis dan meraung usah cakap ler
bila meradang ibu pun nangis sama
makin risau sbb bila bila masa saja ibu boleh bersalin
tambang bas pun dah dibayar
pakcik driver tu pun tolong pujuk angah jugk
pun masih tak berjaya
ibu dah mati akal
macam mana nak bagi angah suka naik bas
ibu percaya angah akan suka.
cuma angah malu nak mulakan




bila hari yang ketiga ibu dah tak boleh tunggu lagi
ibu mesti bertindak
ibu jumpa makcik ina..ibu minta tolong  jemput ibu kat sekolah angah
bila bas sekolah sampai ibu tarik tangan angah
ibu pun sama naik bas dengan angah
ibu tahu angah nak meminjam keberanian dari ibu
dengan perut yang terboyot boyot
ibu pun duduk bersama sama budak budak kecik yang lain
budak budak lain pun hairan kenapa ibu ada atas bas bersama mereka
angah duduk sebelah ibu dan pegang tangan ibu
ibu tahu angah takut utk memulakan langkah pertama kan


pakcik bas itu pun sama tercengang cengang kenapa pompuan mengandung ni naik bas dia
ibu cakaplah "nak hilangkan takut anak pertama kali naik bas"
bila bas pusing taman perumahan kita jiran2 kita semua pandang dlm bas
diaorang semua gelakkan ibu
ibu relak jer siap melambai ala2 ratu gitu
tak boleh bayangkan ibu dengan perut besar duduk kat kerusi bebudak yang rendah itu
bila sampai sekolah angah dah masuk kelas
mak cik ina datang amik ibu
ibu mmg tak lalu nak berjalan kaki balik ke rumah kita


ini antara kenangan manis yang ibu lalui semasa membesarkan anak2
bila di ingatkan balik mmg terasa lucu sangat
walaupun pada masa tu mmg darjah kesabaran ibu senipis kulit bawang jer
nnti ibu ceritakan lagi perihal angah bila waktu balik dan apabila hari jumaat pulak...
tungguuuu...

Wednesday, July 6, 2011

takder tajuk

Alhamdulillah,hari ni dapat ke kelas fardu ain
setelah dua minggu ponteng
sbb bwk mak ke klinik buat dressing
ini mak dah balik kampung..rindu rumah kata nyer
minggu ni mungkin mak datang balik sebab
ada temujanji kat hospital Taiping jumpa pakar

hari ni ngaji bab "berkasih sayang kerana Allah"
lama tak pergi terasa mengantuk masa dlm kelas hehe
nak menghabiskan masa 1 jam pun terasa lama sgt
lepas habis kelas terus ustaz buat tahlil dan doa arwah
sebab ada jemaah buat kendurinak sambut puasa
sedap makn nasi tomato dan ayam kicap berempah
ikan masin bulu ayam,jelatah dan buah tembikai
terus segar bugar mata yang mengantuk
hehehe..tak malu betul kan..

Ina dan kak sinah tak pergi kelas hari ni
jadi saya pergi sorang sorang jerlah
mungkin diaorang ada hal kot
jadi bila sorang sorang ni langkah pun panjang ler sikit
lepas kelas dan makan terus cabut
kemudian singgah pasar beli ikan dan sayur
sebb petiais memang dah kosong
selesai kat pasar terus pergi ke Taiping pulak
saya terus ke Bazar cina  beli kain utk buat baju raya anak2 dara saya
tak lama pun ..10 minit jer pilih kain
corak dan jenis sudah ada dlam kepala
jadi bila sampai kedai terus sambar ,potong ,bayar dan balik
sampai rumah dah 11.30 pgi
terus sambung sidai kain
kena buat kerja cepat2 sbb pukul 12 kena amik budak2 balik sekolah
dan nak kena ajar afiq ngaji pulak
smlm afiq bercuti sbb mama dia baru bersalin

bila perut dah kenyang mata memang nak terkatup saja
kalu boleh nak tidur sampai petang
tapi tak boleh tido sebab kena masak juga
anak2 nak makan bila balik sekolah nanti
nak tak nak terpaksa ke dapur juga wlupun mengantuk
saya masak ikan sedudu masak taucu 
ayam masak kicap semalm ada lagi tinggal nak panaskan saja
mmg simple kalau En Suami xder kat rumah
satu lauk cukup ,anak2 tak kisah janji ada
cuma Dekna sahaja yang agak memilih makanan
ikan dia tak berapa gemar
kalu makan pun masak lemak kuning sahaja
tapi mana boleh ikut dia kan
hari2 masak lemak kuning "matik"ler
ginilah anak yer.. suka makan makan 
tak suka makan sikit
jgn smpai pengsan sbb tak makan sudah
lepas masak tak boleh tido lagi kena tunggu pukul 1.30 pm
nak amik dekna dari sekolah pulak
hari rabu mmg lewat balik
sbb ada kelas tasmid
lepas amik dri sekolah pun xleh tido lagi
kena siap kan makanan dan tunggu anak2 makan dulu
dah siap hidang baru boleh zzzzzz
smpai kul 3.00 jer xleh lama

bangun petang smbung menjahit baju kurung raya saya
smlm dah jahit tpi terbengkalai
hari ni smbung jahit lagi
masih lagi tak siap sbb zip lupa beli
dah pukul 6 00 pm bawak anis dan liana
ke rumah tukang jahit
nak buat baju gaun
saya nak pndai nak jahit baju gaun
baju kurung boleh lah
mintak2 tukang jahit tu nak terima tempahan lagi

esok saya nak gunting kain2 yang dah dibeli utk buat baju kurung raya
7 pasang semua nyer
termasuk yang emak dan anak2 dara saya
tengok betapa jimatkan kalau boleh jahit sendiri
kalau upah sudah berapa kena bayar
untung nyer suami saya dpt isteri pandai jahit baju sendiri
wah sindrom masuk bakul lagik
walaupun baju kurung saja yg saya pandai jahit
jadilah kan..eh eh langsir pun saya tau jahit tau..hehehe


sample kuih raya lum buat lagi ni..
banyak nyer kerja saya

saper kater jadi surirumah sepenuh masa ni boleh rilek


kerja berlambak lambak tau...



oklah saya stop sini dulu mau angkat kain ,lipat kain dan basuh kain
wassalam...dan jumpa lagi

anis dan ayah

En Suami dah balik bekerja.tak seronok nyer kami rasa tanpa ayah di rumah.anis lagi ler terasa.sebab dia yang byk habiskan masa bersama ayah.dekna kan sekolah pagi petang so masa dia bersama ayah semakin kurang.sekarang ni tinggal anis seorang saja yang hntr ayah ke stesyen bas.



mari kita layan gambar ayah dan anis.

gambar terbaru anis dan ayah semasa menghntr ayah pergi kerja
ayah muda belia lagi masa ni..anis berumur berapa bulan jer nih..
ayah dan anis masa kat cameran highland...purak purak tido
bab mengangkat anak tertido dlm kereta mmg kerja ayah..muka ayah masam sbb dah lenguh dukung anis tapi ibu plk nak amik gmbar hehe
tak berenggang ngan ayah masa ni..
masa birthday ayah..anis umor 2 tahun..
gambar masa hari raya..bila ramai2 ayah kepit anak dara dia takut kena lepuk ngan sepupu sepapat..hihi