Assalamualaikum.
hari ni hari sabtu
saya dah dapat membayangkan kesibukan
yang akan melanda saya sepanjang hari ni
sejak mak datang ke rumah saya
selalu saja mak kena tinggak kat rumah sensorang
bukan saya tak ajak mak keluar bersama
tapi mak lebih suka duduk rumah
agak nyer mak memang dah tak larat nak jalan jalan macam dulu
hari ni adalah Hari Usahawan Muda kat sekolah anak anak
malam tadi pulak ada konsert bintang kecil
alah budak budak amik bahagian dlm acara nyayian,lakonan
pertunjukan pakaian beragam
dan macam macam lagi lah
angah dah dekna tak masuk apa apa acara pun
cuma angah saja yang tolong gerai cikgu
berniaga air
dekna dan anis lah yang bersungguh sungguh nak pergi
sebagai ibu saya tak sampai hati nak menghampakan
permintaan anak anak
jadi selepas selesai solat Isyak kami pun pergilah
naik motor sajer.
sebab kalu bawak kereta risau pulak tak dapat parking
atau pun, ada parking tapi kena menapak jauh ler pulak.
saya dah boring dak tunggu acara berakhir pukul 10 malam
cari port yang baik2 sikit
duduklah situ sampai habis acara
pagi tadi pulak kawan kawan dekna dari sekolah lain
nak pergi jugak
awal2 pagi lagi mak diorang dah hantar kat rumah
mak dia ada kerja jadi tak dptlah nak meneman
perjalanan majlis teramat lah boring nyer
tak seperti tahun lepas banyak permainan disediakan
tahun ni hampeh apa pun xda
satu2 yang ada adalah rumah hantu
kata pun satu haruslah jadi tumpuan semua budak2
si Anis merengek2 nak masuk
tapi nak ibu ada sekali
hahaha tak boleh ler nak oiii
hantu tu pun lagi kecik dari ibu
rupa nyer dekna and the gang jgk tak dapat masuk
sebb hantu dah penat dan perlukan berehat
saya beli makanan ajelah utk menghabiskan saki baki kupon yang ada
kalu tak beli mestilah rugi
pukul 11 pagi saya dah bwk anak anak balik
penat wehhh..panas pulak tu
sampai rumah terus lepak2 dalam bilik
pasang kipas laju laju
lepas baring baring kejap
terus naik moto pergi beli ayam
cadang nyer nak masak rendang
singgah kedai runcit depan rumah
beli kelapa dan terung 2 biji
goreng kunyit pun sedap terung nih...
sampai rumah terus cuci ayam
siapkan rencah utk rendang
dah siap semua tenggek kuali atas dapur
suruh mak kacau
saya terus pergi amik kakak kat hostel
hari ni kakak boleh outing
kakak ajak saya teman dia ke tesco sbb ada barang
dia nak beli
sebelum ke tesco saya harus ke rumah kenduri dulu
rumah kawan mengaji saya nama kak An
solat zohor siap2 dulu biar senang
ehhh kakak nak ikut ibu pergi kenduri jgk
selalu nyer tak pernah mahu join pun
takper..ibu on jer klu akak nak ikut
oh ya saya pergi kenduri
dengan kawan saya Ina
Anak2 Ina pun ikut jgk
best lauk kenduri tu
nasi minyak,daging masak hitam
kari daging dengan ubi,ayam goreng
ikan kering goreng dah buah tembikai
air oren dan ada bubur kacang...wallahhh
elok habis makan pengantin pun sampai
tema hitam merah uuuuu
jeling jeling senyum senyum sengih sengih
kami pun balik
sebab masing2 ada kerja lagi nak kena setel
Ina nak attend kenduri cukur jambul anak penakan dia
saya pulak nak kena bwk kakak pergi tesco
dan terus hntr dia balik hostel
baring setengah jam hilangkan lenguh2
dan kasi itu nasi minyak turun betul2 kat usus hihi
kul 330 ptg ibu dah ready,kakak pulak layan FB
jadi .....pukul 4 ptg baru chow g tesco
apa lah ini olang...
kat tesco pulak...biaseleeeewww
anak ibu....
kata nak seluar tracksuit
nak kaler hitam sahaja
takmo ada line2 kat tepi
nak kain licin
sbb dia kata klu jalan ada munyi munyi
aduhhhh mak tensi nokkkk
anak oiiii kat tesco mana ado...
lain ler klau kat The Store
nak ke The Store satu hal pulak
dengan hujan selebat2 nyer sure payah nak dpt parking
dah tu pulak jam dah 530 ptg
sahih kamu akan terlambat masuk ke hostel sayang
ibu xmo ambik resiko
pusing sana pusing sini
"ibu..akak nak makn Mc D"
ok...sekarang jgk kita masuk Taiping sentral
Taraaaaa happy meal sudah dlm genggaman mu
hahahaha belek lah mainan helicopter tu puas2 yer nok
rupa2 nyer masih ada lagi sifat kebudak budakan mu itu anakku
walau pun kamu dah berumur 14 thun skrg
then terus hntar kakak ke asrama
misi nak membeli seluar dah selipar adalah tidak berjaya
sbb anak ibu ini tersangat lah cerewet nyer
perangai kamu sebijik perangai ayah mu
tpi klu ibu belikan elok jer ayah kamu pakai
tanpa banyak songeh nyer.
begitulah hari saya hari ni
huhuhu kerana melayah kerenah anak
saya terlepas kuliah agama saya petang tadi
YaAllah ampunilah kesalahan saya itu....
No comments:
Post a Comment