kawan kawan Kak Zu

Monday, October 7, 2013

Rawan...

Dah seminggu emak kak zu dekat wad di Hospital Taiping kerana kadar gula dalam darah nya teramatlah tinggi sampai "tak leh baca".dos untuk insulin sudah dinaikkan ,pun macam tu jugak..kak zu dah blend peria katak dan epal hijau utk emak kak zu minum pun tak jalan jugak.degil sungguh gula ni takmau turun turun..sekarang ni mak kak zu minum air buah melada pahit pulak.kalau tak turun jugak kadar gula dalam darah tu, kak zu pun tak tahu nak buat macam mana dah.Berserah pada doktor disamping berdoa kepada Allah Taala sahaja..

Tiap tiap hari kak zu berulang alik ke hospital.Banyak kerja yang tergendala.tapi semua itu tak menjadi masalah kerana berbakti kepada orang tua lagi besar ganjarannya..


Pagi tadi semasa mengemas bilik kak zu terjumpa satu bungkusan plastik hitam.Bila dibuka plastik tu rupanya berisi kain untuk dibuat baju yang tak sempat dijahit masa nak raya aidilfitri dahulu.Dah siap berjahit tepi.Ada dua pasang semuanya.Dalam plastik tu jugak dah siap ada benang dan zip,butang dan cangkut kain pun semua nya dah siap ada.Macam mana boleh terlupa pun taktau..hehehe

Makanya selepas habis mengemas dan mengemop lantai,kak zu pun merempitlah mesin jahit LUX ku itu.Harap dapatlah siapkan dan bolehlah dipakai masa raya haji nnti.Beginilah kalau jahit baju sendiri,kadang kadang tu berbulan bulan nak siap sehelai baju.Kalau bukak kedai jahit dah lama gulung tikar...


Bila dah leka menjahit baru perasan jam dah nak dekat pukul 1200 tengahari.Pukul 1230 anak anak nak balik dari sekolah.Dalam kepala dah berkira kira nak buat masak kicap ayam,sekalinya baru perasan ayam masih lagi dalam tempat beku.Memang tak sempatlah nak tunggu ayam tu mencair.Jenguk jenguk dalam fridge jumpalah saki baki ikan pekasam.sayur kobis ada lgi secoit.Telor memang sentiasa ada stock.Ulam tu beli minggu lepas tapi lupa nak makan,nasib masih elok lagi.nak bagi berselera kak zu tumbuk sambal belacan taruk mempelam muda.pung pang pung pang jadilah juadah tengahari kak zu dan anak anak yang ala kadar jer..anak kak zu suka makan ikan pekasam yang digoreng garing,tu yang nampak macam hangit sikit kan .

Tu jerlah cerita kak zu untuk kali ini.Entah bila lagi nak buat cerita baru pun taktau.Mood kelaut ajer menjak dua menjak ni.kadang kadang tu baca blog kawan kawan pun tak tau nak tinggalkan komen apa.Terima kasihlah pada kawan kawan yang masih  lagi sudi jengok keblog kak zu yang dah suam suam kuku tu..








12 comments:

  1. teruskan bagi mak zu minum tu..in syaa allah..nanti lama2 turun tu

    ReplyDelete
  2. Insyaalah dua tiga hari lagi turun la tu.

    Kak mknn tu nmpk simple tp sedap.

    ReplyDelete
  3. saya doakan agar mak kakzue segera sembuh.Menu mkn mlm kami mlm ni pun ada ikan pekasam gak.sedap.

    ReplyDelete
  4. Assalam kak zu
    Ohh wad berapa kak zu, sy doakan kembali mcm biasa ye
    Ayah sy seminggu sekali g spital tepeng tu, minggu ni chek mata pula
    Untung dkt dgn makayah ni blh berbakti kan kak. Sy insyaallah raya haji blk

    ReplyDelete
  5. mana yang perlu diberi keutamaan, kenalah tuju situ dulu zu..
    semoga mak zu sihat ..

    ReplyDelete
  6. Nampak sihat mak ZM kat belakang tu....moga cepat sembuh yeh...
    Okje pun ada gak baju yg tak berjahit lagi ZM....asalnya utk kerja kawen anak sedara sbb abg OKje bagi tapi sampai sudah tak berjahit...nak gi jahit tepi tu yg malas... Harap harap boleh le siap bulan 11 ni sebab anak dia yg no 2 pulak nak kawen hehe

    ReplyDelete
  7. Moga mak KAk Zu cepat2 beransur sembuh ye kak..insyaAllah berkat doa semua...amin! :)
    smpat lagi masak hidangan sedaap buat anak2..rajin Kak Zu..

    ReplyDelete
  8. hai kakzue...lama x jenguk sni..sy pon busy sgt...harap mak akak kembali sembuh ye..

    ReplyDelete
  9. salam kak zu,,moge ibu kak zu cepat sembuh k,,=)

    ReplyDelete