Kejadian ni hari ahad yg lepas
Ibu dah janji nak jenguk kakak kat hostel
ibu dah berangan2 nak masak pizza utk kakak
kesian kakak tak boleh balik rumah lagi minggu ni
minggu lepas sempat balik sekejap saja
tu pun tak dapat bermalam kat rumah baru lagi
sabarlah anak yer.
sebelum tu en suami ada call dari pelantar bagitau
yang dia mungkin tak dapat balik kerumah
pukul 4 petang masih diatas pelantar lagi
klu lambat dia akan bermalam di Kuantan sebelum
terus ke KL berkursus selama 3 hari
saya terus ia kan saja sebab fokus nak siapkan pizza
Janji ngan kakak kul 5 nak jumpa
pukul 450pm baru siap masak
masukkan dlm bakul segala pinggan dan cawan
hari kat luar mmg dah gelap
sekali sekala bunyi guruh berdentum
hujan rintik2 sudah turun
masa sedang solat asar hujan turun lebat sgt
dlm hati cakap takper kot
hujan2 pun redah gak ler
bukan tak biasa redah hujan
nanti boleh makan pizza ngan kakak kat dewan makan
pihak asrama benarkan guna dewan makan klu hari hujan
sekarang ni Taiping hari2 turun hujan
bila dah siap semua anak2 masuk kereta
baru sedar yang aircond terasa panas
nak sedapkan hati pusing jugak dlam taman ni
mmg berkabus kat dlam sampai susah nak nmpak jalan
amat merbahaya utk teruskan pemanduan
tengok jam dah 520pm
waktu akhir utk melawat sampai 600pm jer
macam mana ni..
bila pandang pizza ibu dah sebak
terbayang2 kakak kat hostel sedang menunggu2 ibu
tiba2 saya teringatkan adik ipar saya
dia akan gunakan jalan yang sama utk balik kerumah dari tmpat kerja nyer
bila telefon dia saya dan mula menangis
sampai tak boleh nak cakap lagi
hari masih lagi hujan lebat
saya nak minta tolong dia hntrkan makanan(pizza) dan duit buat kakak
saya terus menangis cerita satu persatu pada nyer
saya menangis bukan kerana aircond kereta rosak
tapi sebab terkenangkan anak yg sedang mununggu kat asrama
Nasib memang tak baik
rupanyer adik ipar saya nak pun sampai kerumah
dia tak berdaya nak menolong
takper lah..mungkin takder rezki nak jumpa kakak hari ni
saya terus menangis dan menangis
suami tak dapat balik kerumah pun saya tak menangis begini
mmg murah betul airmata ni bila melibatkan anak2
Tuhan maha mendengar dan pemurah
tiba2 hujan jadi renyai2
saya seperti mendapat kekuatan
dengan lafaz bismillah saya turun kan semua cermin tingkap
saya terus pecut kereta laju2
dlam hati tak putus2 berdoa semoga janganlah hujan di tengah jalan
sambil tu suruh anak kat belakang terut berdoa
berdoa semoga kita selamat pergi dan selamat sampai kerumah semula
riuh rendahlah si Liana dan Anis berdoa
Si angah pulak tolong lapkan sisa kabus dicermin
Sampai disimpang lampu isyarat kakak telefon
bila dengar suara kakak saya menangis lagi
kakak pun turut cemas
kakak kata tak payah datang pun xper
ibu cakap dah separuh perjalanan
bila saya sampai kakak dah sedia menunggu
dengan muka yang cemas jugak
tanpa matikan enjin kereta
saya serahkan pizza yang masih panas
dan duit belanja buat kakak
niat nak makan bersama2 tidak kesampaian
saya suruh kakak makan bersama2 kawan nyer sahaja
saya tak boleh berlama2 disitu kerana hari semakin gelap
bila2 masa sahaja hujan akan turun semula
selesai salam peluk cium kakak
tanpa berlengah saya pecut kereta semula
Alhamdulillah sempat sampai rumah
en suami juga dpt bas utk baik kepangkuan keluarga
walaupun pada pukul 430 pagi hari Isnin
sebagai ibu saya snggup meredah apa saja
demi anak2 saya...
No comments:
Post a Comment