kawan kawan Kak Zu

Thursday, January 9, 2014

KUANTAN

Assalamualaikum ...

Kak zu nak juga cerita kan pengalaman kzu sekeluarga bercuti di kuantan pada cuti penggal persekolahan yang lepas..Walaupun cerita ni dah sebulan berlalu.ini kiranya cerita imbas kembali lah yer..

Idea bercuti ke kuantan ni memang tak dirancang pun. Kisahnya bermula bila Abang Megat kena berkursus.Dan tempat berkursus nya ialah di Kuantan Pahang.okeylah tu kan.kebetulan kena time cuti sekolah.Bolehlah bawa anak anak berjalan jalan di bandar Kuantan.takyah pening kepala memikirkan nak bawak anak anak bercuti kemana mana lagi pasni..

Lagi pun kak zu sendiri tak pernah sampai lagi ke sana.Nanti bolehlah pergi ke Pantai Teluk Chempedak dan makan ikan bakar di Tanjung Lumpur. Abang Megat kata best sangat ikan bakar kat situ. Hati kak zu dah berbunga bunga riang tau..

Kami bertolak ke Kuantan pada 1/12/13.bertolak pagi sampai sana dalam pukul 4 ptg.itu pun berhenti singgah makan dan solat kat Genting Sempah.Sampai disana cuaca mendung di ikuti tiupan angin yang agak kuat.Kak zu terfikir mungkin bandar kuantan ni terletak di tepi pantai kot.

Lepas check in hotel terus berehat rehat masuk bilik nak tunggu keluar makan malam nnti.cari kedai makan dekat dekat ngan hotel saja..Depan hotel ni komplek beli belah East Coast Mall.waktu makan malam tu angin bertiup agak kuat.Langit gelap pekat tanda nak hujan.Makan cepat cepat terus balik hotel.Bila sampai ke bilik jer hujan pun turun selebat lebat nya..

Rupernya hujan yang lebat tu tak berhenti sampai lah keesokan pagi nyer.Anak anak nak mandi kolam pun tak boleh.yang parahnya pemandangan bilik yang kami duduk tu menghala ke arah kolam.Lagi lah menambahkan luka di hati anis dan dekna.Apalah ertinya duduk di hotel tapi takleh mandi kolam.takder makna nya percutian kalau takleh berendam dalam pool.itulah yang direpek kan oleh Anis dan Dekna.alahai kesian nya anak ibu..



permandangan kolam dari bilik hotel.Masa ni hujan lebat.kolam kosong jer ..saper pun tak turun mandi.apsal hotel ni tak buat bumbung jer kat kolam tu.ada kawan FB kzu cadangkan mandi guna payung.tak koser kzu tau nak berpayung bagai..

Hujan terus turun tak berhenti sampai lah ke petang.sekejap lebat sekejap reda.Sampai kan nak ke Mall depan tu pun tak boleh tau.dah lah payung tertinggal dalam kereta Altis.dalam kereta Innova sekaki payung pun takder..bagus!

Sementara nak tunggu abang Megat habis berkursus pukul 5 ptg.kami hanya lepak dalam bilik tengok tv sambil menghabiskan makanan.sejuk sejuk memang cepat lapar


stock makanan yang ada dlam bilik.Nasib baik masa breakfes kat hotel pagi tu kzu anak beranak makan sekenyang kenyang nya.Jadi nya sampai ke petang tak terasa lapar sangat.Yng si abang megat asyik dok text kak zu suruh bawak anak anak keluar pergi jalan jalan kat mall depan tu.Nak pergi macam mana hujan tak berhenti langsung.nak melintas jalan pun susah tau.tunggu sampai abang megat habis kursus baru kami anak beranak keluar dari bilik.

Masa ni telivisyen dah kuarkan amaran banjir di bandar Kuantan.Impian nak pergi makan ikan bakar kat Tanjung Lumpur juga hancur berkecai.Nak ke Teluk Chempedak lagilah tak kesampaian.Memang kedatangan kami ke Kuantan tak kena gaya.

