kawan kawan Kak Zu

Thursday, July 14, 2011

kenangan mengusik jiwa 9

ANGAH

Minggu ni anak teruna kebanggaan saya menghadapi peperiksaan percubaan UPSR..setakat ini angah masih lagi boleh mengekalkan prestasi nyer yang amat memberangsangkan itu.oh ya lupa nak bagi tau nama anak lelaki tunggal saya ni ialah MEGAT IZZUDDIN BIN MEGAT SHAHRIMAN.doa ibu selalu semoga angah boleh lakukan yang terbaik utk UPSR nanti




sekejap sahaja anak teruna kesayangan saya ini berumur 12 tahun
masih lagi terbayangkan keletah angah dan perangai baik dan buruk angah










kali ini ibu nak cerita satu peristiwa yang barlaku semasa angah berumur 6 tahun
masa tu ibu sedang sarat mengandungkan adik anis.Angah bersekolah tadika KEMAS masa tu.
jadi bila semakin dekat hari ibu nak bersalin ,
ibu sentiasa memikirkan siapakah yang
akan menghantar dan mengambil angah dari sekolah bila ibu berpantang nnti
cuti ayah tak lama,opah tak pandai bermotosikal
jadi ibu dan ayah telah sepakat akan menggunakan perkhidmatan bas sekolah


kebetulan mmag bas sekolah hari2 ada lalu depan rumah kita


masalah nyer sekarang ialah nak membiasakan angah naik bas sekolah
anak ibu ni jakun sikit hehehe
hari mula mula tu mmg tak berjayalah nakbagi angah naik bas tu
takper ibu hntr dengan kereta
lagipun ibu belum bersalin lagi
hari kedua pun sama tak berjaya juga
menangis dan meraung usah cakap ler
bila meradang ibu pun nangis sama
makin risau sbb bila bila masa saja ibu boleh bersalin
tambang bas pun dah dibayar
pakcik driver tu pun tolong pujuk angah jugk
pun masih tak berjaya
ibu dah mati akal
macam mana nak bagi angah suka naik bas
ibu percaya angah akan suka.
cuma angah malu nak mulakan




bila hari yang ketiga ibu dah tak boleh tunggu lagi
ibu mesti bertindak
ibu jumpa makcik ina..ibu minta tolong  jemput ibu kat sekolah angah
bila bas sekolah sampai ibu tarik tangan angah
ibu pun sama naik bas dengan angah
ibu tahu angah nak meminjam keberanian dari ibu
dengan perut yang terboyot boyot
ibu pun duduk bersama sama budak budak kecik yang lain
budak budak lain pun hairan kenapa ibu ada atas bas bersama mereka
angah duduk sebelah ibu dan pegang tangan ibu
ibu tahu angah takut utk memulakan langkah pertama kan


pakcik bas itu pun sama tercengang cengang kenapa pompuan mengandung ni naik bas dia
ibu cakaplah "nak hilangkan takut anak pertama kali naik bas"
bila bas pusing taman perumahan kita jiran2 kita semua pandang dlm bas
diaorang semua gelakkan ibu
ibu relak jer siap melambai ala2 ratu gitu
tak boleh bayangkan ibu dengan perut besar duduk kat kerusi bebudak yang rendah itu
bila sampai sekolah angah dah masuk kelas
mak cik ina datang amik ibu
ibu mmg tak lalu nak berjalan kaki balik ke rumah kita


ini antara kenangan manis yang ibu lalui semasa membesarkan anak2
bila di ingatkan balik mmg terasa lucu sangat
walaupun pada masa tu mmg darjah kesabaran ibu senipis kulit bawang jer
nnti ibu ceritakan lagi perihal angah bila waktu balik dan apabila hari jumaat pulak...
tungguuuu...

No comments:

Post a Comment