keluar rumah pukul 12.30 tghari
dah cakap kat pak megat awal2
hari sabtu dan ahad taknak masak
nak keluar jalan2 dan makan kat luar
penat lah kalau hari2 masak
masak isnin sampai jumaat cukuplah
pak megat setuju jer
agak nyer dia pun boring jgk
asyik makan yg bini masak ajer
mula mula pergi isi minyak kereta dulu
pastu baru cari kedai makan yang bersih dan best
pilihan pertama semesti nyer Restoren Selera Malam
nak pergi cari yg jauh2 pun dah lapar sgt
saya amik ikan kembung masak tempoyak
pak megat amik lauk apa saya tak ingat
angah amik ayam dan udang
ikan pari bakar 2 ketul kongsi 3 orng
anak dara kenit saya yang 2 org tu makan bubur ayam
minum semua org order sirap
cepat dan jimat
lepas makan terus pergi Tesco
sbb nak beli barang2 yg kakak pesan suruh bawak
roti gardenia,sardin maiyonis,air kotak
makanan ringan dan coklat kopiko
pastu nak mc d pulak
ok sayang anak punya pasal
6 biji beef burger,6 ketul nugget ayam
kentang goreng dan iar coke
dah siap beli semua berdesup ke asrama kakak
masa sampai kat hostel dah pukul 330 ptg
so cepat2 ajak dekna dan anis g solat kat surau hostel dulu
bila siap solat baru kita org cari port utk upacara makan makan
seketul beef burger tu 4 kali gigit sahaja
bukan kakak tapi angah..hehehe budah demok la katakan
pastu mula lah dia melilau makanan org punya
seronok bila dpt makan dan berkumpul anak beranak tu
sambil2 tya perkembangan pelajaran kakak
sambil2 nasihat kan dia tentang masa depan
harap2 apa yg dinasihatkan tu
masuklah ke dlam otak dia
besar harapan ibu semoga kakak akan cemerlang dlm pelajaran
semoga dpt menjadi ikutan pada adik adik nnti..
pukul 5 ptg dah balik
sbb nak bagi kakak peluang ulangkaji pelajaran
sebb hari isnin tu kakak ada final exam
ibu doakan kakak dpat jawab semua soalan dgn tenang
tak terus balik rumah
tapi singgah lake garden dulu sbb ada karnival jalur lebar
tak beli apa apa pun
sbb tak ada apa yg berkenan
cuma beli ais krim jer sorang satu
pak megat tak mau sbb sejuk baru lepas hujan
jadi dia tukang amik gambar kami makan ais krim
tak terus balik rumah lagi sebalik nyer
pergi melawat saudara sakit kat hospital
sian maksu mah nak kena buat rawatan dylesis
buah pinggang dia dah rosak
sebab dan musabab adalah kencing manis
insaf nyer..tanak makan or minum manis dah
dekat pukul 600 ptg baru keluar dari hospital
sampai rumah 630 alhamdulillah sempat solat asar lagi
walaupun dah di penghujung waktu
malam pun kitaorang makan kat luar jgk
wahhhh...enjoy sakan
gantung periuk belanga
dapur kasi lap bersih bersih
indah nyer doniaaa...
nntilah saya upload gambar kat karnival jalur lebar tu
skrg internet selow mcm siput vavi
ok bubaiiiii nak tido zzzzzz
No comments:
Post a Comment