Hari ketiga di kuantan hujan masih lagi tak berhenti.TV dah kuar cerita banyak tempat dah dinaiki air.Penduduk juga sudah ada yang dipindahkan ke pusat pemindahan.Kak zu memang dah rasa cuak.takut terkandas dan tak dapat balik ke Perak.Kami hanya merenung jalan di bawah sahaja.Nak keluar ke Mall pun rasa malas nak redah hujan.


Ni gambar jalan depan Stadium Darul Makmur yang ditenggelami air. kak zu amik guna kamera hp jer.kak zu dok renung jalan tu dari takder air sampai lah air naik dengan begitu cepat sekali.banyak jalan yang dah ditutup masa ni. 

Abang Megat habis berkursus pada petang 3/12/13 tu.sepatut nya dah boleh check out dan boleh balik ke perak terus.Tapi kawan kawan menasihatkan dia supaya menangguhkan perjalanan dulu kerana banyak jalan menghala ke KL telah dinaiki naik.amat merbahaya kata kawan kawan dia.

Masa makan malam tu Abang Megat terima berita dari kawan nya yang bagitau TNB akan memutuskan talian elektik kerana pencawang juga ditenggelami air.Belum pun sempat nak buat bayaran tiba tiba lupp seluruh kawasan restoren tu dah bergelap.Lepas bayar cepat cepat lari masuk kereta dan balik ke hotel.Gelap gelap camtu macam macam perkara tak di ingini boleh terjadi.sesampai di hotel kami tidur dalam kepanasan sampai ke pagi.

Pagi hari ke 4 kami dah cabut keluar hotel seawal pukul 8 pagi.Bila tengok ke jalan nampak air dah surut.bersarapan dalam kereta jer lebihan roti yang ada.Memang cepat cepat nak keluar dari situ sebelum air naik sekali lagi.Tapi nasib kurang baik jalan Gambang KL masih tak boleh di lalui ..banyak kereta masih tersadai di tepi tepi jalan.

Abang Megat dapat idea gunakan jalan  yang nak menghala ke Kuala Trangganu.Jauh memang jauh tapi itu jerlah satu satu nya jalan keluar yang ada.sampai lebuhraya Jabor terus pusing balik masuk higway menghala ke KL.Jalan ni agak tinggi kedudukan nya jadi lepas lah untuk lalu.tetapi kiri kanan jalan nampak air bah masih lagi ada.

Alhmdullilah ..kami sempat keluar dari bencana banjir yang dasyat tu.kalau lambat sikit memang terperangkap di bandar kuantan lah jawap nya.entah entah kami juga kena duduk kat pusat pemindahkan tu sama.iya lah nak duduk lama lama kat hotel mana mampu..hehe

Itulah pengalaman percutian kami tahun lalu.pertama kali sampai ke kuantan dan di sambut dengan musibah bencana alam yang dasyat.Untuk mengubati kekecewaan anak anak yang tak puas bercuti kak zu dan abang megat bawak mereka kesatu tempat yang best masa otw nak balik tu..yang tu nnti kak zu buat entri lain lah ye..yang ni pun dah panjang meleret...

k bai.









14 comments:

  1. Wah...Kak Zu ada masa tu yer.... Rumah kami di Tg Lumpur. Tanjung Lumpur tak naik air...tapi jalan nak menghala ke situ dari Zenith hotel tu memang dah naik air la. Kat Mega Mall tak boleh lalu, kat stadium tak boleh lalu...Gambang pun tutup jalan.

    Ni tandanya, Kak Zu sekeluarga kena datang bercuti di Kuantan lagi...

    ReplyDelete
  2. Kiranya percutian yg dirancang tak berapa nak jadi lah ya kak..sbb Kuantan tenggelam dek banjir...sabor je lah...
    ni mesti singgah tmpt best ni... mana yerk??

    ReplyDelete
  3. Mujur juga suami Zu cepat bertindak cari alternatif jalan keluar yg lain. Kalau tak memang sah-sah kena duduk di penempatan mangsa banjir..

    ReplyDelete
  4. sykur akk bertindak pantas..
    alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. memang teruk banjir kat kuantan kali ni...

    alhamdulillah kak zu ngn family selamat kalu terkandas mmg kena duduk pusat pemindahan jugak la agaknya kan

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah sempat keluar dari kawsan banjir tu.

    ReplyDelete
  7. Tak sangka rupanya dlm sebok tv keluarkan cite pasal banjir rupanya awak sekeluarga ada kat Kuantan hehe...ok jugaklah tu...bercuti jugak namanya tu...tido hotel!

    ReplyDelete
  8. syukur lah kak zu..dapat keluara dari kawasan banjir tu..dapat bayangkan kak zu bercuti dlm keadaan banjir..

    ReplyDelete
  9. assalam kak zu
    masa kak zu ke kuantan sy pula balik tepeng he hee
    seminngu kat kg
    pastu 5hb terima perkhabaran arwah abg ipar meninggal kat spital kuantan tp banjir tak dpt ziarah pun
    sedihh masa tu , dan x sempat nk kemana pun sb semua rancangan tergendala
    idea nak g umah kak zu pun entah kemana dah

    ReplyDelete
  10. Alhmdulillah dpt keluar cepat..kalau tak mngkin terkandas dan kena duduk pusat pemindahan ...

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah kak zu nasib baik dpt kuar dr kuantan...walaupun percutian kali nih x best utk anak anak kak zu tp tetap de hikmahnye kan kak

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah, terselamat kan zu. kawan kak terperangkap di hotel (berkursus). dia bawa suami dan 2 anak. baju anak tak bertukar, air takde. minta tolong ambil di kuantan, tak de kenderaan sanggup ambil.akhirnya..bila dapat carikan satu lori tunda untuk tarik kereta dia keluar dari bandar kuantan. bila baca entry zue ni..teringat kat dia

    ReplyDelete
  13. Assalamu alaikum yang punya room,Saya pendatang baru di room ini ingin mengucapkan terima kasih banyak kepada KI KUNCORO meskipun ini lewat internet saya mau berterima kasih banyak karna berkat bantuan Angka togel 4D 3502 yang AKI berikan ternyata benar-benar tembus dan alhamdulillah AKI saya menang angka sebanyak Rp 91 juta dalam bentuk uang Indonesia saya menang banyak karna saya pasang angka KI KUNCORO dari 5 bandar di sini,saya tidak tau harus berbuat apa untuk membalas kebaikan AKI,awalnya saya kurang yakin dengan angka yang AKI berikan kalau ternyata alhamdulillah saya menang 4D lagi dan kalau boleh saya jujur AKI sudah berapa banyak peramal di internet yang saya hubungi tidak ada satupun yang tembus malahan hutang-hutang saya bertambah banyak tapi dengan bantuan AKI kini kehidupan saya jauh lebih sukses dari pada sebelumnya ini dan alhamdulillah saya ada rencana pulang kampung AKI karna sudah 4 tahun di SINGAPURA jadi pembantu rumah tangga tidak perna pulang ke indonesia tapi karna bantuan AKI saya akan pulang ketemu ke dua orang tua saya itu semua berkat bantuan AKI jadi bagi teman-teman pencinta togel yang tidak pernah merasakan kemenangan 4D silahkan hubungi KI KUNCORO di nomor : 0823 1332 9888 Karna angka yang di berikan KI KUNCORO saya sudah buktikan dalam 5 putaran ini tidak perna meleset dan saya pastikan anda tidak akan kecewah dan anda jangan mudah tergiur dengan janji-janji saatnya kita perlu bukti cuma KI KUNCORO yang menjamin 100% kemenangan.kalau mau bukti hubungi sekarang....? DARI SAYA IBU LISA TKI DARI SINGAPURA.

    ReplyDelete